Selepas melahirkan anak, normal untuk ibu-ibu mula berfikir macam mana nak kembalikan bentuk badan seperti asal. Selain melalui tempoh berpantang dengan betul dan berdisiplin, ada beberapa jenis diet yang boleh dicuba. Yang paling populornya ialah diet atkins untuk ibu menyusu.
Walaubagaimanapun, anda mungkin tertanya-tanya adakah ia selamat untuk dilakukan sewaktu masih menyusu badan. Risau juga kalau nanti boleh jejaskan penghasilan susu serta kesihatan bayi yang baru lahir.
Baca juga: Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Membantu Memperbanyakkan Susu Badan
Diet atkins untuk ibu menyusu badan
Bagi anda yang baru ingin mengenali diet atkins ini, ia sebenarnya pola pemakanan diperkenalkan oleh Dr. Robert C.Atkins. Difahamkan diet jenis ini amat sesuai bagi sesiapa yang ingin memiliki berat badan ideal melalui konsep pembakaran lemak dan karbohidrat dalam tubuh.
Dalam erti kata lainnya, apabila ibu tidak mengambil sebarang makanan yang mengandungi karbohidrat, secara mudahnya badan akan membakar lemak bagi menghasilkan tenaga.
Penyokong diet ini mengatakan anda boleh menghilangkan berat badan dengan makan sebanyak mana protein dan lemak yang anda mahukan asalkan anda elak makan makanan tinggi karbohidrat.
Lebih 20 kajian dalam masa 12 tahun menunjukkan yang diet rendah karbohidrat tanpa perlu mengira kalori ini adalah sangat berkesan untuk menurunkan berat badan dan memperbaiki kesihatan.
Sebab utama kenapa diet rendah karbohidrat sangat efektif untuk penurunan berat badan kerana pengurangan karbohidrat dan peningkatan pengambilan protein akan buat anda kurang selera makan.
Secara tak langsung, anda makan dengan kalori yang lebih rendah tanpa perlu memikirkannya.
Dalam situasi normal, anda boleh makan serendah mana karbohidrat yang anda mahukan. Tapi, semasa menyusukan bayi, anda akan kehilangan gula melalui susu sebanyak lebih kurang 30 gram sehari, kadang-kadang lebih.
Jika anda tak makan karbohidrat ketika ini, ia mungkin boleh mengundang penyakit berbahaya yang dipanggil ketoasidosis.
Setakat ini, hanya lebih kurang empat kes ketoasidosis yang pernah direkodkan di dunia. Jadi, risikonya mungkin sangat rendah dan kesemua kes ini tak berakhir dengan tragedi.
Diet Atkins untuk ibu menyusu: Apa yang boleh anda lakukan?
Semasa menyusukan bayi, anda perlu ingat yang anda menggunakan kalori sendiri untuk memberikan nutrisi pada bayi. Jadi, jika anda mengurangkan kalori terlalu cepat atau terlalu drastik, pengeluaran susu mungkin akan berkurangan.
Jika anda mahu lakukan diet Atkins ketika menyusu bayi, anda dinasihatkan untuk tak membuat fasa pertama dan terus lakukan fasa kedua.
Anda boleh kurangkan berat badan semasa menyusu dengan mengambil karbohidrat sekurang-kurangnya 50 gram sehari.
Menyusukan bayi memerlukan sejumlah kalori yang banyak, jadi anda boleh kurangkan berat badan dengan menyusukan bayi.
Jika berat badan anda turun lebih dari 1kg seminggu semasa menyusukan bayi, anda perlu menambah jumlah karbohidrat untuk perlahankan proses penurunan berat badan.
Menu diet Atkins untuk ibu menyusu
Jika anda ingin melakukan diet Atkins semasa menyusukan bayi, anda boleh ikut menu yang dikongsi oleh Yuss Aisya di Facebook-nya ini:
1/2 cwn nasi
2 mini lamb patty
Salad Butterhead dan ketumbar
Cara membuat Lamb Patty:
Daging kambing kisar
Tabur garam dan bulatkan leper.
Goreng tanpa minyak dalam kuali
Cara membuat kuah:
Gunakan kuali yang sama, dan minyakkan dengan satu sudu minyak masak
Masukkan secubit tepung gandung, suku cawan air, secubit garam dan gula dan masak hingga pekat
Cara membuat salad:
Koyakkan salad Butterhead
Potong kasar daun ketumbar
Cili padi potong kecil
Tuang kuah di atas patty dan salad
Perah limau atas salad dan tabur bijan sangai
1/2 cawan nasi
Bendi rebus sira sambal budu tumis
Daging jeruk berempah
Cara membuat sambal budu tumis:
*1 ulas bawang putih
*1 ulas bawang merah
*1 sudu besar cili kisar (nak pedas ketuk cili api)
*Sebatang serai ketuk
1/2 sudu teh tepung jagung bancuh dgn 1/2 cawan air
1 asam keping
2 sudu besar budu
Garam dan gula
Tumis semua bahan bertanda (*) hingga wangi dan masukkan bahan-bahan lain.
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Diet Doctor, Healthline, Atkins, Facebook
Baca juga: Cara Tegangkan Payudara Selepas Menyusu Bayi Dengan Berkesan, #5 Wajib Cuba!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!