Permainan xylophone dapat membantu tarikan si kecil pada alat muzik. Bahkan, warna yang cerah dapat menarik minat anak untuk terus bermain.
9 mainan disyorkan untuk anak 1 tahun ke atas agar si kecil lebih bijak

Ada beberapa mainan untuk anak 1 tahun yang dapat merangsang perkembangan fizikal dan mental. Ia sekaligus buat anak lebih bijak seiring dengan usianya!
Rasanya, sudah banyak artikel theAsianparent Malaysia keluarkan berkaitan manfaat dan permainan yang sesuai untuk anak-anak kita. Tapi kali ini, kami ingin berkongsi pula mainan untuk anak 1 tahun ke atas.
Bermain merupakan aktiviti penting untuk anak-anak, malah ia dapat mengisi masa lapang mereka. Bahkan dengan bermain juga sebenarnya membantu perkembangan fizikal dan mental anak.
Parents perlu tahu setiap umur anak mempunyai kepekaan terhadap sesuatu yang baru mereka pelajari. Oleh sebab itu, ibu bapa harus bijak memilih mainan untuk anak 1 tahun ke atas ini.
Tapi sebelum anda tahu apa mainan untuk anak 1 tahun ke atas yang sesuai bagi merangsang perkembangannya, jom semak dulu apakah tingkah laku dan sikap mereka pada usia ini.
Sikap dan tingkah laku anak usia satu tahun
- Faham dengan apa yang kita ucapkan padanya.
- Sudah pandai meniru apa yang dilakukan ibu bapanya seperti berpura-pura bercakap dalam telefon.
- Perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Sebab itu anda boleh lihat anak yang berumur satu tahun akan bermain dengan banyak permainan dan suka bertukar-tukar.
- Jika ibu sedang bersiap cantik untuk keluar berjalan-jalan, dia pasti mengekori dan ingin ikut bersama.
- Bersuara dengan lontaran kata-kata yang hanya dia sahaja faham.
- Pandai ekspresikan perasaan seperti mencium, menepuk, tersenyum dan memeluk.
9 jenis mainan untuk anak 1 tahun ke atas
#1. Mainan untuk anak 1 tahun – kereta atau motosikal yang boleh dinaiki
Mainan yang sesuai ketika usia ini adalah kereta atau motosikal yang boleh dinaiki sendiri kerana ia dapat membantu perkembangan fizikal anak dengan menggunakan kedua-dua belah kaki.
Bahkan, anak itu akan belajar cara nak membelok, bergerak kiri kanan dan sebagainya. Betapa gembiranya anak bila dapat mainan sebegini kerana bolah membawanya keliling rumah!
#2. Mainan untuk anak 1 tahun - set mini bowling
Mainan set mini bowling boleh membantu mengembangkan koordinasi tangan dan mata anak serta kemahiran motor kasar si kecil itu.
Malah anak juga terdorong untuk aktif membetulkan posisi pin yang jatuh.
#3. Mainan untuk anak 1 tahun - Bermain rumah atau khemah
Kredit: Inspiracia bonami
Permainan ini dapat membantu perkembangan fizikal kerana anak dapat merangkak dan berjalan sambil merangsang sifat ingin tahunya.
Anda boleh meletakkan mainan kecil di dalam khemah tersebut, pasti dia akan duduk lama di dalamnya sambil bermain.
#4. Mainan untuk anak 1 tahun - Soft blocks
Soft blocks adalah mainan yang diperbuat daripada bahan lembut dan empuk. Ada banyak variasi yang boleh dipilih dan ia dapat mengajar anak tentang tekstur, bentuk, gambar dan kemampuan motor anak.
#5. Mainan untuk anak 1 tahun – walker
Walker ini merupakan alat mainan bagi bantu anak kecil berjalan. Kebanyakkannya disekalikan dengan muzik atau mainan kecil di keliling walker tersebut.
Anak akan dilatih untuk ingat muzik yang dia suka apabila menekan punat atas walker itu.
Walau bagaimanapun, ada bahaya walker ini terutamanya yang mempunyai roda kerana anak akan menolak kakinya dan ia mudah terbalik jika tidak dipantau.
Jadi waspada dan pilih walker yang selamat supaya dapat membantu anak belajar berjalan.
#6. Mainan untuk anak 1 tahun - xylophone
#7. Mainan untuk anak 1 tahun –pelbagai jenis haiwan
Mainan ini biasanya dimain sambil duduk tanpa perlu bergerak. Tapi yang bagusnya ia dapat melatih anak ingat setiap nama haiwan tersebut melalui mainan ini.
#8. Mainan untuk anak 1 tahun - Permainan blok
Permainan blok merupakan mainan yang sesuai untuk anak usia satu tahun.
Ia dapat mendorong kreativiti anak untuk membuat sesuatu bentuk mengikut imaginasinya. Sekaligus, anak dapat belajar sambungkan blok tersebut mengikut kreativitinya sendiri.
#9. Mainan untuk anak 1 tahun – warna, huruf dan bentuk
Kredit: mainan eduka.com
Permainan jenis ini akan melatih anak menggunakan daya ingatan untuk kenal setiap jenis warna, huruf dan bentuk. Sekaligus,anda juga boleh bermain bersamanya. Pasti seronok!
Peranan ibu bapa adalah sangat penting bagi menemani anak bermain kerana ia merupakan salah satu proses pembelajaran buat mereka.
Bahkan, bermain juga dapat melatih proses interaksi anak dengan kedua ibu bapanya.
Sebab itulah, anda harus luangkan masa untuk bermain bersama anak supaya tumbesaran mereka dibentuk dengan baik.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: Nor Aziah Ahmad
Sumber rujukan: Mommy Asia
Penulis asal Theva Nithy. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan.
Baca juga:
5 Mainan Yang Bagus Untuk Merangsang Perkembangan Bayi 3 Bulan Anda
Mainan yang terlalu banyak tidak bagus untuk anak anda! Ini sebabnya...
Asyik 'Mahu' Saja Bila Hamil Ni, Selamatkah Kerap Lakukan Seks Ketika Hamil?
Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!