X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Amalan Bertungku Selepas Bersalin Kurangkan Tekanan Untuk Ibu Baru!

4 min bacaan
Amalan Bertungku Selepas Bersalin Kurangkan Tekanan Untuk Ibu Baru!

Tahukah anda yang amalan bertungku ini bukan saja bagus untuk diamalkan ketika berpantang saja? Ha.. ini rupanya cara yang betul dan faedah bertungku.

Kalau bercerita tentang amalan tradisional dalam berpantang memang tidak akan habis. Sungguh banyak warisan yang diturunkan! Tapi tahukah anda yang amalan bertungku ini amat bagus untuk dilakukan selepas bersalin?

Malah, amalan tradisional ini bukan saja untuk proses dalam pantang. Ia juga boleh diamalkan oleh mereka yang bukan baru bersalin!

Perlukah ibu bertungku selepas bersalin?

tungku bersalin credit to sources

Bertungku ialah salah satu amalan tradisional yang biasa kita dengar semasa seseorang itu dalam tempoh berpantang. Ia dilakukan apabila objek yang panas beserta herba di letakkan di bahagian tertentu badan.

Jika dibandingkan dengan zaman nenek moyang suatu ketika dahulu, amalan bertungku dan bertangas menjadi rutin bagi wanita sama ada anak dara ataupun sudah bergelar seorang isteri.

Mereka disiplin melakukan amalan ini bagi tujuan penjagaan kesihatan dalaman, sekaligus membolehkan darah dalam tubuh berjalan lancar dan meningkatkan seri pada wajah.

Cara bertungku dengan betul

Antara alat yang digunakan untuk bertungku ialah batu sungai, besi bertungku, dan bantal elektrik (tungku moden). Alat ini akan dipanaskan sebelum dibalut dengan kain untuk dituam ke bahagian tertentu badan.

cara bertungku credit to sources

Selalunya, bertungku dimulakan dengan memanaskan alat yang akan dipilih untuk dipanaskan tadi. Kemudian ia akan dibalut dengan daun-daun herba seperti sireh sebelum ia dibalut dengan kain pula.

Alat tungku yang panas tadi akan dituam ke bahagian badan dalam tempoh 40 minit hingga satu jam, sehingga alat tersebut bertukar menjadi sejuk.

Bahagian yang disarankan untuk dituam ialah:

  • bahagian peranakan
  • bahagian keliling payudara
  • bahagian tengkuk
  • bahagian belakang pinggang

Bukan itu sahaja, bagi ibu bersalin seelok-eloknya anda melakukan proses bertungku ini sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Ini adalah untuk mengelakkan tubuh menjadi menggeleber.

Apabila melakukan amalan ini, anda akan merasai tubuh badan semakin ringan, keluar angin dari badan dan rasa lenguh-lenguh kian hilang. Tidak dinafikan tugas menjadi seorang isteri, wanita bekerjaya serta seorang ibu pada zaman kini adalah cukup mencabar.

Tidak ada salahnya anda meluangkan sedikit waktu untuk me time bagi mengembalikan semula tenaga baharu dan menghilangkan rasa penat dengan tanggungjawab setiap hari.

Kelebihan amalan tradisional yang bukan untuk wanita selepas bersalin sahaja

Bertungku merupakan amalan tradisional yang memang popular dengan pelbagai manfaat.

Salah satu kelebihan amalan ini adalah ia memang bagus untuk wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan melancarkan perjalanan darah untuk mengeluarkan darah kotor.

Sebab itulah wanita di dalam pantang rata-ratanya akan mengamalkan amalan ini dalam tempoh berpantang mereka.

kebaikan bertungku credit to sources

Selain itu, kelebihan amalan tradisional ini ialah:

  • Membuang angin dan memanaskan badan
  • Mengelakkan buasir
  • Menyegarkan badan
  • Membaik pulih sistem urat saraf
  • Mengurangkan sakit senggugut
  • Mengurangkan lenguh dan sengal badan

Ramai juga berpendapat bahawa ibu yang melalui proses bersalin secara caesarean tidak sesuai untuk melakukan amalan tradisional ini. Namun hal yang sebenarnya, ia dapat membantu menghapuskan bisa dalam badan dan memecahkan angin dengan beberapa teknik yang betul.

Selain itu juga, bertungku dapat mengeluarkan sisa-sisa darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf yang telah putus ketika melalui proses melahirkan bayi.

Langkah keselamatan ketika melakukan amalan bertungku

Walaupun amalan bertungku ini tampak tidak berbahaya, namun ada beberapa langkah keselamatan yang wajar anda ikuti. Antaranya ialah:

  • Penerimaan kulit setiap individu adalah berbeza, pastikan anda tahu herba yang digunakan dan tidak mempunyai alergi terhadap herba tersebut.
  • Pastikan membalut alat tungku dengan betul untuk mengelakkan melecur akibat terlalu panas
  • bagi ibu yang menjalani pembedahan czer, elakkan bertungku di kawasan jahitan. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
  • Sekiranya anda tidak pasti dengan cara yang betul, pastikan anda telah mendapatkan nasihat atau meminta orang yang pakar membantu anda

Sekarang lepas anda tahu segala kelebihan dan cara-cara tungku yang betul, jom sebarkan maklumat ini kepada wanita-wanita lain di luar sana :)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!

Baca juga: Cara Pakai Bengkung Bersalin Supaya Perut Tidak Menggeleber & Mudah Masuk Angin

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Baca juga: Benarkah Mandi Selepas Bersalin BAHAYA? Ini 5 Kesilapan Ibu Dalam Pantang Selalu Buat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Amalan Bertungku Selepas Bersalin Kurangkan Tekanan Untuk Ibu Baru!
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.