X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Bahaya Bersalin Normal Selepas Caesar, Ibu Berisiko Mengalami Masalah Rahim Pecah

4 min bacaan
Bahaya Bersalin Normal Selepas Caesar, Ibu Berisiko Mengalami Masalah Rahim PecahBahaya Bersalin Normal Selepas Caesar, Ibu Berisiko Mengalami Masalah Rahim Pecah

Tahukah anda akan risiko berlakunya rahim pecah sekiranya ibu tetap memilih untuk melalui kelahiran normal selepas mempunyai pengalaman caesar sebelum ini?

Setiap kehamilan tidak semestinya akan berakhir dengan proses kelahiran normal. Bagi ibu pernah bersalin caesar, anda mungkin tidak tahu akan risiko rahim pecah jika memilih melahirkan bayi yang seterusnya secara normal.

Kebiasaannya, kehamilan berisiko tinggi menyebabkan ibu terpaksa melahirkan anak secara caesar. Walaupun tidak menginginkannya, ia adalah untuk menyelamatkan nyawa anda dan bayi dalam kandungan.

Risiko rahim pecah jika bersalin normal

risiko rahim pecah

credit to sources

Menurut Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak menerangkan beberapa perkara mengenai masalah ini.

”Saya ada satu caesar, boleh ke saya bersalin normal selepas ini?”

Sekiranya anda pernah menjalani satu pembedahan caesar sebelum ini, ibu ada dua pilihan untuk memilih. Namun sila bawa berbincang dengan teliti bersama doktor dulu ya!

Ibu boleh memilih antara Vaginal birth after caesarean (VBAC) atau bersalin secara caesar sekali lagi iaitu Elective Repeat Caesarean Section ( ERCS). Kedua-dua pilihan ini ada kebaikan dan keburukannya.

Dalam menentukan pilihan manakah yang selamat, doktor akan mengambil kira semua maklumat ini:

  • Kandungan sekarang ini ada masalah atau apa-apa komplikasi
  • Pendapat ibu untuk kelahiran yang sebelumnya
  • Jenis potongan dibuat pada rahim
  • Pernah ke bersalin normal lepas caesar tu?
  • Kenapa kelahiran bayi sebelum ini kena caesar?
  • Masa pembedahan, ada apa-apa masalah atau masalah timbul semasa berpantang?
  • Berapa ramai anak yang ibu mahukan? risiko sebenarnya meningkat dengan setiap kali pembedahan. Jadi jika anda mahukan anak ramai, kena elakkan pembedahan caesarean jika boleh.

Saya perlukan intraoperative notes (apa yang berlaku semasa caesar itu) bagi membolehkan keputusan bersalin secara normal atau tidak itu dibuat dengan teliti.

Ia biasanya diberikan oleh doktor yang terlibat dalam pembedahan tersebut. Para ibu akan diberikan kaunseling ini pada kandungan berusia 34 hingga 36 minggu. Tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat.

Boleh memilih untuk kelahiran normal

bersalin normal selepas caesar

credit to sources

Selepas 1 pembedahan caesar, 3 daripada 4 wanita dengan kehamilan yang tidak bermasalah boleh memilih untuk bersalin normal.

Antara faktor yang menjayakan kelahiran normal ini ialah:

  • BMI ibu kurang 30
  • Sakit bersalin datang secara semula jadi
  • Pernah melahirkan secara normal, sebelum atau selepas pembedahan caesar. (9 dari 10 wanita)

Kelebihan bersalin normaal selepas 1 pembedahan caesar:

  1. Bayi kurang berisiko masalah pernafasan
  2. Senang nak mulakan penyusuan
  3. Masuk hospital sekejap sahaja
  4. Peratusan kejayaan untuk bersalin normal kehamilan berikutnya tinggi
  5. Pemulihan menjadi cepat, boleh kembali ke aktiviti harian dengan mudah
  6. Risiko-risiko pembedahan dapat dielakkan
  7. Komplikasi dibandingkan dengan caesar sangat kurang

Keburukan bersalin normal selepas melalui 1 pembedahan caesar

  • Mungkin mengalami koyakan yang teruk pada vagina
  • Risiko rahim pecah. Ia meningkat 2 hingga 3 kali ganda jika anda kena induce. Sekiranya ada tanda-tanda bahaya yang menandakan rahim nak pecah, pembedahan caesarean perlu segera dilakukan.
  • Mungkin kena emergency caesar ketika cuba bersalin normal. 25 dalam 100 wanita. Pembedahan ini dilakukan secara kecemasan membawa risiko yang lebih sekiranya dibandingkan dengan pembedahan yang dirancang.

Antara keadaan yang tidak dinasihatkan untuk bersalin normal selepas melalui caesarean ialah:

bahaya bersalin normal

credit to sources

  • Kehamilan sekarang ada masalah dan tidak sesuai untuk bersalin normal
  • Rahim pernah pecah untuk kehamilan sebelumnya
  • Pembedahan caesar sebelum ini melibatkan pemotongan di bahagian atas rahim (classical Iscs)
  • Ada dua atau lebih pembedahan caesarean

Jika anda bersalin secara Elective Repeat Caesarean Section (ERCS), ia memberikan kelebihan:

  • Wanita sudah mengalami sakit bersalin sebelum tarikh yang dipilih
  • Ibu boleh merancang untuk bersalin pada tarik bila, walau bagaimanapun ia 1 dalam 10 sahaja
  • Risiko rahim pecah sangat kecil iaitu 1 dalam 100

Keburukan bersalin secara Elective Repeat Caesarean Section (ERCS)

  • Berlaku jangkitan kuman
  • Memerlukan masa yang lama untuk pulih
  • Bayi berisiko terluka akibat terkena pisau pembedahan
  • Masalah pernafasan bayi
  • Berlakunya darah beku di kaki dan pulmonary embolism
  • Ia bukan senang untuk dilakukan, mungkin lebih lama dari pembedahan caesar yang pernah dibuat sebelum ini.

Sumber: Muhammad Izzat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comlahir-caesar

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Bahaya Bersalin Normal Selepas Caesar, Ibu Berisiko Mengalami Masalah Rahim Pecah
Kongsikan:
  • Ibu Dan Bayi Nyaris Maut Lepas Rahim Pecah Hingga Kaki Bayi Terlunjur Keluar

    Ibu Dan Bayi Nyaris Maut Lepas Rahim Pecah Hingga Kaki Bayi Terlunjur Keluar

  • Benarkah Bersihkan Rahim Penting Untuk Wanita Yang Merancang Untuk Hamil? 9 Tanda Rahim Tak Sihat

    Benarkah Bersihkan Rahim Penting Untuk Wanita Yang Merancang Untuk Hamil? 9 Tanda Rahim Tak Sihat

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Ibu Dan Bayi Nyaris Maut Lepas Rahim Pecah Hingga Kaki Bayi Terlunjur Keluar

    Ibu Dan Bayi Nyaris Maut Lepas Rahim Pecah Hingga Kaki Bayi Terlunjur Keluar

  • Benarkah Bersihkan Rahim Penting Untuk Wanita Yang Merancang Untuk Hamil? 9 Tanda Rahim Tak Sihat

    Benarkah Bersihkan Rahim Penting Untuk Wanita Yang Merancang Untuk Hamil? 9 Tanda Rahim Tak Sihat

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.