Proses kelahiran dan bersalin bagi setiap anak adalah berbeza. Dikatakan beribu urat dalam tubuh akan hilang ketika ibu meneran keluar bayi. Justeru, pentingnya anda mengetahui penjagaan selepas bersalin agar kesihatan fizikal dan mental dapat dipulihkan kembali.
Dalam keterujaan anda menerima kedatangan orang baru dalam keluarga, jangan lupa untuk turut menyediakan beberapa bekalan ubat bagi merawat sekiranya ibu diserang pelbagai masalah ketika dalam proses berpantang.
Oleh hal demikian, persediaan awal ini sangat membantu anda dan tidaklah suami akan ‘kalut’ perlu keluar mencarikan ubat. Lebih-lebih lagi, hospital tidak membekalkan sepenuhnya ubatan selepas anda dibenarkan pulang ke rumah.
Jenis Kesakitan Selepas Bersalin Yang Dijangkakan
Kredit gambar: Times of India
Ia normal untuk para ibu mengalami sedikit kesakitan dan lenguh badan selepas bersalin dan biasanya kesakitan ini akan beransur pulih mengikut masa. Tetapi ada wanita yang terus mengalami kesakitan melampau selama berbulan-bulan selepas bersalin.
Jika anda melalui kesakitan berterusan selepas bersalin, ia adalah satu tanda peringatan yang sesuatu tida kena dan ibu perlu berjumpa doktor dengan segera dan mendapatkan rawatan.
Di sini kami kongsikan beberapa kesakitan yang dijangkakan selepas bersalin.
1. Rasa sakit seluruh badan
Ia normal untuk melalui kesakitan seluruh badan selepas bersalin. Ini kerana tubuh melalui ketegangan yang melampau sewaktu kontraksi. Kadang kala kontraksi boleh jadi sangat tegang yang mana sesetengah wanita terus merasakannya berminggu-minggu selepas bersalin.
Kebanyakkan wanita selepas bersalin mengadu akan sakit belakang bahagian bawah, yang mana tidak terkejut pabila diberikan amaun kesakitan yang tubuh lalui sewaktu kontraksi melahirkan.
Selain daripada sakit belakang, ibu mungkin akan mengalami sakit kepala, rasa tegang di antara bahu, atau sakit perit di dalam pinggang atau tulang belakang di bahagian bawah.
2. Payudara membesar
Salah satu perubahan terbesar dan paling biasa yang ibu akan menyedari selepas bersalin adalah bagaimana besar dan lembut payudara anda. Pembengkakan berlaku apabila terdapat lebihan susu tersimpan di dalam payudara, ia menjadi panas, kental dan lembut.
Pesakit biasanya mengadu kesakitan atau panas di dalam payudara dan mungkin mengalami demam.
Sekali anda mula menyusu badan, payudara anda menjadi kurang bengkak dan kurang mengeras. Ketika anda meneruskan penyusuan badan, payudara akan menjadi kurang pembengkakan. Tetapi, jika anda kurang menyusukan badan, jadi payudara anda akan biasanya menjadi bengkak semula.
3. Merasakan kontraksi lagi
Ia normal untuk merasakan kontraksi selepas bersalin kerana uterus sedang kontraksi semula kepada kondisi sebelum hamil, ini dipanggil involusi. Satu sebab lagi kenapa anda merasakan kontraksi sengit lagi atau kesakitan selepas bersalin adalah apabila anda menyusu badan.
Penyusuan badan mencetus kontraksi selepas bersalin. Walaubagaimanapun kontraksi ini hanya berakhir dalam beberapa hari dan kemudian reda.
4. Perineum koyak
Perineum koyak berlaku sewaktu proses melahirkan menerusi vagina dan ini biasanya adalah luka pada tisu lembut yang berada di antara dubur dan faraj. Luka perineal berbeza dalam keterukannya. Kebanyakkannya adalah mild dan tidak memerlukan sebarang rawatan.
Tetapi sesetengah koyakan adalah sangat teruk dan ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak dan kesakitan kronik berpanjangan.
Bergantung kepada bagaimana teruk masalah koyak tersebut, anda mungkin perlukan jahitan perineal untuk membantu mempromosi penyembuhan tisu. Walaubagaimanapun, koyakan minor tidak memerlukan jahitan dan biasanya dibiarkan sembuh dengan sendirinya.
5. Parut C-section gatal
Ia normal untuk parut untuk berasa gatal lebih-lebih lagi apabila ia sedang menyembuh. Jadi, jika ibu melalui proses melahirkan C-section dan parut anda mula merasa gatal, ketahui yang ia adalah normal dan kegatalan biasanya akan beransur pulih apabila parut berterusan menyembuh.
Sebab lain kenapa parut anda boleh jadi gatal mungkin disebabkan kepada kulit kering atau jangkitan.
6. Pendarahan Berterusan
Pendarahan vagina selepas bersalin adalah normal dan selalunya, pendarahan akan berkurang selepas 10 hari. Ketika minggu ke-6 selepas bersalin, pendarahan sepatutnya sudah berhenti sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, jika anda mengalami pendarahan berat tanpa henti selepas melahirkan untuk lebih daripada 10 hari, jadi ibu sepatutnya mendapatkan pemeriksaan doktor.
Pendarahan selepas bersalin digelar serius dan sepatutnya tidak diendahkan. Ia dikenali menjadi punca komplikasi seperti tekanan darah rendah, keletihan, jantung berdebar-debar, kesejukan, mual dan penglihatan kabur.
7. Sakit betis
Ia sepatutnya tidak mengejutkan yang mana ramai wanita mengalami kesakitan di dalam betis selepas bersalin. Jika anda merasakan sakit di dalam kaki anda dan anda juga perasan akan beberapa bengkak, ini boleh jadi satu petanda akan darah beku atau trombosis urat dalam.
Jika ia adalah darah beku, anda mungkin tidak mengalami sebarang simptom lain selain daripada kesakitan dan kebengkakkan. Tetapi jika ia adalah trombosis urat dalam, anda mungkin juga akan mengalami nafas pendek (disebabkan embolisme pulmonari PE).
8. Sembelit
Sembelit di kalangan ibu selepas bersalin berlaku akibat ubat sakit yang mereka dapat ketika proses melahirkan.
Jadi, disebabkan kesakitan-kesakitan yang dijangkakan selepas bersalin inilah yang membuatkan penting untuk bakal ibu melakukan persiapan dengan ubat-ubatan ini di rumah agar tidak kelam kabut dibuatnya ketika memerlukannya nanti.
7 Ubatan Penjagaan Selepas Bersalin
Apa kata anda semak sahaja beberapa jenis ubatan yang perlu ada selepas selamat melahirkan bayi. Jadi tidak perlu lagi untuk anda keluar farmasi dan menghabiskan masa untuk pilih satu per satu barangan.
7 Ubatan Penjagaan Selepas Bersalin
BETADINE Antiseptic Solution
Larutan Antiseptik Terbaik Merawat Luka
BETADINE Antiseptic Solution merupakan larutan antispetik spektrum luas mengandungi Povidone-Iodine. Ia tidak mengandungi alkohol dan tidak menyebabkan kulit kering. Ia membantu mengeringkan luka kecil, termasuklah mencegah jangkitan pada kulit terbakar, luka, dan kulit melecet.
Ia juga berfungsi sebagai pembasmi kuman untuk kebersihan tangan serta kulit sebelum surgeri.
Apa yang kami suka:
- Antiseptik serba guna
- Tidak mengandungi alkohol
- Mengandungi Povidone Iodine
- Membunuh 99.99% bakteria yang menyebabkan jangkitan pada luka dalam masa 60 saat
- Tidak meninggalkan tanda
- Tidak membuat kulit rengsa
- Tidak mengeringkan kulit
BLACKMORES Pregnancy & Breast-Feeding Formula
Makanan Tambahan Terbaik Untuk Ibu Hamil Dan Menyusukan Bayi
Menyediakan nutrisi tambahan yang menyokong wanita hamil dan menyusukan anak yang disalurkan menerusi dos pengambilan setiap hari. Ia mengandungi 15 nutrien penting hanya dalam satu kapsul.
Mengandungi asid folik yang mana penting untuk ibu hamil dalam mengurangkan risiko mendapat bayi dengan spina bifida atau kecacatan tiub neural.
Apa yang kami suka:
- Mengandungi 15 nutrien penting dalam satu kapsul
- Mengandungi asid folik, iron, iodine, dan vitamin serta mineral lain
- Mengandungi Omega-3 DHA
- Turut diperkaya dengan beta-karotin semulajadi bukannya vitamin A
- Cukup dengan 1 kapsul dua kali sehari
Dulcolax Suppositories
Rawatan Masalah Sembelit Terbaik
Produk ini digunakan untuk merawat masalah sembelit. Bisacodyl adalah julap perangsang yang bekerja dengan meningkatkan amaun cecair/garam di dalam usus. Kesan ini berlaku selalunya membawa ke pada pergerakan usus di antara 15 ke 60 minit.
Frekuensi biasa pergerakan usus berbeza-beza daripada sekali sehari ke 1 ke 2 kali seminggu. Sembelit adalah baik dirawat dengan meminum banyak air (4 ke 6 gelas 8 auns air setiap hari), makan makanan yang tinggi serat, dan kerap bersenam.
Apa yang kami suka:
- Suppositori ubat yang berbentuk selesa untuk kegunaan rektum sahaja
- Baik untuk melegakan masalah sembelit dan yang jarang berlaku dan ketidakteraturan
- Produk ini biasanya menghasilkan pergerakan usus dalam masa 15 minit ke 1 jam
Panadol Optizorb Advance Caplet
Pelega Kesakitan Terbaik Lembut Pada Perut
Panadol Advance ini adalah formulasi lebih maju akan paracetamol yang mengandungi Optizorb. Tidak seperti sesetengah pelega kesakitan yang boleh duduk di dalam perut, Panadol Advance Optizorb mula melepaskan penawarnya di dalam masa secepat 5 minit – dan masih mempunyai profil keselamatan yang anda percaya daripada Panadol.
Ia lembut pada perut apabila diambil seperti mana yang diarahkan. Ia melegakan demam, selesema, sakit kepala, gangguan muskuloskeletal, senggugut, sakit gigi, dan osteoarthritis.
Apa yang kami suka:
- Tablet yang diselaputi filem yang mudah untuk ditelan
- Formulasi OPTIZORB yang mengandungi sistem penghantaran yang dipatenkan yang membolehkan ia menghantar paracetamol lebih efisyen dengan memecah lebih cepat berbanding tablet panadol biasa
- Sesuai untuk individu dengan ulcer perut apabila diambil seperti mana yang diarahkan
Krim Barut Herba Suzyhoney
Krim Barut Terbaik Resepi Bidan Kampung Turun Temurun
Ramuan ubat barut ini sangat istimewa kerana ia mengandungi pelbagai spesis kunyit atau herba rempah ratus yang diadunkan secara tradisional mengikut resepi bidan kampung turun temurun.
Ia juga memberi aroma rempah yang sangat menyegarkan sesuai bagi ibu bersalin dalam pantang atau yang mengalami keguguran.
Ia berfungsi dalam membantu mengeluarkan darah kotor, memecahkan lemak, mengempiskan perut yang menggeleber selepas bersalin, mengecut dan memulihkan rahim dengan cepat serta boleh juga digunakan untuk masalah badan atau sendi bengkak atau terselih.
Apa yang kami suka:
- Mengandungi campuran pelbagai spesis kunyit dan herba rempah ratus yang diadun secara tradisional berdasarkan resepi bidan kampung
- Dihasilkan dengan kunyit hitam yang mana baik dalam membuang lemak perut
- Juga mengandungi kunyit putih yang mana membantu mengecil dan mengecutkan rahim
- Mengandungi halia bara yang mana melembutkan perut, membasmi angin badan dan mengurangkan sengal sendi
- Temulawak – merangsang perjalanan sistem hormon metabolisme dan fisiologi tubuh, menurunkan kolesterol, melancarkan perjalanan darah, serta meningkatkan stamina tubuh
- Bonglai – Merawat sakit pinggang, buang angin, menurunkan berat badan, dan merawat sakit lutut
NR Phytonatal Kapsul
Kapsul Pembersih Dalaman Wanita Terbaik
Phytonatal merupakan pembersih dalaman wanita yang ringan dan meningkatkan sistem imun tubuh. Ia mengandungi ramuan pelbagai herba. Ia membantu melawaskan sistem pembuangan air besar dan air kecil yang normal.
Malah ia juga membantu dalam menurunkan berat badan. Ia turut membantu dalam mengempiskan perut menggeleber selepas bersalin.
Apa yang kami suka:
- Pembersih dalaman wanita
- Meningkatkan sistem imun tubuh
- Mengandungi pelbagai herba yang baik untuk tubuh
- Melawaskan sistem pembuangan air besar dan kecil
- Menurunkan berat badan
- Mengempiskan perut
- Mengimbangi sistem metabolisme dan hormon
- Melancarkan darah haid dan meredakan senggugut
- Mengeluarkan sekatan angin dalaman
- Merawat penyakit angin iaitu hernia, gastrik dan kembung
- Mengembalikan tubuh badan yang langsing selepas bersalin
Minyak Pilis Anugerah
Minyak Sakit Kepala Dan Angin Badan Terbaik
Dirumus khas dari herba tradisional untuk menghilang rasa pening serta membuang angin di kepala dan muka. Ia dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, bunga cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala, dan minyak avokado, herba-herba semulajadi yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh.
Dengan minyak Pilis Anugerah, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada masalah sakit kepala, dan kabur mata. Ia juga dapat mengendurkan urat-urat yang kembang selepas bersalin. Ia dapat melegakan otot dan melancarkan peredaran darah.
Apa yang kami suka:
- Dirumus khas dari herba tradisional
- Menghilangkan sakit kepala
- Membuang angin badan
- Melegakan otot
- Melancarkan peredaran darah
- Mudah digunakan dan mudah meresap ke dalam tubuh
- Aroma yang menyenangkan
Perbandingan Harga
|
Produk |
Kandungan (ml/g/kapsul) |
Harga (RM) |
BETADINE Antiseptic Solution
|
30 ml
|
15.80 |
BLACKMORES Pregnancy & Breast-Feeding Formula
|
60 kapsul
|
69.00 |
Dulcolax Suppositories
|
5 suppositori
|
10.09 |
Panadol Optizorb Advance Caplet
|
12 kapsul
|
5.50 |
Krim Barut Herba Suzyhoney
|
80 gram
|
29.90 |
NR Phytonatal kapsul
|
90 kapsul
|
70.00 |
Minyak Pilis Anugerah
|
30 ml
|
13.28 |
Tips Percepat Penyembuhan Selepas Bersalin
Kredit gambar: TraditionalBodyWork
Berikut adalah beberap tips yang boleh membantu anda untuk mempercepat proses penyembuhan selepas bersalin yang para ibu boleh lakukan:
Gunakan ais pada luka bersalin setiap beberapa jam pada 24 jam pertama selepas bersalin. Sembuh air suam di sekitar kawasan luka sebelum dan selepas membuang air kecil untuk memastikan air kencing tidak menyebabkan iritasi pada kulit yang luka.
Cuba berendam dalam air suam panas selama 20 minit beberapa kali sehari untuk mengurangkan kesakitan. Sasarkan untuk mengelak daripada berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama, tidur pada posisi tepi.
Dengan berhati-hati bersihkan luka C-section anda dengan sabun dan air sekurang-kurangnya sekali sehari. Keringkan dengan tuala kering, kemudian sapukan krim antibiotik. Bercakap dengan doktor anda tentang sama ada ia baik untuk menutup luka atau membiarkannya terdedah.
Elak membawa kebanyakkan barangan (selain daripada bayi anda), dan buat semenatra hentikan seketika senaman-senaman berat sehingga anda mendapat kata OK daripada doktor anda.
Jika anda merasa sakit daripada peneranan, ambil acetaminophen. Redakan segala kesakitan dengan mandi air panas atau pad pemanas – atau manjakan diri anda dengan urutan.
Pergerakan usus pertama selepas bersalin boleh ambil masa, tetapi jangan paksa sesuatu perkara. Makan banyak makanan tinggi serat (bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran), berjalan kaki, dan gunakan pelembut najis yang lembut untuk kekal teratur.
Elak meneran, yang mana tidak elok untuk luka bersalin atau parut C-section, atau jika anda mempunyai kedua-duanya juga.
Tiada cara lebih baik untuk mengembalikan vagina anda seperti sebelum bersalin, buatkan seks lebih enjoyable untuk anda dan pasangan, dan menyelesaikan masalah kencing selepas bersalin – tidak kira cara apa anda bersalin.
Jadi mulakan dengan senaman Kegel selepas bersalin secepatnya sebaik anda boleh mula selesa untuk melakukannya, dan cuba sasarkan dalam tiga set 20 setiap hari.
- Buat baik terhadap payudara anda
Untuk kesakitan payudara, cuba gunakan kompres hangat atau pek ais dan urutan lembut. Juga pastikan untuk memakai bra penyusuan yang selesa.
Jika anda mempraktikkan penyusuan badan, biarkan payudara anda terdedah tanpa kekangan selepas setiap sesi menyusu dan sapukan krim lanolin untuk mencegah atau merawat puting merekah.
- Sentiasa tepati waktu untuk berjumpa doktor
Berjumpa dengan doktor anda adalah penting, berikutan ia membantu memastikan yang semuanya menyembuh seperti yang dijangkakan. OB/GYN anda juga boleh memeriksa dengan emosi anda dan jika perlu, mencadangkan bagaimana untuk mendapatkan bantuan untuk melaraskan kepada perubahan status seorang ibu baru.
Jika anda melalui C-section, pastikan temujanji anda untuk membuka jahitan, dek kerana jika meninggalkannya terlalu lama boleh membuatkan parut kelihatan teruk. Dan maklumkan pada doktor anda jika anda mempunyai sebarang simptom yang membimbangkan, seperti demam, kesakitan atau ketegangan di sekitar luka.
- Makan sihat untuk mengurangkan keletihan dan masalah sembelit
Seperti yang anda lakukan ketika hamil, sasarkan untuk makan lima menu makan kecil sepanjang hari, bukannya tiga menu makan berat.
Makan satu kombinasi karbo kompleks dan protein untuk tenaga, tambah serat yang banyak (yang boleh ditemui di dalam buahan, sayuran dan bijirin penuh) untuk membantu mencegah hemorrhoids. Minum sekurang-kurang 64 auns (sekitar 8 gelas) air setiap hari.
Dan cuba elak kafein dan alkohol bagi wanita bukan Islam, yang mana boleh memberi impak pada mood anda dan menjadikan lebih mencabar untuk tidur berbanding realitinya dengan bayi baru lahir di rumah.
Senaman seakan tanpa had untuk sekurang-kurangnya beberapa minggu pertama jika anda melalui C-section, dan anda tidak akan dengan segera kembali kepada rutin senaman berat seperti sebelum hamil jika anda melalui proses melahirkan secara natural.
Tetapi tanya pada doktor anda tentang bila dan bagaimana anda boleh bersenam; anda mungkin boleh melakukan lebih daripada apa yang anda fikirkan.
Tidak kira bagaimana anda bersalin, mulakan dengan berjalan kaki. Pusing keliling rumah anda dan akhir sekali di sekitar perumahan anda. Berjalan membantu menyelesaikan masalah gas dan sembelit dan mempercepat penyembuhan dengan meningkatkan peredarahan darah serta nada otot.
Tambah lagi ia meningkatkan mood anda dan telah terbukti yang ia membantu melegakan simptom seakan tekanan.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Oleh Wanita Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan
Baca juga: 18 Gejala BAHAYA Masa Berpantang, Apa Ibu Perlu Tahu Selepas Bersalin!
Baca juga: Ibu Jangan Malas Ketika Berpantang, Memang Badan Akan Sembuh Juga, Tapi Lagi Teliti Penjagaan Lebih Cepat Anda Pulih