Ruam lampin sering menjadi perkara yang menyedihkan bagi ibu ayah terutama bila melihat kulit bayi yang putih bersih tiba-tiba mengalami kemerahan dan gatal-gatal hingga membuatkan si kecil rasa tidak selesa. Jadi untuk mengatasi masalah ini ibu perlu dapatkan nappy cream terbaik untuk anak supaya dapat merawat ruam tersebut dengan pantas.
Meskipun ini adalah satu keadaan yang biasa terjadi di kalangan bayi baru lahir, namun dengan pemakaian nappy cream ini, ia dapat meringankan masalah tersebut sekaligus membantu si kecil pulih dengan cepat.
Punca Ruam Lampin Yang Perlukan Nappy Cream Terbaik Untuk Merawat
Kredit gambar: Raising Children Network
Perkara yang seringkali ibu ayah terlepas pandang, kulit bayi sememangnya sangat sensitif terutama pada kawasan lampin bayi.
Punca terjadinya ruam lampin adalah disebabkan kulit bayi terdedah dengan kelembapan yang mengandungi bakteria untuk jangka masa yang lama. Ini boleh berlaku kerana ibu ayah lambat menukar lampin bayi secara berkala sehingga kulit bayi terdedah dengan najis atau air kencing, atau tergesa-gesa memakaikan lampin sebelum memastikan sekitar kawasan lampin kering sepenuhnya.
Jika perlu, biarkan terkena angin seketika di bahagian sulit bayi dan celah kelengkang supaya kembali segar semulajadi setelah memakai lampin berjam-jam lamanya.
Pemilihan ‘wipe tissue‘ atau tisu basah bayi juga hendaklah bebas alkohol, bebas pewangi dan paraben. Begitu juga dengan penggunaan sabun bayi yang kadang kala tidak sesuai dengan kulit bayi.
Namun begitu, jika ruam lampin masih terjadi, penggunaan nappy cream yang tepat membantu mengurangkan kerengsaan pada kulit bayi dan melindungi kulit daripada terdedah dengan kelembapan yang menggalakkan pertumbuhan bakteria seterusnya menyebabkan berlaku iritasi.
Sebelum membeli nappy cream yang terdapat di pasaran, ada baiknya ibu ayah memilih jenis krim atau bahan yang selamat digunakan pada kulit bayi seperti zink oksida (zinc oxide), parafin (paraffin) atau petroleum.
7 Jenis Nappy Cream Terbaik Untuk Bayi
Ibu ayah boleh mengenal pasti ruam lampin berlaku pada bayi apabila melihat kulit bayi mengalami kemerahan pada kawasan lampin, bahagian kemaluan dan bahagian sekitarnya. Jangan panik kerana keadaan ini masih ringan dan boleh dirawat hanya di rumah menggunakan krim ruam bayi.
Walaupun tampak ringan, si ibu sepatutnya tidak memandang enteng kerana sekiranya dibiarkan berlarutan, kulit bayi menjadi kering, merekah dan berlaku pendarahan. Jadi, bagi mengelakkan ini terjadi, kami senaraikan 7 pilihan nappy cream terbaik dan ibu ayah boleh terus beli dari sini!
7 Jenis Nappy Cream Terbaik Untuk Bayi
 | Burt's Bes Baby, Multipurpose Ointment Terbaik melembutkan kulit bayi |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Seba Med Diaper Rash Cream Terbaik merawat kulit sensitif |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Bepanthen Ointment Terbaik melindungi kulit |  | View Details | Buy From Shopee |
 | Mustela Vitamin Barrier Cream Terbaik mencegah ruam lampin |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Pureen Nappy Rash Cream Terbaik dengan formula triple action |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Sudocrem Nappy Rash Cream Terbaik melegakan iritasi dan kerengsaan kulit |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Drapolene Nappy Rash Cream Terbaik mengurangkan ruam lampin |  | View Details | Beli di Shopee |
Burt’s Bes Baby, Multipurpose Ointment
Terbaik melembutkan kulit bayi

Burt’s Bes Baby adalah krim dengan pelbagai kegunaan iaitu melicinkan kulit, melindungi kulit bayi dari terkena ruam lampin dan merawat kulit kering dan bibir merekah. Ia diformulasi tanpa phthalates, paraben, petroleum atau SLS menjadikannya selamat digunakan untuk bayi yang mempunyai masalah ekzema.
Krim ini juga diperbuat daripada 100% bahan semulajadi seperti Shea Butter, Coconut Oil, Jojoba Oil dan Apricot Oil yang boleh melembut dan menenangkan kulit bayi.
Apa yang kami suka?
- Teskturnya pekat dan mudah disapu nipis
- Sesuai untuk kegunaan harian
- Selamat digunakan pada bahagian muka, badan dan kawasan lampin
- Formulasi tanpa phthalates, paraben, petroleum & SLS
- Telah diuji secara klinikal oleh pakar pediatrik
Sebamed Diaper Rash Cream
Terbaik merawat kulit sensitif

Jenama yang tidak asing lagi, Sebamed Diaper Rash Cream sentiasa menjadi pilihan ibu ayah kerana terbukti selamat digunakan untuk kulit sensitif dan ekzema. Krim ini mempunyai kandungan pH 5.5 yang melindungi pertumbuhan acid mantle pada kulit bayi.
Ia boleh mengurangkan gejala ruam lampin dengan cepat malah sebagai dermatitis kulit dan melindungi kulit daripada bendasing yang menyebabkan kulit bayi kemerahan dan gatal-gatal.
Cara penggunaan, hanya picit sebesar pea-size pada jari kemudian sapukan nipis pada kawasan lampin bayi dengan lembut.
Apa yang kami suka?
- Bebas dari bahan kimia berbahaya
- Jenama yang dipercayai
- Sesuai digunakan untuk kawasan lampin
- Merawat dan mencegah ruam lampin dengan cepat
- Melindungi dan menjadikan kulit bayi lembut tanpa menyumbat pori-pori
Bepanthen Ointment
Terbaik melindungi kulit

Dirumuskan khas untuk melindungi kulit bayi daripada ruam lampin dan kulit yang merengsa. Bepanthen Ointment ini mempunyai tekstur gel dan amat ringan ini menjadikannya mudah digunakan dan mudah dibilas.
Ia juga telah terbukti secara klinikal dalam mengekalkan kelembapan dalam jangka masa panjang. Krim ini dihasilkan dengan dexpanthenol (pro-vitamin b5) yang mempercepatkan proses pembaharuan kulit secara semula jadi dan menyembuhkan ruam lampin bayi.
Ini adalah satu-satunya krim yang mengandungi dexpanthenol yang diiktiraf bahan selamat oleh Pentadbiran Makanan & Ubat-ubatan Amerika Syarikat, ia dianggap selamat walaupun dimakan oleh bayi. Ibu juga tidak perlu membilas dengan sabun selepas menyapunya kerana ia cepat meresap dan tidak melekit.
Apa yang kami suka?
- Tekstur gel dan ringan
- Boleh melindungi kulit dan memberi kelembapan pada kulit
- Boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti kulit kering, puting merekah dan kecederaan kulit lain yang ringan
- Tiada pewarna tambahan, pewangi dan bahan pengawet
Mustela Vitamin Barrier Cream
Terbaik mencegah ruam lampin

Krim ini dirumus khas untuk mengatasi punca kerengsaan pada kulit bayi dan mencegah ruam lampin terjadi agar bayi kekal selesa dengan keberkesanan tiga kali ganda. Diformulasi dengan menggunakan 98% bahan semula jadi yang bebas pewangi dan tidak mengandungi bahan pengawet menjadikan ia boleh digunakan dengan selamat setiap hari.
Sebelum terjadinya ruam lampin, pastikan anda menyapu krim ini terlebih dahulu sebelum menukar lampin yang baharu. Ia juga senang disapu dan boleh dibilas dengan mudah. Dengan bahan kandungan seperti Avocado Perseose, minyak bunga matahari, Oxeolin of alkacea dan zink oksida membantu melindungi, memperbaiki dan melegakan kulit yang merengsa.
Ibu ayah boleh membersihkan terlebih dahulu kawasan lampin dan celah kelengkang. Keringkan sebelum menyapukan krim. Kemas dan tutup lampin dengan berhati-hati.
Apa yang kami suka?
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Membantu mencegah ruam lampin dan kerengsaan kulit
- Menenangkan kulit bayi dan memperbaiki kulit bayi dengan cepat
- Mempunyai pilihan saiz 50ml & 100ml menjadikan ia mudah dibawa kemana-mana.
Pureen Nappy Rash Cream
Terbaik dengan formula Triple Action

Dengan formula Triple Action, Pureen Nappy Rash Cream bukan sahaja nappy cream terbaik yang boleh merawat dan mencegah ruam lampin tetapi juga memanjakan kulit bayi anda dengan selesa. Krim antiseptik ini berkesan terhadap bakteria penyebab ruam lampin.
Ia dapat melindungi kulit dengan meminimumkan sentuhan antara kulit bayi dan bakteria, hanya oleskan nipis sahaja pada sekitar kawasan lampin bayi.
Ia juga bukan hanya boleh digunakan unturk ruam lampin, malah ruam di bahagian lain akibat cuaca panas yang menyebabkan peluh. Krim ini juga sesuai digunakan untuk melegakan ekzema yang menyebabkan bayi tidak selesa dan sakit.
Apa yang kami suka?
- Jenama yang diyakini
- Diformulasi dengan Triple Action
- Mencegah dan merawat ruam lampin, kemerahan, ruam panas dan peluh
- Tekstur krim dan pekat berkesan untuk melindungi kulit bayi yang terdedah dan mudah dijangkiti bakteria
Sudocrem Nappy Rash Cream
Terbaik melegakan iritasi dan kerengsaan kulit

Satu lagi nappy cream terbaik merawat masalah ruam lampin ialah Sudocrem Nappy Rash Cream. Ia adalah produk terkenal di pasaran dan terbukti secara klinikal membantu menenangkan, menyembuhkan dan melindungi kulit halus bayi dari kerengsaan.
Krim ini adalah water-repellent base yang melindungi kulit dari terkena jangkitan bakteria yang bersentuhan dengan kulit. Selain itu, emollient yang terdapat dalam Sudocrem mengurangkan rasa sakit dan pedih pada kulit sambil melembutkan semula kulit bayi.
Sudocrem juga boleh digunakan untuk keadaan kulit lain yang memerlukan krim pelindung yang membantu melegakan iritasi dan kerengsaan kulit.
Apa yang kami suka?
- Membantu melegakan kerengsaan pada kulit
- Melembapkan kulit bayi
- Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk ekzema, melecet, luka ringan dan kulit sensitif
Drapolene Nappy Rash Cream
Terbaik mengurangkan ruam lampin

Ruam lampin pasti membuatkan bayi tidak selesa dan merengek sepanjang masa. Oleh itu, Drapolene adalah jenama nappy cream terbaik di UK berkesan mengurangkan kesam ruam lampin. Teksturnya yang bersifat water miscible base menjadikan krim ini ringan dan sesuai digunakan di tempat yang sensitif seperti lipatan kulit bayi.
Bukan itu sahaja, krim ini mengandungi antiseptik yang berkesan merawat dan mencegah jangkitan sambil melegakan kulit dengan lembut. Cara paling mudah untuk mengelakkan ruam lampin ialah menggunakan Drapolene untuk setiap penukaran lampin dan membersihkan serta mengeringkan kawasan tersebut sebelum menggunakan Drapolene.
Apa yang kami suka?
- Tekstur yang ringan dan cepat meresap
- Sesuai digunakan di bahagian sensitif seperti lipatan kulit bayi
- Mudah digunakan dan tidak merengsa kulit
- Boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti luka bakar dan luka ringan
Perbandingan Harga Nappy Cream Terbaik
Jenama |
Harga |
Berat |
Burt’s Bes Baby, Multipurpose Ointment |
RM 54.00 |
210g |
Seba Med Diaper Rash Cream |
RM 28.30 |
100g |
Bepanthen Ointment |
RM 25.70 |
100g |
Mustela Vitamin Barrier Cream |
RM 42.30 |
100g |
Pureen Nappy Rash Cream |
RM 12.30 |
50g |
Sudocrem Nappy Rash Cream |
RM 24.90 |
120g |
Drapolene Nappy Rash Cream |
RM28.99 |
55g |
Diharapkan membantu parents memilih nappy cream terbaik dan selamat digunakan untuk merawat masalah ruam lampin pada bayi.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Baca juga: Bukan Semua Produk Selamat Untuk Si Kecil! Ini 6 Produk Penghalau Nyamuk Bebas DEET Yang Terbaik Untuk Kanak-kanak
Baca juga: Minyak Bayi Terbaik Untuk Masalah Perut Kembung, Buat Anak Rasa Lebih Lega & Selesa!