Upload Gambar Bayi Baru Lahir Boleh Buat Bayi Jatuh Sakit Kerana Penyakit Ain?

Penyakit ain ini bukan sahaja boleh datang dari orang lain, malah mungkin dari diri kita sendiri yang terlalu taksub dengan orang lain hanya melalui gambar atau video...
Pernah tak anda dengar nasihat dari keluarga atau rakan-rakan supaya jangan tayang gambar anak di media sosial? Jika anda pernah menerima teguran sebegini, ia mungkin berkaitan dengan penyakit ain atau lebih mudah dikatakan sebagai penyakit hasad dengki.
Apakah kebenaran tentang penyakit ain ini?
Penyakit Ain: Bahaya Kongsi Gambar Bayi Terlalu Awal
Salah seorang pengguna komuniti theAsianparent telah mengemukakan soalan berkenaan penyakit ain setelah ditegur oleh rakannya. Menurutnya, dia ditegur agar tidak post gambar scan kehamilannya, kerana berkemungkinan terkena ain.
Posting dari pengguna yang menggunakan nama Adjie Abit itu mendapat 25 komen dari pengguna lain yang rata-ratanya bersetuju dengan kebenaran penyakit ain ini.
Malah seorang pengguna, Nur Hieda, berkongsi tentang pengalamannya anak buahnya:
Ramai yang menegaskan yang penyakit ain ini ada dan orang ramai perlu sentiasa berwaspada dalam setiap apa yang ditonjolkan kepada masyarakat. Ini termasuklah bayi yang masih di awal usia atau masih dalam kandungan.
Apa Itu Penyakit Ain?
Walau bagaimanapun, masih ada yang menganggap ini hanyalah satu kepercayaan kolot, tidak logik dan tiada berasas langsung. Tambahan lagi, mereka merasakan perkongsian gambar anak hanyalah untuk menyimpan memori sahaja dan tidak mendatangkan sebarang kesan negatif.
Penyakit ‘ain adalah thabit di dalam nas-nas syara’. Allah SWT berfirman:
وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ
Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian),
Isu ini ada dikongsi oleh pengasas Team Tazkirah, Mustaqim Ahmad di Instagram @_serbanputih yang menerangkan sebab kenapa perbuatan ini sebenarnya tidak elok. Berikut perkongsiannya:
“Jangan post gambar baby yang baru beranak. Dalam beberapa minggu, kalau nak post silakan.”
Saya pernah dengar nasihat orang ini dulu. Tapi saya tak berapa faham mengapa. Setahu saya tak ada pula dalil haram muat naik gambar baby baru lahir. Selepas saya buat rujukan. Rupanya ini ada kaitan dengan penyakit ‘ain atau pun penyakit mata.
“Penyakit mata?? Kenapa dengan mata?”
Bukan sakit mata. Penyakit ‘ain ini adalah pandangan manusia yang penuh dengan takjub atau cemburu hinggakan ia beri kesan kepada yang dipandang. Dengar macam tak logik. Dengar macam kuasa sharingan je (Naruto fans je faham).
Dalam sebuah hadis Nabi SAW:
“Penyakit ‘ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang bisa mendahului takdir, ‘ainlah yang dapat melakukannya.” (HR Muslim)
Penyakit ‘ain ini betul. Dan bahaya juga. Dan tak boleh kita ambil remeh.
Penyakit ‘ain ini terjadi apabila orang pandang kita dengan takjub / kagum ataupun dengan cemburu. Hinggakan kita ini jatuh sakit.
Ibnu Abbas pernah berkata:
“Dikatakan bahwa Fulan terkena ‘ain , yaitu apabila musuh atau orang-orang dengki memandangnya lalu pandangan itu mempengaruhinya hingga menyebabkannya jatuh sakit.”
Sebab tu apabila baby baru lahir, mereka ini masih suci. Comel. Kita upload gambar mereka hingga ditatap oleh manusia. Kita tak tahu mungkin ada yang akan lihat dengan penuh takjub atau mungkin dengan penuh iri hati. Kita risau bayi itu akan kena penyakit ‘ain. Maka sebab itu afdal kita tak upload gambar mereka.

Ibu bapa boleh ikhtiar dengan berdoa untuk perlindungan anak supaya terhindar dari penyakit ini.
Sebab tu kita jangan terlalu rasa takjub atau iri apabila lihat anak-anak atau harta milik saudara kita. Takut kita yang menjadi puncanya.
“Apabila seorang dari kalian melihat sesuatu dari saudaranya, atau melihat diri saudaranya, atau melihat hartanya yang menakjubkan, maka hendaklah ia mendoakan keberkahan untuk saudaranya tersebut, karena sesungguhnya penyakit ‘ain benar-benar ada.” (HR. Ahmad)
Cara untuk ubati penyakit ain ini adalah dengan membaca ayat ruqyah.
Mungkin ada yang kata, “ini macam tak saintifik”. Sebenarnya ada kajian berkenaan mata dan mereka temui bahawa mata ini mampu memberi electromagnetic signal.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Siti Nurhaliza Dikecam "Obses" Kerana Kerap Upload Gambar Anak Sendiri, Aik Salah Ke?