X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Berpantang Sendiri Ketika PKP, Ini Panduan Mengurus Diri & Bayi Dengan Betul!

4 min bacaan
Cara Berpantang Sendiri Ketika PKP, Ini Panduan Mengurus Diri & Bayi Dengan Betul!

Cara berpantang sendiri di rumah hendaklah dipastikan betul agar menjamin kesihatan ibu dan bayi, lebih-lebih lagi jika ini adalah pengalaman kali pertama

Sudah semestinya agak mencabar melalui proses sebelum dan selepas kelahiran cahaya mata pada musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, kan? Anda pula terpaksa belajar cara berpantang sendiri tanpa bantuan sama ada ibu, mentua atau mengupah bidan.

Mungkin bagi sesetengah ibu yang sedang menjalani pantang akan mengeluh sudah hari ke-20 berpantang, namun tidak berkesempatan untuk mengurut lagi.

Baca juga: Doktor Kongsi Pengalaman Berpantang Cara Moden Yang Betul Agar Luka Bersalin Cepat Sembuh

Cara berpantang sendiri ketika PKP

cara berpantang sendiri ketika pkp

Menurut perkongsian seorang blogger, Marina Bashah, dia mengakui bahawa tempoh berpantang yang dilalui oleh setiap ibu ketika musim PKP ini pastinya membuatkan anda berasa sedikit terbeban.

Dari tempoh ingin melakukan check up kehamilan, bersalin, berpantang dan check up bayi sudah cukup menguji kesabaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Selepas bersalin tidak dibenarkan pulang ke kampung. Jika mahu upah bidan, pastinya anda dan pasangan berasa risau akan risiko jangkitan serta keselamatan diri.

Bukan itu sahaja, ibu-ibu turut berhadapan perasaan kurang selesa juga sekiranya orang luar menjaga anda semasa berpantang. Namun, para ibu boleh mengikuti beberapa tips berkaitan cara berpantang sendiri di rumah dengan betul iaitu:

#1. Kuatkan mental

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah sentiasa kuatkan mental. Jika memiliki seorang anak, mungkin keadaan masih terkawal kerana anda boleh jaga bergilir dengan suami.

Namun, jika mempunyai anak-anak yang masih kecil mungkin menyebabkan anda dilanda kepenatan dan sedikit tertekan. Kebiasaannya bayi baru lahir akan tidur pada waktu siang dan berjaga pada malam hari. Tidak cukup dengan itu, mesti si manja anda menangis kerana ingin sentiasa berdukung.

Jika berhadapan situasi ini, anda perlu memujuk hati untuk bersabar. Jika bayi tidur, ibu perlu ikut tidur sekali. Kerja rumah yang ringan mungkin anda boleh lakukan, jangan lepaskan tangan sepenuhnya kepada suami pula ya!

#2. Bijak mengawal emosi

bagaimana cara berpantang sendiri

Sebarang masalah yang datang, anda perlu berhadapan dengannya dengan tenang. Elakkan berasa tertekan dan sentiasa mengeluh.

Seperti sedia maklum, hormon wanita sering berubah ketika mengandung dan selepas bersalin. Oleh itu, anda perlu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah S.WT dengan memasang alunan zikir di dalam rumah untuk mengelakkan sebarang gangguan luar.

#3. Meluahkan perasaan terhadap pasangan

Ibu yang baru pertama kali melalui tempoh berpantang mungkin memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan keadaan untuk merawat luka bersalin dan dalam masa yang sama perlu menjaga bayi.

Sekiranya anda berasa ada yang tidak kena atau memerlukan bantuan, luahkan sahaja kepada sesiapa yang berdekatan seperti pasangan, ibu, rakan atau ahli keluarga. Hal ini amat membantu anda berasa sedikit lega dan tidak berasa keseorangan.

#4. Meminta pertolongan suami

Tidak semua perkara boleh dilakukan oleh kudrat wanita. Justeru anda perlu meminta bantuan pasangan jika benar-benar tidak mampu untuk menguruskan sesuatu perkara.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu faham bahawa suami juga perlu menjaga makan dan minum, memasak atau membelikan makanan. Jadi, tugas ibu pula perlu belajar sendiri mandikan serta menguruskan anak kecil.

#5. Mengamalkan pemakanan yang sihat

tips berpantang sendiri

foto: pantangplus

Proses merawat semula luka bersalin serta mengembalikan kesihatan tubuh badan perlu bermula dengan menjaga pemakanan ketika berpantang.

Elakkan mengambil makanan yang berangin, gatal, sejuk atau tajam jika anda tidak ingin merana pada kemudian hari. Untuk setiap pagi selepas Subuh, pastikan anda sudah siap mandi dan mengambil sarapan pagi dengan biskut kering dan air horlicks.

Manakala, makan tengah hari atau malam pula perlu mengambil nasi putih dan makan banyak lauk serta halia. Ikan bilis juga penting bagi menambah darah. Pastikan juga anda mengambil air suam untuk kekalkan proses hidrasi tubuh.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

#6. Lakukan beberapa amalan berpantang di rumah

Antara amalan yang anda boleh lakukan di rumah adalah mandi herba, bertungku, berpilis, berparam dan memakai bengkung. Setiap pagi lakukan amalan bertungku sekurang-kurangnya satu jam dan sentiasa memakai stoking.

Manakala rutin setiap petang pula, anda perlu mandi sebelum jam 7 malam dengan air panas untuk mengekalkan kesegaran tubuh.

Memandangkan tempoh PKP ini masih dilanjutkan, anda boleh menangguhkan dahulu sesi berurut sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan Covid-19 ini.

Sumber: Marina Bashah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berpantang Rumah Mak Sendiri Atau Rumah Mak Mentua, Anda Pilih Yang Mana?

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Cara Berpantang Sendiri Ketika PKP, Ini Panduan Mengurus Diri & Bayi Dengan Betul!
Kongsikan:
  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham