X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Suami, STOP Kata Isteri Gemuk Lepas Bersalin, Apa Kata Anda Sokong Isteri Dengan 6 Cara Ini?

3 min bacaan
Suami, STOP Kata Isteri Gemuk Lepas Bersalin, Apa Kata Anda Sokong Isteri Dengan 6 Cara Ini?Suami, STOP Kata Isteri Gemuk Lepas Bersalin, Apa Kata Anda Sokong Isteri Dengan 6 Cara Ini?

Daripada anda komen yang bukan-bukan tentang saiz isteri selepas bersalin, apa kata bagi sokongan ini pada mereka!

Semasa baru berkahwin, tubuh isteri masih langsing dan cantik. Namun selepas melahirkan anak pertama, badan isteri kelihatan semakin membesar hingga membuatkan mereka rasa gelisah kerana bimbang suami komplen!

Namun, daripada anda komen yang kurang enak tentang saiz badan isteri, apa kata amalkan cara turun berat badan untuk mereka ini? Ia sekaligus membuatkan isteri berkobar-kobar nak kecilkan badan semula.

Walau bagaimanapun, kita tidak dapat nafikan lelaki memang suka wanita yang bertubuh langsing dan berbadan kurus. Bagi mereka, wanita kurus ini nampak lebih seksi dan menawan.

Akan tetapi, wanita juga harus menerima hakikat kerana ada sesetengah ibu yang baru lepas beranak akan mendapat kenaikan berat badan dan postur tubuh yang semakin mengembang.

Malah kalau nak kembali ke saiz asal pula, anda perlu lebih berdisiplin seperti melakukan senaman, diet yang sihat dan mendapat sokongan sepenuhnya dari suami. Jadi kalau boleh, suami perlu control diri dan tidak memberi reaksi atau komen yang boleh melukakan hati isteri jika bentuk tubuh mereka sudah tidak langsing lagi.

Tapi anda boleh praktiskan cara turun berat badan isteri melalui langkah seperti berikut.

Cara Turun Berat Badan Isteri Selepas Bersalin

#1. Beri bajet untuk isteri

cara turun berat isteri

Kalau nak isteri kekal atau kembali ke tubuh asalnya, apa kata anda sediakan bajet untuk isteri berbelanja di pusat rawatan kecantikan setiap bulan. Biasalah nak cantik tentulah kena keluarkan sedikit modal, kan? 

#2. Daftar menjadi ahli gimnasium

Seterusnya, anda daftarkan isteri di mana-mana pusat kecergasan gimnasium supaya dia dapat bersenam dengan lebih teratur di samping jurulatih di pusat tersebut.

Bahkan, ia bukan hanya buat isteri kelihatan kurus dan cantik tapi turut membantu menguatkan stamina isteri tercinta anda.

#3. Bantu menjaga anak-anak

isteri gemuk selepas bersalin

Kalau nak isteri cantik tentulah mereka perlukan masa untuk beriadah di luar jadi sebagai suami anda boleh bantu dengan mengemas rumah, jagakan anak-anak, memasak, melipat kain dan sebagainya. Sekaligus ia mengurangkan bebanan isteri menguruskan rumah setiap hari.

#4. Sokongan moral

Selain itu, sokongan moral suami amatlah diperlukan semasa isteri sedang bertungkus lumus menurunkan berat badan. Ini kerana dengan sokongan suami itu, sedikit sebanyak membantu isteri mencapai matlamat untuk kembali kurus langsing seperti dahulu. 

#5. Masak makanan sihat untuk isteri

Kalau suami mahir memasak, apa salahnya sesekali anda pula sediakan menu sihat untuk isteri. Dengan cara ini juga dapat memberi galakan pada isteri untuk teruskan matlamatnya bagi menurunkan berat badan.

#6. Suami sama-sama jaga badan

Kalau nak isteri kurus kembali, apa kata suami juga sama-sama turunkan berat badan supaya hubungan kalian sentiasa sihat.

Ingat, jangan gesa isteri saja turunkan berat badan sedangkan anda tidak melakukannya bersama-sama mereka dan ia tentunya tidak adil.

Caranya suami juga perlu jaga makan dan bersenam bersama isteri serta anak-anak. Sekurang-kurangnya ia dapat mengelak suami dari buncit di kemudian hari.

Semoga bermanfaat. 

Suami, STOP Kata Isteri Gemuk Lepas Bersalin, Apa Kata Anda Sokong Isteri Dengan 6 Cara Ini?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Sumber: Pesona Pengantin

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperanan-suami-ketika-isteri-mengandung

Stories Rakan Kongsi
Jangan Abaikan Tumbesaran Anak Yang Lebih Besar, Mereka Juga Perlukan Nutrisi Yang Cukup!
Jangan Abaikan Tumbesaran Anak Yang Lebih Besar, Mereka Juga Perlukan Nutrisi Yang Cukup!
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Imported Maternal Milk: Where Is It From And Why That Matters
Imported Maternal Milk: Where Is It From And Why That Matters
Usher in the Lunar New Year at With Celebrations at Sunway Putra Mall
Usher in the Lunar New Year at With Celebrations at Sunway Putra Mall

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Suami, STOP Kata Isteri Gemuk Lepas Bersalin, Apa Kata Anda Sokong Isteri Dengan 6 Cara Ini?
Kongsikan:
  • Cara BERKESAN Tambah Berat Bayi 10 Bulan, Ibu Cuba Beri Beberapa Jenis Makanan Ini

    Cara BERKESAN Tambah Berat Bayi 10 Bulan, Ibu Cuba Beri Beberapa Jenis Makanan Ini

  • Selalu Down Bila Timbang Berat Anak Di KK, Lakukan 7 Tips Ini Kalau Nak Bayi Cepat Naik Berat

    Selalu Down Bila Timbang Berat Anak Di KK, Lakukan 7 Tips Ini Kalau Nak Bayi Cepat Naik Berat

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Cara BERKESAN Tambah Berat Bayi 10 Bulan, Ibu Cuba Beri Beberapa Jenis Makanan Ini

    Cara BERKESAN Tambah Berat Bayi 10 Bulan, Ibu Cuba Beri Beberapa Jenis Makanan Ini

  • Selalu Down Bila Timbang Berat Anak Di KK, Lakukan 7 Tips Ini Kalau Nak Bayi Cepat Naik Berat

    Selalu Down Bila Timbang Berat Anak Di KK, Lakukan 7 Tips Ini Kalau Nak Bayi Cepat Naik Berat

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.