X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Ibu Baru Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan

7 min bacaan
Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Ibu Baru Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan

Pantang bersalin adalah tempoh yang mencabar bagi anda baru bergelar ibu. Ketahui ada beberapa perkara penting bagi mengekalkan kesihatan selepas beranak

Tahniah diucapkan kepada anda jika anda baru sahaja melahirkan anak! Pastinya sekarang ibu sedang menjalani proses pantang bersalin kan? Namun tahukah anda ada sesetengah ibu selepas bersalin tidak gemar proses berpantang ini!

Sebenarnya, berpantang selepas bersalin adalah untuk ibu mengembalikan tubuh badan yang lebih sihat selepas mengandung. Tujuan berpantang bersalin adalah untuk memulihkan tenaga dan kesihatan dalam tempoh tertentu. 

Dalam artikel ini, anda akan ketahui lebih lanjut tentang:

  • Tempoh berpantang bersalin ibu baru lakukan
  • Cara berpantang bersalin yang perlu diamalkan
  • Perkara yang perlu elak dalam proses pantang bersalin
  • Pantang larang berpantang
  • Peranan suami dalam tempoh berpantang

Isi Kandungan

  • Tempoh berpantang bersalin
  • Elak ini semasa berpantang
  • Pantang larang berpantang pelik
  • Pemakanan semasa berpantang
  • Peranan suami semasa berpantang

Berapa lama tempoh berpantang bersalin?

berpantang selepas bersalin

Mungkin ada ibu yang bertanya, pantang bersalin berapa hari? Untuk pengetahuan anda, tempoh berpantang bersalin kebiasaannya antara 40 hari hingga 100 hari. Kita pula seringkali dengan ramai ibu lebih selesa untuk mengamalkan pantang bersalin 44 hari.

Bagi ibu-ibu selepas bersalin, amalan berpantang jangan dipandang ringgan kerana ini adalah tempoh yang mana ibu telah banyak kehilangan tenaga, malah keadaan mental dan fizikal juga lemah. Sebaik-baiknya anda ambil sedikit masa untuk berehat dan kembalikan tenaga agar dapat uruskan anak dengan lebih baik.

Cara berpantang pula bergantung kepada anda sebenarnya. Ada yang gemar cara berpantang sendiri menggunakan ilmu-ilmu yang dibelajar di Internet, tetapi ada juga yang lebih senang mengambil upah confinement lady untuk memudahkan tugasan harian.

Cara berpantang bersalin yang perlu diamalkan

#1. Memakai bengkung

Amalan memakai bengkung ini dilakukan bagi membentuk semula badan serta mengurangkan pergerakan bagi membantu pemulihan luka pada faraj. Ada pelbagai jenis bengkung yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.

#2. Bertungku

Amalan ini bertujuan untuk mengeluarkan angin dalam badan, membantu mengecutkan rahim dan melembutkan urat yang tegang. Ia walaubagaimanapun harus dilakukan dengan lembut dan elakkan daripada menekan rahim.

#3. Minum jamu dan ubat periuk

Pengambilan jamu dan ubat periuk bukan saja membantu mengembalikan tenaga dan memanaskan badan, ia juga mampu mengeluarkan lemak, toksin serta memudahkan membuang air besar.

#4. Berurut

pantang selepas bersalin,

credit to sources

Selain memulihkan aliran darah, berurut ketika dalam proses pantang bersalin membantu mengeluarkan angin, memulihkan sakit otot, sendi serta saraf di pinggang, tumit dan lutut di samping memberi ketenangan kepada ibu. Oleh sebab itu ia amat digalakkan untuk ibu selepas bersalin.

#5. Makan banyak sayuran dan ulam-ulaman

Sayur-sayuran merupakan sumber vitamin, mineral dan anti-oksidan yang membantu mempercepat proses pemulihan. Begitu juga dengan ulam-ulaman seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja dan daun sekentut.

#6. Makan sup ikan haruan

Ikan haruan telah diketahui ramai tentang khasiatnya memulihkan luka dalaman dan luaran.

Perkara yang perlu elak dalam proses pantang bersalin

#1. Minum minuman sejuk

Ibu-ibu selepas bersalin dan dalam proses pantang bersalin digalakkan untuk mengelak minum air berais kerana ia mampu membuatkan urat-urat badan mengembang dan mengakibatkan rasa sengal-sengal pada badan. Jadi sepanjang dalam proses berpantang itu, tahan diri daripada minum air berais, ya!

#2. Makan sayuran dan buah-buahan ‘sejuk’ dan berangin

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang sejuk dan berangin termasuk kacang panjang, terung, timun, buah lai, nangka dan ubi kayu adalah antara contoh makanan yang “sejuk” dan berangin. Makanan berangin membuatkan ibu-ibu rasa tidak selesa akibat perut kembung atau badan berangin.

#3. Makanan pedas dan berminyak

Mengelak makanan pedas dan berminyak ketika dalam proses pantang bersalin mampu mengurangkan kekerapan meneran untuk membuang air besar. Meneran ketika membuang air besar akan menyulitkan keadaan. Sudahlah sakitnya lebih teruk dari bersalin!

#4. Makanan laut dan ikan yang ‘gatal’

cara berpantang selepas bersalin

credit to sources

Salah satu sebab mengapa ibu lepas bersalin harus pantang memakan makanan laut dan ikan yang gatal adalah kerana ingin mengelakkan kegatalan pada luka bersalin.

#5. Banyak bergerak

Jangan banyak bergerak ketika pantang bersalin! Ini untuk mengelakkan luka bersalin daripada lambat sembuh atau jahitan pada faraj terkoyak disebabkan pergerakan, terutama aktiviti lasak.

Pantang selepas bersalin yang pelik dan bercanggah dengan fakta sebenar

#1. Jangan terlalu banyak minum air

Petua ini ternyata salah! Ibu perlu menggantikan cecair dalam badan yang hilang ketika melahirkan, pendarahan dan menyusu bayi dengan minum banyak air. Tanpa air yang cukup, susu akan berkurang dan membantutkan proses penyusuan bayi.

#2. Elak lalu di bawah ampaian

Biasa didengar pantang ini, namun tidak diketahui sebabnya.

#3. Jangan menjahit atau membaca

Dipercayai keadaan ibu yang lemah akan mengakibatkan rabun mata jika mereka menjahit dan membaca. Namun, tiada kajian yang dapat mengesahkan hal ini.

#4. Elakkan makan mee

Berpantang memakan mee dikatakan dapat mengelakkan urat-urat bersimpul. Tidak dapat dipastikan bagaimana keduanya dikaitkan namun mee adalah karbohidrat yang boleh menjadi sebahagian daripada menu.

Cara berpantang selepas bersalin memang susah namun ia tetap perlu diamalkan

Walaupun kelihatan rumit, amalan berpantang dan pantang bersalin masih diteruskan, sama ada secara tradisional mahupun moden.

Jika diperhatikan, pantang larang ini membantu pemulihan dalaman dan luaran selain memberikan rehat yang cukup serta menyokong proses pemulihan.

Mungkin ibu-ibu masa kini merasakan berat untuk berpantang. Namun mereka juga tidak sanggup mengambil risiko, apatah lagi kesan meninggalkan pantang hanya dapat dirasakan apabila memasuki usia emas.

Pemakanan semasa berpantang

Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Ibu Baru Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan

Memang benar, orang dulu-dulu akan cuba elak untuk mengambil sesetengah makanan dan ini menjadi  kepercayaan pantang larang tradisional yang dibawa ke masa sekarang. Sebenarnya yang paling penting adalah untuk si ibu amalkan makanan yang sihat.

Pemakanan ini penting bukan sahaja membantu memulihkan kesihatan ibu kembali, bahkan ia membantu menambah susu badan untuk penyusuan bayi baru. Ingat ya, susu ibu mempunyai nutrisi dan khasiat sendiri, jadi sudah pasti anda mahu makan yang terbaik sahaja agar anak anda dapat membesar dengan baik.

Ini antara contoh makanan yang boleh dimakan ketika berpantang. Jika anda berminat untuk melihat resepi berpantang dan senarai makanan berpantang yang terbaik, anda boleh baca artikel kami di sini! 

  • Ayam – ayam kampung
  • Ikan – haruan, siakap, merah, jenahak, bawal putih, gelama
  • Sayur-sayuran – Ubi, peria, sawi, lobak merah, brokoli, bayam, kobis bunga
  • Buah-buahan – anggur, kurma, oren
  •  Makanan lain – biskut, roti, nestum, oat

Apakah peranan suami semasa isteri berpantang?

Haaa.. suami-suami semua, jangan sesekali lepas tangan dan biarkan isteri anda melakukan kerja rumah atau menguruskan hal-hal lain semasa dalam tempoh berpantang. Biar isteri anda mendapat rehat yang secukupnya.

Isteri anda telah penat bertarung nyawa mereka untuk memberikan anda sekeluarga zuriat jadi dalam tempoh berpantang ini, isteri amat memerlukan bantuan anda dan anda harus lakukan yang terbaik untuk bantunya.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Antara peranan suami semasa isteri berpantang termasuk:

  • Menyediakan makanan buat isteri
  • Bantu isteri mandi
  • Membantu memandikan anak
  • Membantu menguruskan hal rumah
  • Bantu untuk menjaga anak yang lain
  • Membasuh botol susu anak
  • Menyimpan susu badan dalam bekas penyimpanan susu
  • Menjaga anak kecil yang lain di rumah sekiranya isteri bersalin bukan kali pertama
  • Menjaga hati si isteri 

Sekiranya dalam tempoh pantang bersalin, anda dapati ada perubahan yang pelik pada diri, segera untuk berjumpa dengan doktor ya. Ini termasuk demam tiba-tiba, berpeluh pada waktu malam, pendarahan yang banyak, luka jahitan pembedahan Caesar terbuka atau bernanah, rasa sakit pada bahagian sulit tidak sembuh selepas 3 minggu, rasa terlalu bimbang dan lemah dan lain-lain lagi.

Pada si suami pula, sekiranya anda nampak isteri berubah mood secara tiba-tiba, tanya baik-baik pada dia dan cuba dapatkan bantuan segera kerana postpartum depression (meroyan) dan baby blues boleh membahayakan nyawa isteri dan anak.

Semoga bermanfaat.

Rujukan:

  1. WebMD. Postpartum Depression: Symptoms, Causes, Risks, Types, Tests, Professional and Self-Care. https://www.webmd.com/depression/guide/postpartum-depression

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berpantang Sendiri Ketika PKP Agak Mencabar, Ibu Perlu Tahu Cara Betul Uruskan Diri

Baca juga: Begini Cara Mandi Bunga Bagi Menguatkan Semangat & Keyakinan Ibu Selepas Bersalin

Baca juga: Pantang Laksa Selepas Bersalin Untuk Elak Alahan, Naik Ruam & Gatal, Perlukah Ibu Baru Elak Makanan Ini?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Manisah Ngalim

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Ibu Baru Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan
Kongsikan:
  • Cara Berpantang Selepas Bersalin Mengikut Adat Kaum Melayu, India & Cina

    Cara Berpantang Selepas Bersalin Mengikut Adat Kaum Melayu, India & Cina

  • Amalan Berpantang Selepas Bersalin, Adakah Ia Masih Wajar?

    Amalan Berpantang Selepas Bersalin, Adakah Ia Masih Wajar?

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Cara Berpantang Selepas Bersalin Mengikut Adat Kaum Melayu, India & Cina

    Cara Berpantang Selepas Bersalin Mengikut Adat Kaum Melayu, India & Cina

  • Amalan Berpantang Selepas Bersalin, Adakah Ia Masih Wajar?

    Amalan Berpantang Selepas Bersalin, Adakah Ia Masih Wajar?

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.