X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Benarkah Mandi Selepas Bersalin BAHAYA? Ini 5 Kesilapan Ibu Dalam Pantang Selalu Buat

4 min bacaan
Benarkah Mandi Selepas Bersalin BAHAYA? Ini 5 Kesilapan Ibu Dalam Pantang Selalu Buat

Ada yang kata mandi selepas bersalin bahaya, takut bentan. Menjaga kebersihan diri selepas bersalin adalah amat penting bagi mengelak sebarang komplikasi.

Ibu selepas bersalin ini kadang kala banyak pantang larangnya. Tetapi berpada-padalah dalam berpantang. Ada yang ikut juga walaupun rasa tidak logik seperti tidak mandi selepas bersalin.

Bayangkan anda berpeluh-peluh meneran, hilang tenaga, boleh pula tidak mandi, tidak basuh rambut. Macam manalah badan nak segar? 

Sudahlah tidak cukup tidur, ditambah pula tidak mandi. Memang lesu sepanjang masalah badan anda. Ada yang kata jika mandi urat jadi kembang sedangkan menurut pakar perubatan ia tidak begitu pun.

Mandi selepas bersalin itu penting untuk kebersihan

Mandi Selepas Bersalin

Kredit: says

Kadang kala kesian juga ada ibu bersalin yang terpaksa membuta tuli mengikut saja saranan mereka yang terdahulu sedangkan ada juga daripada pantang larang itu yang tidak masuk akal.

Itu baru satu, ada lagi kesilapan yang mungkin ibu lepas bersalin rasa elok, tetapi bakal mendatangkan mudarat kepada mereka.

Kebiasaanya wanita berpantang akan dibantu suami atau ibu, namun buat yang mempunyai wang yang lebih akan mengupah confinement lady atau duduk di cofinement centre untuk menguruskan hal-hal pantang yang melibatkan urutan, sauna, mandi herba, makanan dan sebagainya.

Bagaimanapun seiiring peredaran zaman, ada doktor-doktor yang menyatakan berpantang ini hanyalah kepercayaan semata memandangkan tiada kajian saintifik membuktikan apa-apa mengenai kajian pantang, cuma perlu mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang.

Namun tak salah sekiranya mengikut adat berpantang kalau ianya mendatangkan kebaikan dan tidak memudaratkan kesihatan ibu. Apatah lagi, berpantang ini dianggap tempoh berehat atau ‘manjakan diri’ setelah penat melalui kesakitan untuk bersalin.

Mari semak kesilapan yang selalu ibu buat semasa berpantang!

#1. Tiada perancangan

Untuk berpantang, semasa hamil lagi anda perlu ada perancangan sama ada mahu berpantang di rumah sendiri, rumah mak atau mengupah orang.

Sekiranya rumah mak sendiri, pastikan sudah bertanyakan kesudian orang tua kita sama ada sudi menjaga atau tidak. Kalau berpantang sendiri, anda perlu mencipta jadual bersama suami. Contohnya sekiranya suami bekerja, minta dia masak terlebih dahulu dan uruskan anak sementara anda bersiap mandi di awal pagi.

Buat yang sukar meminta bantuan suami untuk memasak, beli awal-awal air fryer atau pressure cooker jadi mudah untuk anda gunakan nanti!

#2. Malas bengkung

Mandi Selepas Bersalin

Kredit: siraplimau

Ramai orang memakai bengkung untuk nampak langsing, tetapi sebenarnya ianya juga membantu mempercepatkan pengecutan rahim yang bengkak, membaiki postur badan dan mengurangkan sakit belakang.

Ada macam-macam versi bengkung pastikan anda selesa memakainya kerana ianya perlu dipakai seharian, untuk mudah boleh cuba yang jenis zip.

Memang ada yang malas sebenarnya untuk berbengkung, tetapi kan di pasaran ada dijual bengkung ekspres. Boleh saja beli. 

#3. Malas pakai stokin

Mandi Selepas Bersalin

Kredit: siraplimau

Wanita selepas bersalin disaran pakai stokin atau selipar dalam rumah asalkan kaki tidak selalu sentuh lantai yang sejuk.

Amalan memakai stokin semasa berpantang ini dikatakan mampu mengelak ‘angin’ memasuki badan dan mengelakkan urat kaki kita daripada bersimpul. Cara nak tahu badan dimasuki angin semasa pantang ialah, kepala rasa pening-pening lalat.

Stokin yang sesuai untuk pantang ialah yang sederhana tebal dan sampai ke betis.

#4. Abaikan rasa sakit, tidak selesa

Ramai ibu berpantang bila rasa sakit-sakit badan, mereka hanya biarkan kerana merasa lama-lama simptom itu akan pulih dengan sendiri. Ianya adalah satu kesilapan!

Kalau sakit yang keterlaluan jumpa dengan doktor, kalau hanya rasa tidak kena pada badan, cuba bertanya pada bidan untuk berurut di kawasan tersebut. Selain berurut, bertungku juga dapat mengembalikan kesegaran badan.

Bila badan rasa segar, secara automatik cara anda menjaga anak pun akan lebih tenang dan terasa mudah.

Selain itu, jangan abaikan rasa tidak selesa. Seperti jika ada yang tak bagi mandi, sila jangan ikut. Anda wajib bersihkan diri setiap hari. 

#5. Makan sesuka hati

Tidak dinafikan semasa berpantang, kita kerap rasa lapar kerana menyusukan anak. Jadi kerana nak cepat kita pun makan apa yang ada.

Boleh nak pakai cuma perlu elakkan makanan berproses, makanan yang bersifat sejuk dan berbisa. Perkara yang boleh anda lakukan ialah dapatkan ilmu apa makanan pantang yang boleh dimakan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: bumbumcak

Baca juga: 9 Pantang Larang Ketika Mengandung Zaman Moden Ini, Ibu Hamil WAJIB Alert!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Benarkah Mandi Selepas Bersalin BAHAYA? Ini 5 Kesilapan Ibu Dalam Pantang Selalu Buat
Kongsikan:
  • Cara Penjagaan Rahim Selepas Bersalin Dengan Betul, #3 Paling Ramai Ibu Tersilap!

    Cara Penjagaan Rahim Selepas Bersalin Dengan Betul, #3 Paling Ramai Ibu Tersilap!

  • Ini Apa Yang Terjadi Pada Faraj Lepas Bersalin, Setiap Suami Isteri Kena Tahu!

    Ini Apa Yang Terjadi Pada Faraj Lepas Bersalin, Setiap Suami Isteri Kena Tahu!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Cara Penjagaan Rahim Selepas Bersalin Dengan Betul, #3 Paling Ramai Ibu Tersilap!

    Cara Penjagaan Rahim Selepas Bersalin Dengan Betul, #3 Paling Ramai Ibu Tersilap!

  • Ini Apa Yang Terjadi Pada Faraj Lepas Bersalin, Setiap Suami Isteri Kena Tahu!

    Ini Apa Yang Terjadi Pada Faraj Lepas Bersalin, Setiap Suami Isteri Kena Tahu!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.