4 sebab mengapa tarikh bersalin anda berubah

lead image

Ibu akan dapat tarikh bersalin ketika melakukan pemeriksaan. Tapi ada juga ibu yang tak bersalin mengikut tarikh itu. Kenapa ya? Anda ada pengalaman sama?

Tarikh bersalin berubah, patutkah ibu hamil risau?

Perkara pertama yang anda akan nampak semasa pemeriksaan kehamilan pertama anda ialah tarikh bersalin atau tarikh anda dijangka bersalin. Dari situ anda mula merangka bila hendak membeli barang-barang bayi.

Bukan itu saja, anda juga akan mula merancang untuk menempah tukang urut dan sebagainya. Tapi ramai juga bukan yang bersalin tidak mengikut tarikh yang dijangka. Ini mengundang persoalan mengapa tarikh bersalin berubah?

Jangan terlalu risau, tarikh bersalin hanyalah jangkaan dan ia memang boleh berubah. Berikut adalah 4 sebab utama mengapa tarikh bersalin berubah:

1 – Haid yang tidak teratur

tarikh bersalin

Penting untuk anda tahu kitaran haid anda

Untuk menjangka tarikh bersalin anda, doktor akan bertanya bilakah tarikh hari pertama haid anda sebelum hamil. Bagi wanita yang mempunyai haid tidak teratur, mengira semula bila hari pertama haid mungkin agak sukar.

Ini kerana kitaran haid mereka tidak tetap dan ia mungkin mempunyai bilangan hari yang berbeza.

Selalunya mereka mempunyai kitaran haid melebihi 28 hari. Mengapa kitaran haid mempengaruhi tarikh bersalin? Ini kerana tarikh jangkaan bersalin dipengaruhi oleh kitaran haid.

Bagi wanita mempunyai kitaran haid 28 hari, ovulasi akan terjadi 14 hari sebelum kitaran haid seterusnya. Tapi jika kitaran tidak teratur seperti kitaran 33 hari, ovulasi mungkin terjadi pada hari ke-18.

Untuk mengelakkan kekeliruan, doktor akan mencadangkan imbasan ultrasound semasa trimester pertama untuk menjangka umur janin.

2 – Ukuran latar belakang bayi yang tidak menentu

Semasa pemeriksaan doktor, ukuran latar belakang bayi berdasarkan saiz rahim anda. Ini akan membantu memberikan jangkaan tarikh bersalin yang lebih jelas.

Jika anda mempunyai bayi yang lebih besar atau kecil dari biasa, jangkaan tarikh bersalin mungkin boleh berubah-ubah. Selepas mengambil ukuran, doktor akan mengubah tarikh jangkaan bersalin jika perlu.

3 – Imbasan ultrasound di trimester kedua

tarikh bersalin

Imbasan ultrasound pada trimester kedua

Satu kajian oleh American Journal of Obstetrics and Gynecology mendapati imbasan semasa trimester (sebelum minggu ke 13 kehamilan) pertama adalah lebih tepat untuk menjangka tarikh bersalin.

Jika kehamilan anda adalah dari IVF, doktor akan mengambil kira umur embrio dan tarikh ia dipindahkan untuk mengira tarikh jangkaan bersalin.

4 – Tahap Alpha fetoprotein tidak normal

Tahap alpha fetoprotein (AFP) merupakan protein yang dikeluarkan oleh hati dan kantung bayi yang sedang membesar. Ia selalunya di ukur di antara minggu 14 dan minggu 22 kehamilan.

Sekiranya tahap AFP tinggi, ia bermakna tarikh jangkaan bersalin anda tidak tepat. Di dalam kes tertentu, ia bermakna, bayi anda mungkin mempunyai genetik yang tidak normal.

Kiraan jangkaan tarikh bersalin yang tidak tepat kadang-kala boleh mendatangkan keresahan buat ibu bapa.

Tetapi apa pun, sebagai ibu bapa atau bakal ibu bapa, anda perlu bersedia untuk apa yang tidak dijangka. Ini kerana bukan semuanya akan terjadi seperti apa yang kita rancang.

Tetapi apa pun yang penting ialah anda bakal menerima kedatangan orang baru yang akan memenuhi hati anda dengan kasih sayang.

Saya juga bersalin tidak mengikut tarikh jangkaan bersalin. Anda bagaimana?

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent SingaporeWhat to ExpectHealthlineACOG

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

Induce semasa dalam proses bersalin, selamat atau tidak?

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner