X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Hormon Progesteron Rendah Ketika Hamil, Ketahui Tanda & Punca Ia Terjadi

4 min bacaan
Hormon Progesteron Rendah Ketika Hamil, Ketahui Tanda & Punca Ia Terjadi

Hormon progesteron yang rendah boleh menjejaskan kesihatan wanita terutamanya ketika mengandung. Ada boleh mengalami beberapa gejala ini

Apa itu hormon progesteron? Hormon progesteron adalah hormon seks yang menyokong haid dan kehamilan pada wanita.

Tahap progesteron yang rendah menyebabkan gejala seperti haid tidak teratur, perubahan mood dan masalah untuk hamil.

Isi Kandungan

  • Fungsi hormon progesteron pada wanita
  • Fungsi hormon progesteron untuk kehamilan
  • Peranan progesteron dalam haid
  • Kesan tahap hormon progesteron rendah
  • Bagaimana progesteron rendah menjejaskan kehamilan?
  • Tanda progesteron rendah
  • Punca progesteron rendah
  • Bila perlu berjumpa doktor

Fungsi hormon progesteron pada wanita

fungsi hormon progesteron

Ada beberapa fungsi hormon progesteron dalam badan anda termasuklah:

  1. Menebalkan lapisan rahim anda untuk implantasi (telur yang disenyawakan yang melekat pada rahim anda).
  2. Mengawal kitaran haid.
  3. Mengawal pendarahan semasa haid.
  4. Menyokong kehamilan sebaik sahaja persenyawaan berlaku
  5. Membantu meningkatkan mood anda.
  6. Menyokong fungsi tiroid.
  7. Menyokong laktasi.

Fungsi hormon progesteron untuk kehamilan

Hormon progesteron berfungsi untuk menyokong kehamilan kerana ia menebal lapisan rahim anda (dipanggil endometrium). Lapisan rahim yang tebal membantu implan telur yang disenyawakan dan membesar.

Dalam pada itu, hormon progesteron berfungsi untuk ovari  (dengan sokongan daripada kelenjar adrenal anda). Lebih khusus lagi, korpus luteum, folikel kosong dalam ovari yang mengeluarkan telur semasa ovulasi.

Jika telur disenyawakan oleh sperma semasa ovulasi, human chorionic gonadotropin (HCG) menghantar isyarat supaya korpus luteum menghasilkan lebih banyak hormon progesterone untuk menyokong embrio yang sedang membesar.

Peranan progesteron dalam haid

Fungsi hormon progesteron adalah untuk menebalkan lapisan rahim anda sebagai persediaan kehamilan.

Jika ia tidak berlaku semasa kitaran haid itu dan paras progesteron menurun, anda akan mengalami haid dan kehamilan dianggap tidak berjaya.

Kesan tahap hormon progesteron rendah

Hormon adalah sistem yang kompleks dalam badan anda. Terlalu sedikit atau terlalu banyak satu hormon menyebabkan tindak balas berantai di seluruh hormon anda.

progesteron adalah

Dalam kes progesteron, ia diseimbangkan oleh estrogen. Mempunyai progesteron yang rendah boleh menyebabkan terlalu banyak estrogen, yang boleh menyebabkan gejala seperti:

  • Pertambahan berat badan.
  • Kemurungan.
  • Pendarahan haid yang banyak.
  • Pengurangan nafsu seks.
  • Isu pundi hempedu.
  • Jika anda cuba hamil, tahap progesteron yang rendah boleh menyukarkan untuk mengekalkan kehamilan.

Bagaimana progesteron rendah menjejaskan kehamilan?

Progesteron yang rendah menjejaskan keupayaan badan anda untuk mencipta lapisan rahim yang tebal dan sihat. Lapisan ini melekat pada telur yang disenyawakan.

Sebaik sahaja ia melekat, lebih banyak progesteron diperlukan untuk membantu membesarkan embrio membentuk janin.

Memandangkan progesteron memainkan peranan penting dalam mengekalkan lapisan rahim anda semasa mengandung, parasnya yang rendah boleh menyukarkan anda untuk meneruskan kehamilan.

Anda memerlukan tahap progesteron yang kekal tinggi sehinggalah tibanya waktu bersalin.

Jika anda mempunyai progesteron yang rendah, anda berisiko untuk mengalami komplikasi kehamilan, seperti:

  • Kehamilan ektopik.
  • Keguguran.
  • Kelahiran pramatang

Tanda progesteron rendah

Tahap progesteron yang rendah boleh menjejaskan badan anda dalam beberapa cara dan menyebabkan gejala yang tidak menyenangkan pada sesetengah orang.

Antara tanda progesteron rendah termasuklah:

  • Haid tidak teratur.
  • Sakit kepala.
  • Kesukaran mengandung.
  • Perubahan mood, kebimbangan atau kemurungan.
  • Masalah tidur.
  • Kembung perut
  • Peningkatan berat badan.
  • Pendarahan ringan ketika hamil.
  • Diabetes ketika hamil.
  • Keletihan.
  • Keguguran.

Punca progesteron rendah

hormon progesteron berfungsi untuk

Terdapat beberapa punca progesteron rendah. Penyebab yang paling biasa ialah:

  1. Anovulasi: Ovulasi tidak berlaku (ovari anda tidak mengeluarkan telur).
  2. Sindrom ovari polikistik (PCOS): Ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan kitaran haid dan ovulasi yang tidak dapat diramalkan. PCOS juga boleh menyebabkan cyst kecil berkembang pada ovari anda.
  3. Tekanan tinggi: Kortisol ialah hormon tekanan anda, dan terlalu banyak boleh mengganggu keupayaan badan anda untuk menghasilkan progesteron.
  4. Hypothyroidism: Tiroid yang perlahan atau kurang aktif. Ia menjadikan badan anda lebih sukar untuk menghasilkan progesteron.
  5. Hiperprolaktinemia: Badan anda menghasilkan terlalu banyak prolaktin, hormon yang bertanggungjawab untuk penyusuan. Prolaktin mengganggu hormon seks lain seperti progesteron, menyebabkan kitaran tidak teratur atau kehilangan haid anda.
  6. Kolesterol rendah: Tahap kolesterol yang rendah boleh menyebabkan progesteron rendah.
  7. Perimenopause
  8. Terlalu bersenam atau diet melampau: Ini boleh meningkatkan tahap kortisol dan memberi tekanan pada badan. Ia juga menghalang tubuh anda daripada nutrien utama diperlukan untuk mengekalkan tahap hormon yang sihat.

Bila perlu berjumpa doktor

Segera merujuk doktor di klinik yang berhampiran sekiranya anda mempunyai mana-mana gejala berikut:

  • Kitaran haid yang tidak teratur.
  • Pendarahan faraj antara haid.
  • Sakit kepala atau migrain.
  • Kemurungan, kebimbangan atau perubahan mood lain.

Gejala progesteron rendah adalah serupa dengan keadaan lain, jadi penting untuk berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda untuk diagnosis yang tepat.

Semoga bermanfaat!

Cleveland Clinic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sudah Ikhtiar Tapi Sukarnya Nak Dapat Anak, Kepentingan Progesteron Dalam Meningkatkan Peluang Hamil

Baca juga: Jenis Hormon Kehamilan Yang Mempengaruhi Kesihatan Ibu & Janin Dalam Kandungan

Baca juga: Hormon Lelaki Juga Berubah Sebaik Saja Ada Anak, Sama Macam Si Ibu! – Kajian

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Hormon Progesteron Rendah Ketika Hamil, Ketahui Tanda & Punca Ia Terjadi
Kongsikan:
  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

  • Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

    Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

  • Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

    Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

  • Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

    Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

  • Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

    Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.