X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

5 Lauk Diet Ibu BERPANTANG! Sedap & Berkhasiat Untuk Wanita Lepas Bersalin Kembali 'Bergetah'

4 min bacaan
5 Lauk Diet Ibu BERPANTANG! Sedap & Berkhasiat Untuk Wanita Lepas Bersalin Kembali 'Bergetah'

Lepas bersalin anda perlu jaga kesihatan dan kecantikan diri ya. Bila berpantang inilah masanya untuk anda makan lauk diet supaya dapat kembali bergetah!

Ibu berpantang pun kadangkala mahu diet juga kerana takut berat badan naik mendadak selepas berpantang nanti kan? Jadi kali ini kami kongsikan lauk diet ibu berpantang.

Diet ini tidak semestinya nak kurus saja, tapi ia lebih kepada mendapatkan berat badan ideal dan sihat selepas bersalin. Selain itu ia juga penting untuk buat ibu kembali berkeyakinan selepas bersalin.

Lauk diet untuk ibu berpantang ini memang sangat berkhasiat dan membantu mengembalikan tenaga ibu yang banyak hilang ketika bersalin dan sepanjang mengandung. 

Lauk diet ibu berpantang, sedap dan berkhasiat!

Resepi ini dikongsikan Marina Bashah. Memang nampak sedap semuanya. Sudahlah mudah disediakan sihat dan berkhasiat pula terutama dalam mengembalikan semula tenaga ibu yang sedang berpantang!

Jom kita lihat menu-menu yang dikongsikan dan boleh dicuba ibu yang sedang berpantang:

#1 . Ikan tenggiri lada hitam kukus

Bahan-bahan :

  • 3-4 ketul isi ikan tenggiri
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Sedikit jus lemon
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :

  1. Bersih isi ikan, mayang semua bawang, halia dan taburkan dalam pinggan yang sesuai.
  2. Susun semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia di atas isi ikan.
  3. Masukkan sos tiram , garam dan serbuk lada hitam . Kukus selama 10-15 minit atau sampai ikan masak.

#2. Ikan bawal/siakap kukus halia

Lauk diet

Kredit: mungfali.com

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)
  • 6 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 2 inci halia (dihiris halus)
  • 2-3 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 1 sudu makan sos ikan
  • sedikit air
  • garam
  • hirisan daun sup
  • 3-4 biji cili api (dihiris/diketuk)

Cara-cara :

  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.
  2. Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.
  3. Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. Kukus sehingga 1/2 masak.
  4. Setelah itu, masukkan sos ikan, sedikit air, cili padi dan jus limau nipis. Kukus lagi hingga masak.
  5. Setelah masak, taburkan daun sup dan biarkan ia merenih sebentar.
  6. Hidangkan bersama nasi putih.

#3. Ikan tenggiri masak asam

Bahan-bahan :

  • 500ml air
  • 3 ketul ikan tenggiri
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan yang dihiris:

  • 30gm halia
  • 3 biji bawang merah

Cara-cara :

  1. Didihkan kesemua bahan di atas api perlahan.
  2. Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
  3. Kacau rata sebelum dihidangkan.

#4. Singgang ikan tenggiri

Lauk diet

Kredit:dailymakan

Bahan-bahan :

  • ikan tenggiri 3 keping besar
  • 3 ulas bawang putih – dimayang
  • 7 ulas cili api
  • 2 cm lengkuas – dihiris nipis
  • 2 cm kunyit hidup – dihiris nipis
  • 3 keping asam gelugur
  • 4 cawan air
  • garam secukup rasa

Cara-cara :

  1. Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  3. Masakkan hingga kuah mendidih.
  4. Sedia untuk dihidang. Sedap makan dengan nasi agak lembut dan masih panas.

#5. Sup ayam/daging berempah

Lauk diet

Kredit: resepitimur

Bahan-bahan :

  • 2 ketul ayam
  • Sekeping halia dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 2 ulas bawang kecil dihiris
  • Sebatang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • Sekuntum bunga lawang
  • Sesudu teh lada hitam ditumbuk
  • Sesudu teh biji ketumbar
  • Sedikit lobak merah didadu
  • Hirisan daun bawang dan daun sup
  • Sesudu besar rempah kurma dicampur sedikit air
  • Air
  • Garam
  • Sup bunjut Adabi

Cara-cara : 

  1. Didihkan air di dalam periuk bersama sup bunjut adabi.
  2. Masukkan halia, bawang kecil, bawang putih dan kesemua rempah.
  3. Masukkan rempah kurma dan kacau seketika.
  4. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga rempah sebati dengan isi ayam. Biarkan air mendidih.
  5. Masukkan lobak merah dan biarkan merenih sehingga lobak empuk.
  6. Perasakan dengan lada hitam dan garam.
  7. Masukkan daun sup dan daun bawang. Biarkan merenih seketika dan hidangkan.

Kenapa ibu-ibu perlu menjaga pemakanan semasa dalam berpantang?

1. Memulihkan sistem dalaman ibu-ibu selepas bersalin.
2. Mengelakkan angin masuk dalam badan dan menyebabkan sakit-sakit badan.
3. Memulihkan luka akibat bersalin.
4. Makanan yang dimakan oleh ibu dalam pantang tidak akan memudaratkan ibu itu sendiri. Contohnya yang akan menyebabkan gatal di luka bersalin dan menyebabkan luka lambat sembuh.

Jadi, ibu-ibu bolehlah cuba lauk diet ibu berpantang yang kami kongsikan ini supaya dapat ‘pasang badan‘ semula lepas bersalin nanti!

Jika anda berminat untuk kurangkan berat badan selepas bersalin, anda boleh mencuba rawatan di London Weight Management secara percuma. Rawatan ini membantu membakar lemak degil dan menghilangkan selulit. Jangan lepaskan peluang anda, isi borang ini sekarang!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Resepi Lauk Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin, Lain Dari Lain, Confirm Lebih Selera Nak Makan!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • 5 Lauk Diet Ibu BERPANTANG! Sedap & Berkhasiat Untuk Wanita Lepas Bersalin Kembali 'Bergetah'
Kongsikan:
  • Resepi Lauk Pantang Untuk Ibu Bersalin Yang Best & Sedap, Confirm Berselera Makan

    Resepi Lauk Pantang Untuk Ibu Bersalin Yang Best & Sedap, Confirm Berselera Makan

  • 25 Set Hidangan Makanan Berpantang Enak & Berkhasiat Bantu Ibu Pulih Cepat

    25 Set Hidangan Makanan Berpantang Enak & Berkhasiat Bantu Ibu Pulih Cepat

  • Resepi Lauk Pantang Untuk Ibu Bersalin Yang Best & Sedap, Confirm Berselera Makan

    Resepi Lauk Pantang Untuk Ibu Bersalin Yang Best & Sedap, Confirm Berselera Makan

  • 25 Set Hidangan Makanan Berpantang Enak & Berkhasiat Bantu Ibu Pulih Cepat

    25 Set Hidangan Makanan Berpantang Enak & Berkhasiat Bantu Ibu Pulih Cepat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham