X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Mandian Herba Penting Untuk Segarkan Badan & Hilangkan 'Bau' Kurang Enak Miss V

4 min bacaan
Mandian Herba Penting Untuk Segarkan Badan & Hilangkan 'Bau' Kurang Enak Miss V

Antara cara berpantang selepas bersalin adalah melakukan mandian herba, barulah badan segar, bau yang tak menyenangkan pun kurang!

Apa itu mandian herba? Ia adalah alah satu cara berpantang selepas bersalin mengikut tradisi Melayu.  Ia merupakan mandian air rebusan herba, akar-akar kayu dan rempah. Secara tradisinya, mandian herba ini dipercayai dapat membantu ibu-ibu baru lepas bersalin untuk mengembalikan tenaga, membuang angin dalam badan, menghilangkan bau-bau yang tidak enak akibat pengeluaran darah nifas, merawat urat-urat yang kembang dan sebagainya. 

Bagaimanakah cara untuk menyediakan mandian herba?

berpantang selepas bersalin

Foto: Kakakadek

Pertama sekali yang anda perlu sediakan adalah:

  • Daun-daun herba (daun mengkudu, daun lengkuas, daun halia, daun inai, daun kunyit, daun limau purut dan lain-lain daun jika mahu)
  • Halba
  • Akar kayu
  • Garam laut
  1. Masukkan kesemua jenis daun, akar kayu dan halba ke dalam periuk yang berisi 3 liter air. Kemudian rebus sehingga mendidih.
  2. Selepas air rebusan mendidih dan mengeluarkan aroma daripada herba-herba tersebut, matikan api. 
  3. Biarkan seketika sehingga suam. Sekiranya ingin menggunakan secepat mungkin boleh tambah air sejuk untuk menjadikan suhunya suam. Sebelum anda campurkan dengan air sejuk jangan lupa tapiskan air rebusan supaya anda boleh simpan daun-daun yang direbus itu untuk kegunaan seterusnya. 

  4. Mandi seperti biasa dan badan anda akan terasa segar dan wangi selepas mandian.
  5. Untuk cucian vagina pula, ambil garam laut dan larutkan dalam air suam. Cuci tempat jahitan episiotomi dengan lembut dan keringkan serta merta dengan tuala bersih. 

Kebanyakan ibu-ibu moden kini hanya membeli set bersalin yang boleh didapati di kedai, dan dalamnya selalu sudah disediakan paket mandian herba. Namun bagi set yang tidak menyediakannya anda boleh sediakan bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas. Dan jika anda sudah menempah ‘confinement lady’ untuk menjaga anda, jangan risau kerana mereka akan sediakan segalanya termasuklah set bersauna!

Kebaikan mandian herba

berpantang selepas bersalin

Foto: Tanamera

Menghilangkan angin dalam badan

Ibu-ibu selepas bersalin sangat biasa mengalami masalah angin dalam badan. Malah jika tidak dibuang boleh menyebabkan bentan. Bentan berlaku apabila anda tiba-tiba menggigil seperti hendak demam dan ia berlarutan hingga dua hari. Ada ibu-ibu mengalaminya menyatakan ia sakit seperti nak hilang nyawa. Dan ya, agak bahaya bentan ini kalau tak dirawat, boleh membawa ke meroyan. 

Menyegarkan badan

Bahan-bahan dalam herba dapat membantu memberikan kelegaan dalam badan waktu berpantang selepas bersalin. Ia bukan tidak sebaik anda meminum air rebusan herba tapi ia tetap memberi manfaat pada badan. Jika anda ingin minum air rebusan herba perlu hati-hati sekiranya anda menyusu badan. Khuatir pula beri efek pada bayi. 

Menghilangkan bau

Bayangkan setiap hari vagina anda akan mengeluarkan darah nifas sepanjang anda berpantang tidakkah akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan? Kita datang haid untuk seminggu pun sudah rasa kurang selesa, apatah lagi dalam 30 hingga 44 hari. Jadi mandian herba ini sedikit sebanyak dapat membantu menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Malah ketika saya berpantang dulu, saya selalu cuci bahagian bawah tu dengan air garam, selain nak luka cepat sembuh dapat juga hilangkan bau. Dan jangan lupa letakkan sedikit minyak herba pada tuala wanita, nanti bila darah nifas keluar, ia tak akan menyebabkan bau langsung!

Amalan berpantang selepas bersalin yang lain

#1. Bertungku

Anda juga boleh amalkan bertungku setiap kali selepas mandi. Dan jika ada bidan urut datang kerumah sebelum mula urutan mereka selalunya akan mulakan dengan bertungku. Walaupun rahim kita memang boleh mengecut dengan sendiri ketika berpantang selepas bersalin, namun orang tua-tua kata bertungku ni boleh percepatkan proses pengecutan rahim.

#2. Memakai kapur pada perut

Ini mak saya selalu amalkan ketika saya berpantang dulu, katanya cepat lebihan perut tu nak kecut dan perut akan jadi lagi tegang. Sebelum memakai bengkung, sapukan dulu air kapur yang dicampur dengan perahan limau. Nanti bila kering akan rasa gatal-gatal sikit tapi masih boleh ditahan. 

#3. Bertangas

berpantang selepas bersalin

Foto: Wanista

Ini bagi mengeluarkan lebihan-lebihan darah nifas yang masih tersumbat, dan ia juga bertujuan mengecutkan rahim malah badan juga boleh terasa lebih segar selepas bertangas. 

Sumber: Babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Cara Berpantang Selepas Bersalin Yang Mudah Dilakukan

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Mandian Herba Penting Untuk Segarkan Badan & Hilangkan 'Bau' Kurang Enak Miss V
Kongsikan:
  • Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Ibu Baru Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan

    Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Ibu Baru Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan

  • Amalan Berpantang Selepas Bersalin, Adakah Ia Masih Wajar?

    Amalan Berpantang Selepas Bersalin, Adakah Ia Masih Wajar?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Ibu Baru Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan

    Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Ibu Baru Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan

  • Amalan Berpantang Selepas Bersalin, Adakah Ia Masih Wajar?

    Amalan Berpantang Selepas Bersalin, Adakah Ia Masih Wajar?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.