X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

10 Perkara Tentang Bayi Baru Lahir Yang Selalu Buat Ibu Ayah Risau, Hakikatnya Ia Normal

5 min bacaan
10 Perkara Tentang Bayi Baru Lahir Yang Selalu Buat Ibu Ayah Risau, Hakikatnya Ia Normal10 Perkara Tentang Bayi Baru Lahir Yang Selalu Buat Ibu Ayah Risau, Hakikatnya Ia Normal

Ibu bapa selalu bimbang apabila menjaga bayi baru lahir. Berikut antara 10 perkara yang selalu buat ibu bapa risau tapi sebenarnya tak berbahaya pada bayi.

Ibu bapa baru tentu selalu membaca tentang bayi baru lahir kerana ada banyak perkara dan petua baik yang boleh dipelajari.

Tambahan pula ada saja benda baru yang berlaku setiap hari yang buat anda tertanya-tanya, apa yang berlaku? Mengapa ia berlaku? Adakah normal?

Persoalan-persoalan tentang bayi baru lahir itu adalah normal sekali. Lebih-lebih lagi untuk new parents!

Oleh itu, sesetengah ibu bapa mungkin boleh jadi over protective sikit dan mula bimbang tentang perkara-perkara mengenai kesihatan bayi mereka.

10 perkara mengenai bayi baru lahir

Mari kita lihat beberapa perkara mengenai kesihatan bayi baru lahir yang mungkin nampak membimbangkan, tetapi sebenarnya normal.

Jadi ibu bapa tidak perlu begitu bimbang jika 10 perkara ini berlaku kepada bayi baru lahir anda.  

#1. Kulit bayi nampak kering

bayi baru lahir, perkara tentang bayi baru lahir, poop bayi baru lahir, najis bayi baru lahir, keperluan bayi baru lahir, penjagaan bayi baru lahir

Selama 9 bulan bayi anda itu dikelilingi oleh cecair yang melindungi dan membantu mengawal suhu di dalam rahim ibu.

Oleh itu, jangan terkejut apabila melihat kulit bayi baru lahir yang sedikit kering kerana ia adalah perkara biasa apabila kulit mereka baru terdedah kepada udara.

Kadang-kadang, kulit bayi anda juga akan mengupas. Tetapi jangan risau, jika anda ingin kulit bayi anda sentiasa lembap, sapukan sedikit losyen bayi yang tidak menimbulkan alahan.

Kulit bayi baru lahir sangatlah sensitif, jadi jangan hairan apabila melihat ruam atau bintik kecil seperti jerawat pada kulit bayi anda.

#2. Darah keluar dari vagina bayi perempuan

Selama durasi kehamilan, hormon estrogen yang dialami ibu hamil juga boleh memberi kesan kepada rahim janin perempuan.

Ini adalah perkara normal dan sesetengah bayi perempuan akan datang period di minggu pertama selepas dilahirkan.

#3. Ubun-ubun lembut pada bayi

bayi baru lahir, perkara tentang bayi baru lahir, poop bayi baru lahir, najis bayi baru lahir, keperluan bayi baru lahir, penjagaan bayi baru lahir

Apabila baru dilahirkan, kepala bayi baru lahir anda akan berasa lembut di bahagian tengkorak.  Ini adalah normal untuk semua bayi baru lahir, kerana bahagian ubun-ubun kepala yang lembut dapat membantu bayi anda turun melalui saluran kelahiran.

Anda tidak perlu takut untuk memegangnya, ubun-ubun lembut akan berdenyut kerana di bahagian itu ada saluran darah yang menutupi otak.

Tengkorak bayi anda akan menjadi keras apabila dia semakin tua.

#4. Rongga kecil di dada bayi

Menurut pakar, tulang dada terdiri dari 3 bahagian. Rongga yang anda lihat mungkin bahagian paling bawah dari tulang dada bayi.

Seiring dengan perkembangan bayi baru lahir, otot dada dan perutnya akan menarik tulang tersebut sehingga ia menjadi lurus dan rongga itu hilang.

Tetapi sebelum ini berlaku, jaringan lemak bayi akan melindungi bahagian tersebut.

#5. Najis cair seakan-akan cirit-birit selepas minum susu ibu

bayi baru lahir, perkara tentang bayi baru lahir, poop bayi baru lahir, najis bayi baru lahir, keperluan bayi baru lahir, penjagaan bayi baru lahir

Bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif senang membuang air besar setiap kali selesai menyusu kerana susu ibu senang dicerna oleh badan bayi baru lahir.

Bayi yang diberi susu formula pula akan lebih jarang membuang air besar.

Jika najis bayi anda nampak cair dan lembut, ini adalah perkara yang normal. Ini kerana bayi anda hanya minum susu dan belum lagi makan makanan pejal.

#6. Sering sedu

Pakar berpendapat, bayi sering sedu kerana komunikasi antara otak dan diafragma bayi yang belum sempurna.

Ibu bapa tidak perlu rasa bimbang, kerana walaupun anda fikir ia nampak tidak selesa, sedu pada bayi baru lahir tidak berbahaya.

Jika ibu bapa masih bimbang, baca sini untuk mengetahui cara untuk mengatasainya.

#7. Bayi sering menangis

10 Perkara Tentang Bayi Baru Lahir Yang Selalu Buat Ibu Ayah Risau, Hakikatnya Ia Normal

Bayi yang sering menangis pasti akan menyebabkan ibu bapa rasa panik.Bayi baru lahir, hanya boleh berkomunikasi melalui tangisan.

Apabila terkencing, kelaparan atau hanya mahu didukung, dia akan menangis untuk menarik perhatian anda.

Walau bagaimanapun, jangan mengharapkan senyuman atau reaksi lain yang menunjukkan dia bertindak balas terhadap sentuhan anda, kerana bayi baru lahir belum pandai melakukannya.

#8. Ruam di muka atau jerawat bayi

Hormon ibu yang masih di dalam badan bayi kadang-kadang boleh mencetuskan ruam atau jerawat pada bayi baru lahir.

Ini biasanya berlaku pada usia dua minggu atau dua bulan dan tidak berbahaya. Ibu bapa hanya perlu bersihkan muka bayi anda dengan kain yang lembut.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

#9. Payudara kelihatan besar dan ada cecair di dalamnya

Hormon yang menyebabkan bayi perempuan datang haid juga hormon yang boleh menyebabkan  payudara bayi baru lahir kelihatan besar.

Keadaan ini boleh berlaku kepada bayi lelaki dan bayi perempuan.

Biarpun agak mengejutkan, perkara ini hanya sementara saja dan tidak akan memengaruhi kesihatan bayi. Jadi ibu bapa tidak perlu memicit payudara bayi agar cecair itu keluar atau terlalu risau memikirkannya.

Biarkan sahaja dan cecair itu akan hilang sendiri apabila diserap oleh tubuh bayi.

#10. Sering bersin

10 Perkara Tentang Bayi Baru Lahir Yang Selalu Buat Ibu Ayah Risau, Hakikatnya Ia Normal

Bayi baru lahir mempunyai hidung yang sangat kecil, hanya sedikit mukus akan menyebabkan bayi itu bersin. Hidung bayi yang baru keluar dari rahim yang diisi cecair mungkin sedikit tersumbat sehingga menyebabkannya selalu bersin.

Ibu bapa tidak perlu bimbang kecuali bersin bayi diserta dengan mukus berwarna kuning yang tebal. Ini adalah tanda selesema.

Itulah 10 perkara yang sering berlaku pada bayi baru lahir. Berunding dengan doktor anda atau ibu-ibu lain yang mempunyai bayi boleh membantu anda mengatasi kebimbangan apabila anda melihat perkara ini berlaku kepada bayi.

Sumber: theAsianparent Indonesia

Foto: Popmama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perkembangan Bayi 3 Minggu Yang Penting Untuk Diperhatikan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • 10 Perkara Tentang Bayi Baru Lahir Yang Selalu Buat Ibu Ayah Risau, Hakikatnya Ia Normal
Kongsikan:
  • Berapa bijak anak anda besar nanti? Jawapannya mungkin ada pada poop bayi!

    Berapa bijak anak anda besar nanti? Jawapannya mungkin ada pada poop bayi!

  • Bakal Bersalin Tak Lama Lagi? Ini Senarai Keperluan Newborn Yang WAJIB Ibu Ayah Beli!

    Bakal Bersalin Tak Lama Lagi? Ini Senarai Keperluan Newborn Yang WAJIB Ibu Ayah Beli!

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • Berapa bijak anak anda besar nanti? Jawapannya mungkin ada pada poop bayi!

    Berapa bijak anak anda besar nanti? Jawapannya mungkin ada pada poop bayi!

  • Bakal Bersalin Tak Lama Lagi? Ini Senarai Keperluan Newborn Yang WAJIB Ibu Ayah Beli!

    Bakal Bersalin Tak Lama Lagi? Ini Senarai Keperluan Newborn Yang WAJIB Ibu Ayah Beli!

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.