X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Tahap perkembangan Bayi Belajar Merangkak & cara membantu mereka

4 min bacaan
Tahap perkembangan Bayi Belajar Merangkak & cara membantu merekaTahap perkembangan Bayi Belajar Merangkak & cara membantu mereka

Bayi mula merangkak pada usia yang berbeza-beza bergantung pada fizikal mereka. Namun, ada 3 cara untuk ibu bapa membantu mereka belajar merangkak.

Sebagai ibu bapa, kita sering tertunggu-tunggu setiap perkembangan bayi. Dari mula menyusu, makan, memberi respon, meniarap, duduk, bayi belajar merangkak, berjalan, bercakap dan sebagainya. Ini membuatkan kita rasa bangga melihat semua perkembangan tersebut.

Kali ini, kami akan berkongsi maklumat tentang perkembangan bayi belajar merangkak.

Tahap bayi belajar merangkak

Tahap perkembangan Bayi Belajar Merangkak & cara membantu mereka

Usia bayi mula merangkak berbeza-beza bagi setiap bayi bergantung pada perkembangan dan keadaan fizikal mereka.

Secara amnya, bayi mula merangkak di usia 7 hingga 10 bulan. Bermula dari meniarap, mereka akan mula berguling dan membuat gerakan bersahaja.

Tahap bayi merangkak juga berbeza-beza. Ada yang mula dengan menggerakkan dada, perut, jari kaki malah kepala.

Apa sahaja anggota badan yang boleh bergesel dengan lantai, malah ada yang mula dengan posisi duduk!

Jangan terlalu risau, kerana bayi memang tidak akan mudah menyerah kalah dalam mencuba sesuatu baru. Jadi, jangan panik melihat mereka terjatuh atau terhantuk semasa hendak cuba bergerak.

Dengan mengangkat dan menampung kepala, mereka belajar mengimbangkan badan dalam posisi merangkak hingga mereka betul-betul dapat merangkak.

Tahap perkembangan Bayi Belajar Merangkak & cara membantu mereka

3 cara bantu bayi merangkak

Mungkin anda rasa resah atau rimas melihat si kecil gagal berulang-kali dalam percubaannya untuk merangkak. Dengan ada kalanya dia menangis kerana penat cuba mengangkat kepala hingga tidak sengaja terhantuk ke lantai.

Sebenarnya, apa yang terbaik ialah anda membiarkan dia cuba sendiri hingga berjaya. Lihat 3 cara berikut tentang bagaimana anda boleh membantu bayi anda merangkak:

1. Tummy time atau latihan meniarap

Tahap perkembangan Bayi Belajar Merangkak & cara membantu mereka

Semasa bayi anda tidak tidur, letakkan dia dalam posisi meniarap. Latihan meniarap boleh dilakukan walaupun bayi belum bersedia untuk merangkak.

Dan ketika dalam posisi meniarap, mainlah dengannya. Mengangkat kepala dan menggerakkan kaki di dalam posisi ini akan melatih otot perut yang amat penting semasa merangkak nanti.

2. Umpan dengan mainan

Tahap perkembangan Bayi Belajar Merangkak & cara membantu mereka

Foto ehsan: Wikimedia

Guna mainan sebagai umpan untuk menarik perhatian bayi anda sedang cuba merangkak. Cara ini akan memberi motivasi kepadanya untuk terus cuba merangkak.

Namun, hati-hati, proses ini nampak remeh tapi sebenarnya ia hal yang sangat besar untuk mereka hingga boleh terjatuh dalam beria mendapatkan umpan.

Seiring dengan melatih mereka merangkak, latih juga pendengaran dan penglihatan mereka. Gunakan umpan muzik, suara panggilan, tepuk tangan bagi meransang deria pendengaran. Gunakan objek dengan warna kontras untuk melatih penglihatan mereka.

3. Tempat yang selamat

Tahap perkembangan Bayi Belajar Merangkak & cara membantu mereka

Pastikan tempat mereka belajar merangkak adalah selamat. Pastikan juga tempat mereka belajar merangkak adalah rata agar tidak menyukarkan mereka mencapai keseimbangan.

Jangan biarkan mereka berlatih merangkak di atas tilam yang terlalu lembik hingga mereka menjadi tidak seimbang.

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

Kawasan persekitaran mereka belajar merangkak juga harus bersih dan selamat. Contohnya pastikan tiada wayar barangan elektrik dan juga benda-benda yang tajam. Mereka akan memasukkan segala benda yang dijumpainya ke dalam mulut.

Jika bayi tidak mahu merangkak…

Bayi anda belum menunjukan tanda-tanda ingin mula merangkak?

Usah terlalu risau pada peringkat awal. Seperti kita mula-mula mempelajari perkara baru, bayi juga memerlukan masa untuk mencuba gerakan baru di dalam pertumbuhannya.

Sebelum menguji kekuatan tangan dan kaki, mereka akan mencuba dengan pelbagai cara lain dahulu. Lihat video bayi 6 bulan yang mula belajar merangkak ini:

Perlu diingatkan di sini yang setiap bayi menggunakan gaya yang berbeza untuk merangkak.

Begitu juga dengan peringkat umur mula merangkak, jadi jangan tetapkan di dalam minda yang bayi anda harus tahu sama seperti bayi orang lain.

Tetapi, jika hingga mencapai usia 10 bulan, bayi tidak menunjukkan tanda-tanda belajar merangkak, dapatkan nasihat doktor bayi anda.

Mungkin ada masalah dengan otot atau perkembangan badan mereka yng perlu diberi perhatian. Selalunya, bayi pramatang mempunyai masalah lambat merangkak, tetapi tidak semestinya.

 

 

Sumber: BabyCenter.com, Parents.com, theAsianParent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

Tahap Perkembangan (Milestone) Bayi 0-12 Bulan Dalam Jadual

Anak Lambat Berjalan? Ini Mungkin Sebabnya

Fasa Bayi Memasukkan Benda Ke Dalam Mulut – Bagaimana Pastikan Keselamatannya?

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Tahap perkembangan Bayi Belajar Merangkak & cara membantu mereka
Kongsikan:
  • Tolong, Anak Dah Lebih 10 Bulan Tapi Dia Tidak Berminat Untuk Merangkak! Adakah Ini Normal?

    Tolong, Anak Dah Lebih 10 Bulan Tapi Dia Tidak Berminat Untuk Merangkak! Adakah Ini Normal?

  • Anak 9 Bulan Tapi Masih Mengesot? Apa Sebab Bayi Merangkak Lambat & Bagaimana Nak Bantu?

    Anak 9 Bulan Tapi Masih Mengesot? Apa Sebab Bayi Merangkak Lambat & Bagaimana Nak Bantu?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • Tolong, Anak Dah Lebih 10 Bulan Tapi Dia Tidak Berminat Untuk Merangkak! Adakah Ini Normal?

    Tolong, Anak Dah Lebih 10 Bulan Tapi Dia Tidak Berminat Untuk Merangkak! Adakah Ini Normal?

  • Anak 9 Bulan Tapi Masih Mengesot? Apa Sebab Bayi Merangkak Lambat & Bagaimana Nak Bantu?

    Anak 9 Bulan Tapi Masih Mengesot? Apa Sebab Bayi Merangkak Lambat & Bagaimana Nak Bantu?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.