X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Umum Kehamilan Di Tempat Kerja, Ibu Perlu Maklumkan Pada HR & Bos Dahulu!

4 min bacaan
Cara Umum Kehamilan Di Tempat Kerja, Ibu Perlu Maklumkan Pada HR & Bos Dahulu!

Pengumuman kehamilan buat kali pertama di tempat kerja mungkin menjadi sesuatu yang menjanggalkan buat kebanyakan ibu baharu

Antara salah satu momen terindah semasa mengandung adalah membuat pengumuman kehamilan. Biasanya orang terawal yang tahu berita baik ini sudah tentu pasangan dan ahli keluarga terdekat. Namun bagaimana pula untuk umumkannya di tempat kerja?

Sebenarnya berkongsi berita kehamilan anda dengan rakan sekerja boleh menjadi sesuatu yang agak mendebarkan. Lebih-lebih lagi jika ibu baharu sahaja diserap masuk ke dalam syarikat dan memulakan kerja.

Pengumuman kehamilan di tempat kerja

umum kehamilan di tempat kerja

Justeru ada beberapa tips dan cara bagaimana untuk umum kehamilan anda di tempat kerja. Yang penting ibu perlulah menunggu waktu sesuai dan tidak terburu-buru.

#1. Simpan rahsia sehingga kehamilan 12 minggu

Realitinya antara 10 hingga 20 peratus kehamilan berisiko tinggi untuk berakhir dengan keguguran. Menjelang minggu ke-12 risiko itu menurun dengan ketara. Justeru adalah lebih baik anda menunggu usia janin 12 minggu untuk berkongsi gambar imbasannya di media sosial.

Adakah anda berhubung dengan bos atau rakan sekerja anda di media sosial? Jika tidak, tunggu 13 minggu dan pastikan anda memberitahu mereka secara bersemuka di pejabat terlebih dahulu.

Kadangkala, mengumumkan kehamilan secara awal kepada pihak atasan atau rakan sekerja adalah satu keperluan, terutamanya jika anda mengalami alahan serius atau keadaan kesihatan lain sehingga boleh menjejaskan kehadiran atau prestasi.

#2. Maklumkan kepada pihak yang penting dalam syarikat

cara untuk umum kehamilan

Walaupun betapa eratnya hubungan anda dengan pihak atasan, pastikan pengumuman mengenai kehamilan adalah ringkas dan profesional.

Reaksi profesional (dan peribadi) sukar untuk diramalkan, jadi anda perlu menyampaikan berita dengan cara yang positif, dan berjanji bahawa butiran lanjut tentang rancangan cuti bersalin akan dimaklumkan kemudian.

#3. Bertemu dengan HR untuk langkah seterusnya

Sebaik sahaja mengetahui ada dalam kalangan pekerja yang mengandung, pihak sumber manusia di syarikat anda akan bertanyakan bilakah tarikh jangkaan bersalin sebagai persediaan untuk cuti bersalin nanti.

Bermula 1 Januari 2023, kerajaan telah membuat pindahan yang meliputi pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari, manakala cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari.

Dengan pengumuman kehamilan ini, syarikat dapat bersedia untuk mendapatkan freelancer atau bantuan staf yang lain bagi menggantikan tugas ketika anda dalam cuti bersalin.

#4. Maklumkan kehamilan kepada rakan sekerja yang lain

Setelah anda mengumumkan kepada bos dan HR anda, jangan tunggu lebih daripada beberapa hari untuk memberitahu orang lain. Tidak perlu adakan mesyuarat khas hanya untuk mengumumkan berita kehamilan—cukup masukkannya ke dalam kumpulan Whatsapp atau bersemuka.

Sekali lagi, ingat ini bukan pesta mendedahkan jantina bayi anda, pastikan pengumuman adalah bersifat profesional dan hanya kongsikan maklumat penting sahaja.

#5. Jangan stres untuk merancang pelan cuti bersalin

umum kehamilan kepada rakan

Anda akan belajar banyak tentang apa yang badan anda dan bayi anda perlukan dalam beberapa bulan akan datang, jadi terlalu awal memohon cuti bersalin.

Hanya maklumkan kepada bos atau HR tarikh temu janji anda dengan klinik dan jangkaan bersalin bagi membolehkan pasukan bersedia apabila ketiadaan anda nanti.

Paling penting adalah anda perlu bijak merancang apabila kehamilan memasuki usia 30 minggu. Bayi tidak selalunya dilahirkan mengikut jangkaan, dan 11.4 peratus kehamilan berakhir dengan kelahiran awal atau pramatang.

Jangan rasa bersalah untuk melalui tempoh cuti bersalin nanti. Badan anda sememangnya memerlukan tempoh mencukupi untuk pulih dan membiasakan diri dengan kehadiran cahaya mata baharu. Bukan itu sahaja, sebarang permasalahan usah dipendam.

Maklumkan kepada HR atau rakan sekerja yang lain sekiranya anda perlu bantuan mereka atau tidak hadir ke pejabat disebabkan oleh temu janji klinik.

Semoga bermanfaat!

Mother Mag, Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Merancang Kehamilan Kedua, Bilakah Waktu Sesuai Untuk Tambah Anak Lagi?

Baca juga: Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Baca juga: Akibat Perkahwinan Bawah Umur, Doktor Dedah Realiti Menyedihkan Dalam Bilik Bersalin

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Cara Umum Kehamilan Di Tempat Kerja, Ibu Perlu Maklumkan Pada HR & Bos Dahulu!
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham