X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Senarai Bantuan Bayi Baru Lahir 2022 Mengikut Negeri, Ini Panduan & Cara Untuk Memohon

6 min bacaan
Senarai Bantuan Bayi Baru Lahir 2022 Mengikut Negeri, Ini Panduan & Cara Untuk Memohon

Bantuan bayi baru lahir 2022 hendaklah menepati syarat yang telah ditetapkan. Berikut panduan lengkap untuk anda melakukan permohonan

Tahukah anda beberapa kerajaan negeri ini menawarkan bantuan bayi baru lahir 2022? Ia adalah inisiatif kerajaan bagi meringankan beban ibu ayah serta menggalakkan lagi kadar kelahiran di Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa setiap anak membawa rezeki dan kebahagiaan dalam rumah tangga. Bagi ibu ayah yang masih tercari-cari maklumat mengenai bantuan bayi baru lahir ini, kami kongsikan beberapa panduannya bagi memudahkan urusan anda.

Bantuan bayi baru lahir 2022 mengikut negeri

bantuan bayi baru lahir

#1. Selangor

Bantuan bayi baru lahir 2022 Selangor adalah melalui program Iltizam Selangor Sihat. Sebelum ini ia merupakan skim insurans kesihatan dan telah ditambah baik.

Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh lima tahun yang akan dikreditkan ke akaun berkenaan bermula tahun 2022.

Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila anak mencapai usia 18 tahun dan keatas.

Syarat kelayakan:

  • Anak kelahiran bermula tahun 2022
  • Warganegara Malaysia dan menetap di Selangor
  • Bayi lahir di Selangor

Kelayakan ibu bapa atau penjaga:

  • Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas
  • Sedang menetap di Selangor 
  • Pengundin berdaftar di Selangor

Permohonan Program Iltizam Selangor ini dibuka mulai 1 Ogos 2022 di laman web anas.yawas.com.my/.

Ia dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang yang menetapi syarat dan akan ditutup serta-merta apabila mencapai jumlah yang ditetapkan.

#2. Pahang

Kerajaan Pahang turut menawarkan bantuan bayi baru lahir 2022 melalui program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) yang berjumlah RM300.

Program bantuan ini bertujuan meringankan beban ibu ayah yang memerlukan duit untuk membeli barangan penjagaan bayi dan ibu dalam pantang. Bukan itu sahaja menurut YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata tujuan kenaikan sagu hati ini adalah untuk menggalakkan kadar kelahiran di negeri itu yang masih rendah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web portal Kerajaan Negeri Pahang atau hubungi 09-512 6600.

#3. Kedah

Bagi ibu ayah di negeri Kedah yang baru sahaja menimang cahaya mata, kerajaan negeri Kedah telah memperkenalkan Program Anakku Sejahtera dengan menyalurkan insentif kelaahiran sebanyak RM100.

Ia diberi secara one-off kepada akaun Simpanan SSPN Prime kepada setiap bayi yang lahir pada tahun 2022.

Ibu ayah yang mendaftar anak baru dilahirkan di negeri Kedah dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022 akan layak menikmati insentif ini.

#4. Perak

bantuan kelahiran

Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak telah memperuntukkan sebanyak RM200 bagi bayi kelahiran Perak bermula tahun 2010 sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN-i).

Syarat permohonan:

  • Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malayia dengan kelahiran negeri Perak bermula 1 Januari 2010 selepas jam 12 tengah malam.
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan (mulai 1 Januari 2019)
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun
  • Ibu atau bapa kelahiran Perak tetapi sedang beralamat di luar negeri Perak atau ibu atau bapa kelahiran luar negeri Perak telah bermastautin di Perak melebihi 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin di negeri Perak dari Penghulu Mukim atau Ketua Kampung diperlukan)

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan PTPTN Negeri Perak, Pejabat Pusat Khidmat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my

#5. Terengganu

Skim Permata Sejahtera adalah sebuah bantuan yang disalurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Berikut adalah bentuk-bentuk sumbangan:

    • Anak Pertama hingga Keenam  RM100
    • Anak Ketujuh-RM200
    • Anak Ke-8 – RM 300
    • Anak ke-9-RM400
    • Anak ke-10-RM500

Syarat permohonan:

Syarat 1: Bayi hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Syarat 2: Bagi bayi yang dilahirkan di luar Negeri Terengganu, permohonan hanya akan dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan bersalin di luar Negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin.

Syarat 3: Ibu atau Bapa bayi mestilah rakyat Negeri Terengganu yang lahir dan telah menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.

Syarat 4: Bilangan anak bagi permohonan program ini dimaksudkan sebagai (bilangan anak dalam sebuah keluarga adalah termasuk juga daripada kalangan keluarga berpoligami).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu atau hubungi di talian.

#6. Sarawak

Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan pemberian RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, dalam bentuk simpanan bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;
(iii) Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus ‘K’; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu (1) tahun selepas kelahiran.
(v) Bagi kategori anak angkat:
a) Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKad berstatus ‘K’; dan
b) Mempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini.

#7. Johor

dana-didik-johor

Kerajaan Negeri Johor menyediakan sumbangan percuma caruman RM100 bagi setiap kelahiran bayi di Negeri Johor dalam akaun SSPN-i dibuka mulai 1 Januari 2022 melalui Dana Didik Johor.

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Di antara syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Bayi yang lahir di Negeri Johor  mulai 01hb Januari 2022;
  • Ibu dan Bapa Kandung adalah warganegara Malaysia (Keutamaan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor);
  • Pendapatan ibu DAN bapa di bawah RM7,000 sebulan;

Tempoh Permohonan : Dibuka sepanjang tahun 2022. 

Hantar Permohonan : Diemelkan ke [email protected] ATAU dihantar ke pejabat Yayasan Pelajaran Johor dan semua cawangan pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor. Dana Daripada : YPJ

#8. Pulau Pinang

Kerajaan Pulau Pinang telah melancarkan program Anak Emas, di mana anak yang dilahirkan akan mendapat bantuan sebanyak RM200.

Bantuan ini hanya boleh dipohon sekali bagi seorang anak. Permohonan untuk anak mestilah dibuat 2 tahun sebelum tarikh kelahiran.

Permohonan boleh dibuat hanya secara online. Selepas membuat permohonan, permohon perlulah mencetak borang yang siap bersama dengan dokumen-dokumen sokongan.  

Dokumen-Dokumen ini perlulah dihantar secar POS ataupun secara manual ke Pejabat Daerah yang tertera dalam borong permohonan.

Syarat permohonan:

  • Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
  • Anak berumur kurang 2 tahun dari tarikh dilahirkan.
  • Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. 

Dokumen sokongan yang diperlukan:

  1.  Salinan Sijil Kelahiran anak
  2. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa
  3. Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
  4. Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR

Semoga bermanfaat!

Yayasan Perak, YPJ, Berita Pas, YPKT

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Orang Lain Dah Berderet Cucu, Warga Emas Ini Timang Anak Pertama Selepas 54 Tahun Penantian

Baca juga: Cara Azan Bayi Baru Lahir Dengan Tertib, Bakal Bapa Prepare Awal-Awal Agar Tidak Tersalah!

Baca juga:  Begini Cara Bersihkan Lidah Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Ayah Baru WAJIB Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Senarai Bantuan Bayi Baru Lahir 2022 Mengikut Negeri, Ini Panduan & Cara Untuk Memohon
Kongsikan:
  • Bila Boleh Bersenam Selepas Bersalin? Ibu, Jom Lakukan 5 Senaman Ini Untuk Cepat Kurus

    Bila Boleh Bersenam Selepas Bersalin? Ibu, Jom Lakukan 5 Senaman Ini Untuk Cepat Kurus

  • Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan

    Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan

  • Makanan Dalam Tin Sesuai Ke Untuk Wanita Hamil? Ini Ibu Kena Tahu Dulu

    Makanan Dalam Tin Sesuai Ke Untuk Wanita Hamil? Ini Ibu Kena Tahu Dulu

  • Bila Boleh Bersenam Selepas Bersalin? Ibu, Jom Lakukan 5 Senaman Ini Untuk Cepat Kurus

    Bila Boleh Bersenam Selepas Bersalin? Ibu, Jom Lakukan 5 Senaman Ini Untuk Cepat Kurus

  • Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan

    Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan

  • Makanan Dalam Tin Sesuai Ke Untuk Wanita Hamil? Ini Ibu Kena Tahu Dulu

    Makanan Dalam Tin Sesuai Ke Untuk Wanita Hamil? Ini Ibu Kena Tahu Dulu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.