X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Emosi Anak Terganggu Kalau Paksa Dia Membaca, Biar Mereka Belajar Sendiri Sambil Bermain

4 min bacaan
Emosi Anak Terganggu Kalau Paksa Dia Membaca, Biar Mereka Belajar Sendiri Sambil Bermain

Setiap ibu bapa ingin melihat anak-anak berjaya. Namun, jangan terlalu mendesak kemampuan mereka mengikuti proses membaca seawal usia dengan penuh tekanan.

Bagi kebanyakan ibu ayah, pastinya anda akan memastikan setiap anak melalui proses membaca secara berkesan sebelum memasuki alam persekolahan.

Bahkan, ada juga dalam kalangan anak-anak berjaya membaca sebuah buku pada usia 4 tahun lagi dan sudah mempunyai jadual harian untuk melakukan latihan.

Proses membaca kanak-kanak

proses membaca anak

credit to sources

Menurut penggiat industri pendidikan awal kanak-kanak, Nor Azura Ismail, dia tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah ibu ayah yang begitu menekankan anak-anak menyiapkan latih tubi seperti mereka sudah memasuki persekolahan.

Hal ini kerana ibu ayah belum memahami perkembangan anak dan konsep pendidikan awal kanak-kanak sehingga sanggup menghukum anak yang tidak berminat mengikuti proses membaca buku di rumah.

Azura turut mengatakan dia juga melakukan kesilapan yang sama terhadap murid tadika yang berusia 4 hingga 6 tahun.

Pada mulanya, matlamat utama adalah memenuhi harapan tinggi ibu ayah dengan memastikan setiap anak boleh membaca dengan lancar.

”Saya sedaya upaya merealisasikannya dengan memperkenalkan program membaca dengan cepat, adakan  sesi belajar  ‘one to one’ , kelas tambahan membaca dan beri latih tubi membaca pada setiap hari,”

”Saya telah memaksa emosi anak-anak untuk belajar. Mereka ibarat span yang mudah menyerap apa sahaja. Hasilnya, ramai anak murid saya boleh membaca dengan baik dalam bahasa Malayasia Inggeris juga,”

Tambahnya lagi, hati seorang pendidik dan ibu ayah amat berbangga kerana mereka boleh membaca di awal usia dan sekaligus melabelkan anak sebagai seorang yang cerdik dan pintar.

Impak negatif tanpa sedar

proses membaca kanak-kanak

foto: ulyadays

”Saya mula perasan anak-anak yang boleh membaca pada awal usia biasanya memiliki keyakinan diri yang kurang, penakut, pemalu dan pendiam,”

”Mereka juga boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak tidak banyak bermain, kurang pandai bergaul dan berkomunikasi.  Mereka memiliki emosi kurang sihat dan self esteem yang rendah.” katanya.

Tidak cukup dengan itu, anak-anak lambat membaca pada usia 5 atau 6 tahun didapati mereka begitu aktif, tidak boleh duduk diam, banyak bermain dan memiliki perasaan ingin tahu.

Jika meneliti pendidikan awal kanak-kanak 0 hingga 4 tahun, anda akan menyedari kesilapan dalam memahami tahap perkembangan kanak-kanak.

Perkara yang paling utama adalah mengetahui tingkahlaku, karenah serta sikap semulajadi kanak-kanak. 

Tugas hakiki anak kecil bawah 7 tahun adalah bermain dan bukannya belajar. Ia adalah satu-satunya cara semulajadi untuk memudahkan anak-anak memahami dunia dan proses pembelajaran.

”Pendidikan awal bukan bermaksud memberi pelajaran formal seperti membaca kepada anak-anak. Ia perlu mengenalpasti tahap perkembangan dan galakan untuk mereka mencapai kejayaan tertentu melalui potensi diri,” ujarnya.

Antara aspek perkembangan awal kanak-kanak ialah:

  • Perkembangan sosiemosi- bentuk emosi yang positif pada anak seperti yakin diri, berani.
  • Perkembangan  bahasa- galak anak menggunakan bahasa yang betul dan bijak berkomunikasi.
  • Perkembangan kognitif- galak anak berfikir , menggunakan deria untuk meneroka, belajar pelbagai dari alam dan persekitaran.
  • Perkembangan kerohanian- terapkan nilai moral, akhlak dan ketuhanan
  • Perkembangan fizikal- galak anak tingkatkan moto halus dan moto kasar
  • Perkembangan  kreativiti dan estetika- galak anak supaya kreatif dan mempunyai imaginasi pelbagai

Galakkan anak bermain

kesan anak lambat membaca

foto: Nurin Hana

Tahukah anda sebenarnya setiap aspek perkembangan  ini boleh diterapkan kepada anak-anak dengan mudah hanya melalui  bermain sahaja?

Mereka sememangnya bermain tetapi secara tak langsung anak-anak banyak belajar menyuburkan pelbagai aspek perkembangan tersebut. Antaranya:

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
  • Anak main blok: mereka berfikir bagaimana susun blok menjadi tinggi
  • Anak main pasir dan bina istana: mereka cuba merealisasikan imaginasi mereka.
  • Anak berlari sekeliling rumah atau taman: mereka belajar meneroka persekitaran
  • Anak main olok-olok dengan kawan sebaya: mereka belajar bersosial, bergaul serta berkomunikasi dengan bahasa yang betul.
  • Anak yang suka menyentuh pelbagai barangan: mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.
  • Anak yang aktif berlari: mereka membina kecergasan diri.

Justeru, anak-anak tidak perlu dipaksa untuk belajar. Ibu ayah perlu menerapkan terlebih dahulu ilmu mengenai kehidupan di samping membentuk anak mengikut aspek perkembangan bersesuaian dengan usia.

Keinginan untuk belajar akan datang dengan sendiri apabila anak bersedia untuk menerima pembelajaran formal. Masanya pasti akan muncul dan yang pasti setiap anak adalah berbeza pencapaian kejayaannya.

Jika anda mencontohi pendidikan awal anak di Jepun, mereka mula dengan mendidik aspek akhlak dan nilai-nilai murni. Manakala, pendidikan berteraskan peperiksaan hanya berlaku apabila anak berumur 10 tahun.

Kesimpulannya, kejayaan anak-anak bukanlah diukur dari akademik sahaja. Lihatlah kejayaan anak pelbagai aspek kerana mereka mempunyai potensi diri yang berbeza. 

Apa sahaja potensi yang berjaya digilap dan diserlahkan oleh anak,  itulah kejayaan buat anak-anak. Jangan lupa juga  doa kita sebagai pendidik dan juga ibu bapa.

Sumber: Nor Azura Ismail

Kredit foto: Shutterstock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Emosi Anak Terganggu Kalau Paksa Dia Membaca, Biar Mereka Belajar Sendiri Sambil Bermain

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-yang-mana-dulu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Emosi Anak Terganggu Kalau Paksa Dia Membaca, Biar Mereka Belajar Sendiri Sambil Bermain
Kongsikan:
  • Anak Lambat Membaca Boleh Dibantu Dengan 15 Tips Ini! Parents Boleh Cuba

    Anak Lambat Membaca Boleh Dibantu Dengan 15 Tips Ini! Parents Boleh Cuba

  • Main Baling Bola Boleh Buat Anak Cekap Membaca, Ini Perkongsian Pakar!

    Main Baling Bola Boleh Buat Anak Cekap Membaca, Ini Perkongsian Pakar!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Lambat Membaca Boleh Dibantu Dengan 15 Tips Ini! Parents Boleh Cuba

    Anak Lambat Membaca Boleh Dibantu Dengan 15 Tips Ini! Parents Boleh Cuba

  • Main Baling Bola Boleh Buat Anak Cekap Membaca, Ini Perkongsian Pakar!

    Main Baling Bola Boleh Buat Anak Cekap Membaca, Ini Perkongsian Pakar!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.