Mungkin ada segelintir ibu ayah menarik nafas lega dan berbangga memiliki anak seorang yang tidak suka bermain kotor. Namun tahukah anda bahawa rasa geli geleman si manja terhadap aktiviti di sekelilingnya boleh mendatangkan kesan buruk dalam proses perkembangan mereka?
Kadang-kadang anda rasa kelakar melihat anak berasa geli apabila perlu memakai selipar basah, memijak rumput atau lantai di rumah. Kononnya mereka seorang pembersih dan bila tidak berkasut, kaki akan terjengket-jengket untuk melalui tempat kotor dianggap sungguh mengagumkan!
Anak automatik jadi geli geleman bila berdepan dengan kekotoran
credit to sources
Sekiranya ibu ayah memiliki anak yang takut atau jelas menunjukkan dirinya berasa geli geleman apabila memegang pasir, ia adalah petanda bahawa dia berkemungkinan mengalami masalah sentuhan (tactile).
Sebenarnya, anak-anak perlu didedahkan sejak usia bayi lagi pada messy play atau permainan kotor bagi meningkatkan daya kemahiran mereka.
Menurut juruterapi carakerja yang berpengalaman, Liyana Raya, badan manusia sudah diselaputi dengan lapisan kulit. Justeru, sebarang interaksi diri dengan persekitaran adalah melaluinya.
Sebab itulah bayi yang baru lahir perlu diberikan sentuhan kulit ke kulit, melakukan urutan dan digendong dengan teknik betul supaya dia berasakan ketenangan.
Tips merangsang daya fokus anak kecil
#1. Lakukan secara perlahan
Sebagai langkah permulaan, ibu ayah perlu menarik perhatian anak untuk dia tertarik dengan permainan. Beri dia menyentuh sedikit dahulu pasir dan sapukan ke bahagian tangannya.
Mungkin apabila berbuat demikian, si manja akan menangis kerana dia mempunyai masalah sensori. Justeru, ibu perlu memujuk dengan mengatakan ”Wah, seronoknya mainan ni” atau ”tak ada apa lah, tidak sakit pun”.
#2. Memberikan pujian
Aktiviti bermain pasir boleh dipelbagaikan supaya ia menjadi lebih menyeronokkan. Misalnya menanam guli atau objek bersesuaian secara tersembunyi ke dalam pasir, kemudian berikan arahan ringkas kepada anak untuk mencari benda tersembunyi berkenaan.
Hal ini sekaligus dapat meningkatkan daya fokus dan perhatian, meningkatkan kemahiran motor halus serta keupayaan si manja mendengar arahan.
Apabila anak berjaya menjumpai objek tersebut, ibu ayah perlu memberikan pujian untuk buatkan mereka berasa lebih teruja untuk bermain lagi. Misalnya ”Pandainya adik!”, ”Wah, adik hebat dah jumpa!”.
#3. Ibu ayah turut main bersama
credit to sources
Selain itu, ibu ayah boleh mengajak anak mencedok pasir dan meletakkannya ke dalam cawan untuk melatih koordinasi tangannya. Bukan itu sahaja, ia turut meningkatkan kemahiran mematuhi arahan dan sabar menunggu.
Caranya adalah ibu ayah perlu mencedok dahulu pasir masuk ke dalam bekas sehingga penuh. Kemudian, giliran anak pula.
#4. Buat anak teruja untuk bermain lama
Ibu ayah boleh mengajak anak bermain tekap-tekap bentuk bagi meningkatkan kemahiran bermain dan menambahkan lagi input bahasa.
Sebagai contoh,”Jom main pasir!”, ”Ni pasir”, ”Sentuh pasir” atau ”Ibu nak warna merah (warna objek)”.
Justeru, anak mungkin berasa tercabar dan dalam pada masa yang sama teruja untuk bermain pasir kerana ibu ayah menyakinkan mereka ia adalah aktiviti menyeronokkan.
#5. Mempelbagaikan aktiviti di rumah
credit to sources
Apabila anak sudah besar sedikit iaitu sekitar 5 atau 6 bulan, anda boleh bagi mereka bermain cat air, bedak, tepung atau playdough. Ia adalah jenis aktiviti permainan yang bersentuhan dengan kulit.
Apabila anak mula menyentuh semua medium ini, akan berlakunya pergerakan tangan serta koordinasi di mana bayi akan cuba memasukkannya ke dalam mulut.
Ini adalah yang dikatakan sebagai sensorimotor development yang menggabungkan rangsangan sensori dan tindakan pergerakan.
Dalam proses membesarkan anak, tiada istilah over stimulation sebab kulit adalah sistem dan bahagian tubuh yang terbesar. Bukannya terlalu banyak beri input visual dan auditory sahaja. ibu ayah perlu mulakan asas iaitu sistem kulit serta merangsang otak dengan baik.
Sebab itulah kebanyakan anak sekarang hanya tahu belajar, tetapi tidak tahu untuk bertenang. Mengalami masalah tantrum yang melampau dan tidak pandai menggunakan tangan untuk menulis dengan baik.
Justeru ibu ayah perlu mengutamakan terlebih dahulu sistem asas berbanding sistem lain bagi mengelakkan kecelaruan proses (processing disorder) semasa proses perkembangan mereka.
Sumber: Aishah Kassim, Liyana Raya
Kredit foto: shutterstock & google
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.compermainan-pasir
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!