Produk apa yang wajib ada buat ibu bapa yang mempunyai bayi kecil? Tentunya salah satu daripadanya adalah minyak bayi, atau minyak telon baby yang digunakan untuk keselesaan si manja.
Secara amnya, minyak ini biasanya disapukan pada perut, punggung, dada, tangan dan kaki bayi untuk memastikan si kecil tetap hangat. Ini kerana semasa kecil, sistem pengawalan haba badan bayi belum sempurna menyebabkan si manja mudah berasa sejuk.
Selain itu, kegunaan produk ini adalah bagi memastikan si manja selesa, melegakan masalah bayi kembung perut, masalah colic, melegakan pernafasan dan melancarkan peredaran darah.
Memilih Minyak Telon Yang Bagus
Penggunaan minyak telon adalah sejak kurun berkurun lagi dan bukan sahaja apabila bayi kembung perut, malah ianya digunakan di serata dunia menjadikan ia salah satu produk penting dalam penjagaan si manja .
Di Malaysia, ada banyak produk minyak telon baby yang bagus di pasaran. Walau bagaimanapun, ada sesetengah daripadanya mungkin tidak serasi dengan bayi, dan boleh menyebabkan masalah ruam dan kemerahan selepas digunakan.
Sekiranya ini berlaku, hentikan penggunaan minyak tersebut ya. Memandangkan ada banyak pilihan di pasaran, semak beberapa perkara sebelum membuat pembelian:
- Jenis tekstur - Ada 3 jenis tekstur produk iaitu cecair, krim dan balsam. Kebiasaannya jenis cecair merupakan pilihan utama kerana tekstur yang tidak melekit dan mudah menyerap.
- Kandungan - Pilih kandungan semula jadi dengan fungsi yang tepat. Sebaiknya pilih yang tidak mengandungi terlalu banyak minyak kayu putih yang boleh jadi terlalu panas untuk kulit anak.
Sebelum penggunaan, pastikan anda mencuba terlebih dahulu sebelum disapukan ke kulit si manja. Kulit bayi masih sensitif dan tidak dapat menahan haba yang terlalu panas ya, jadi ibu ayah kena prihatin tentang hal yang ini.
8 Minyak Bayi Terbaik Untuk Bayi Kembung Perut Atau Colic
Bagi membantu ibu ayah, kami telah menyediakan senarai produk minyak telon baby yang bagus, selamat dan mudah didapati di Malaysia. Klik saja pada pautan untuk pembelian segera!
[product-comparison-table title="Minyak Telon Terbaik"]
Minyak Telon Terbaik Atasi Masalah Bayi Kembung Perut & Colic
Pilihan pertama bagi minyak telon baby adalah produk dari Mama's Choice Baby Calming Tummy Oil. Berdasarkan namanya sahaja pasti ibu ayah sedia maklum yang minyak bayi ini berkesan bagi memberikan si manja keselesaan di bahagian perut, bagi mengelakkan masalah bayi kembung perut mahupun colic.
Produk ini diperbuat dari 100% bahan semulajadi, tanpa sebarang kandungan berbahaya seperti minyak mineral, paraben, alkohol, phthalate dan sebagainya menjadikannya selamat digunakan untuk bayi baru lahir hingga kanak-kanak.
Anda juga tidak perlu risau kerana minyak telon ini telah diuji secara dermatologi dan hypoallergenik. Justeru, sesuai untuk kulit sensitif!
Kandungan:
- Minyak nutmeg: Mengurangkan gangguan pencernaan, kekejangan perut, atau sakit pada bayi
- Minyak lavender: Membantu menenangkan bayi yang menangis, mengurangkan simptom colic
- Minyak chamomile: Menenangkan bayi, menjadikan bayi tidur lebih tenang
- Minyak kelapa: Berfungsi sebagai pelembap semulajadi dan lembut untuk kulit sensitif bayi
- Minyak Zaitun: Kaya dengan vitamin E dan vitamin K serta sarat dengan antioksidan, yang menenangkan keradangan dalam badan
Apa yang kami suka:
- Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan halal
- Dirumus dengan formulasi vegan
- Tidak melakukan sebarang ujian terhadap binatang (cruelty-free)
- Melegakan masalah kembung perut bayi
- Hypoallergenic, dan terbukti selamat untuk bayi.
- Sesuai digunakan untuk bayi baru lahir.
- Membuatkan bayi berasa tenang, tiada masalah ketidakselesaan dan mengurangkan masalah colic.
Minyak Telon Terbaik Bertahan Selama 12 Jam
Minyak telon Cap Lang merupakan salah satu produk yang mudah didapati di Malaysia dan minyak bayi ini sesuai digunakan untuk bayi dari lahir sehingga 5 tahun.
Ia digunakan untuk gangguan perut dan memanaskan badan selepas mandi dengan menggosokkannya di dada, perut, punggung dan kaki si manja.
Kandungan:
- Minyak kayu putih: Menghangatkan kulit bayi dan meredakan rasa gatal
- Minyak adas: Meredakan perut kembung bayi
- Minyak kelap: Meredakan iritasi
Apa yang kami suka:
- Diformulasikan untuk menghangatkan kulit bayi, dapat meredakan perut kembung, meredakan masuk angin, dan mencegah bayi dari gigitan
- Fungsi anti nyamuk
Minyak Telon Terbaik Melembut dan Melembapkan Kulit Bayi
Minyak telon baby Anugerah bukan sahaja berbau harum, tetapi dengan ramuan istimewa yang digunakan seperti minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut.
Gabungan khasiat serai, pudina dan lengkuas ini juga membekalkan tekstur yang lembut dan halus, membuatkan kelembapan kulit si manja sentiasa terjaga.
Kandungan:
- Minyak kayu putih
- Serai, pudina
- Lengkuas
- Limau purut.
Apa yang kami suka:
- Menghangatkan tubuh bayi.
- Melembab dan melembutkan kulit bayi.
- Menghindari bayi daripada kesejukan, kembung perut, angin pasang dan sawan angin.
- Penjagaan kulit bayi.
- Memberikan kesegaran
- Aroma yang harum
Minyak Telon Terbaik Jenama Lokal
Minyak Stommy keluaran Tasneem Natural ini dapat membantu menyelesaikan masalah perut kembung bayi dan diperbuat dari bahan-bahan yang semula jadi dan tiada bahan kimia yang merbahaya.
Walaupun minyak angin baby ini sedikit berangin tetapi tidak terlalu panas, cukup untuk keselesaan si manja.
Kandungan:
- Minyak badam: Agen pelembap kulit dan melindungi kulit dari sinaran UV yang membahayakan
- Minyak zaitun
- Minyak akar halia
- Minyak serai
- Limau purut
Apa yang kami suka:
- Bau yang wangi dan menyegarkan
- Diperbuat daripada bahan semulajadi
- Membuatkan perut si manja selesa
- Mudah meresap dan tidak melekit
Minyak Telon Terbaik Untuk Gigitan Nyamuk
Minyak telon JMK sudah lama berada di pasaran dan dipercayai ramai ibu bapa. Produk ini dapat melegakan masalah kembung, gigitan nyamuk dan boleh dipakai setiap masa.
Ramuannya yang semula jadi menjadikan ia selamat untuk disapukan pada kulit bayi yang sensitif, dan bayi juga berasa selesa dengan aroma minyak angin baby yang menenangkan!
Kandungan:
- Minyak kelapa
- Minyak kayu putih
Apa yang kami suka?
- Minyak telon JMK diperbuat daripada bahan semula jadi
- Menyelesaikan masalah seperti bayi kembung perut
- Memberikan rasa hangat pada tubuh si kecil
- Boleh dipakai setiap masa, terutama selepas mandi dan bila udara sejuk
- Melegakan gigitan nyamuk
- Aroma yang menenangkan
Minyak Telon Terbaik Jenis Krim
Berbeza dengan yang minyak telon yang lain, Tropika Baby Herbal Cream diformulasi dalam bentuk krim yang dikemas dalam tiub bagi mengelakkan tidak mudah tumpah dan praktis dibawa ke mana-mana.
Tropika Baby Herbal Cream ini mengandungi kandungan semulajadi yang penting untuk membantu mengeluarkan gas yang terperangkap dalam badan agar si bayi dapat tidur lena.
Sebahagian bahan yang terkandung dalam krim ini ialah minyak kelapa dara, minyak kayu putih, halia serta herba-herba tropika. Ianya berkesan dalam membantu mengurangkan masalah yang berkaitan dengan pernafasan dan juga mengurangkan dengkur.
Kandungan :
- Minyak kelapa dara
- Ekstrak halia
- Minyak kayu putih
Apa yang kami suka :
- Boleh membantu menghilangkan batuk berkahak dan selesema
- Membantu bayi sendawa selepas menyusu
- Tidak melekit, cepat menyerap dan tidak panas
Minyak Telon Terbaik Menenangkan Bayi
Bebiku minyak telon merupakan jenama yang tidak asing lagi kerana rata-rata ibu di Malaysia mengesyorkannya untuk kegunaan bayi. Ia diperkaya dengan ramuan herba tradisional yang berfungsi untuk menenangkan bayi dan memberikan rasa hangat pada tubuh bayi.
Ditambah pula dengan baunya yang harum dan segar seakan bau baby dan tidak bersifat panas menjadikan bebiku minyak telon ini selamat untuk disapu pada bahagian dada, tapak kaki, perut dan punggung jika perlu.
Bukan sahaja bayi, malah golongan ibu pun sukakannya!
Kandungan :
- Minyak kelapa dara
- Minyak kayu putih
- Minyak adas
Apa yang kami suka :
- Minyak telon bebiku diperbuat dari ramuan herba tradisional
- Wangi, bayi sukakannya
- Tidak melekit dan tidak bersifat panas
- Menenangkan bayi
- Melegakan kembung perut bayi dengan cepat
- Boleh menangkan bayi yang mempunyai masalah colic
Minyak Telon Terbaik Praktikal
Minyak baby jenama My Baby Plus adalah salah satu alternatif untuk melindungi anak anda dari gigitan nyamuk selama 8 jam. Ia mengandungi bahan semulajadi seperti Chamomile. Eucalyptus dan Citronella untuk memberikan kelegaan pada bayi dan bersifat anti-mikrobial.
Minyak angin baby ini juga diyakini dapat membantu mencegah masalah perut kembung dan memberikan rasa nyaman pada bayi. Ia langsung tidak menggunakan bahan kimia berbahaya dan selamat digunakan untuk bayi setiap saat. Penutupnya juga sangat praktikal dan mudah digunakan pada bila-bila masa tanpa risau jika tertumpah.
Kandungan :
- Chamomile
- Citronella (Minyak serai)
- Minyak kayu putih
Apa yang kami suka :
- Aroma harum yang menenangkan
- Tak panas untuk bayi, boleh digunakan dengan selamat
- Melindungi bayi dari gigitan nyamuk
- Melegakan masalah perut kembung dan ketidakselesaan bayi
- Membantu bayi tidur lena pada malam hari
Perbandingan Harga Minyak Bayi Terbaik
Jenama |
Harga (RM) |
Berat |
Mama's Choice Baby Calming Tummy Oil |
RM27.90 |
55 ml |
Minyak Telon Cap Lang |
RM15.00 |
100 ml |
Minyak Bebe Anugerah |
RM15.38 |
50 ml |
Stommy Oil Tasneem Natural |
RM18.99 |
15 ml |
Minyak Telon JMK |
RM14.50 |
60 ml |
Tropika Baby Herbal Cream |
RM39.90 |
50 g |
Bebiku Minyak Telon |
RM3.92 |
30 ml |
My Baby Plus Minyak Telon |
RM8.78 |
57 ml |
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Apa Itu Colic?
Jika diterjemahkan daripada bahasa Yunani, colic membawa maksud usus besar. Ianya adalah apabila bayi menangis tidak henti-henti tanpa sebab yang jelas atau kecerewetan pada bayi yang sihat.
Ianya merupakan satu perkara yang biasa dihadapi oleh bayi seawal 6 minggu dan colic selalunya reda dan berkurangan apabila si manja cecah 3 ke 4 bulan usianya.
Terdapat beberapa punca kepada penyakit colic ini termasuklah susu yang diberikan mungkin tidak sesuai untuk si kecil.
Tips Cegah Masuk Angin Atau Terkena Colic Untuk Bayi
Ketidakselesaan bayi disebabkan masalah perut kembung terutamanya pada waktu malam semestinya menjadi dilema buat para ibu ayah diluar sana. Ia akan menyebabkan bayi menangis secara berlebihan dan berterusan. Oleh itu, bagi mengelakkan masalah angin seperti ini terjadi berulang kali, kami di theAsianParent kongsikan beberapa tips mencegah masuk angin untuk si manja!
1. Periksa Semula Teknik Penyusuan Dilakukan Yang Betul
Penyusuan susu ibu bukan sekadar selak dan beri. Ia memerlukan persediaan mental dan fizikal serta teknik menyusu yang betul bagi mengelakkan bayi tertelan 'angin' yang boleh membawa kepada masalah kembung perut. Ibu juga perlu mengelakkan makanan berangin seperti kubis, brokoli, kafein dan sumber tenusu.
2. Berikan Puting Susu Yang Sesuai
Saiz puting juga memainkan peranan penting untuk aliran susu kepada bayi dengan betul.
3. Tukar Susu Formula
Sesetengah bayi mempunyai alahan terhadap susu lembu atau laktosa. Jadi, ibu perlu perhatikan jika bayi anda mengalami masalah sembelit, kembung perut dan sebagainya.
4. Sendawakan Bayi Selepas Menyusu
Kurang disendawa boleh menyebabkan 'angin' terperangkap dalam perut bayi. Teknik sendawa bayi ini sangat penting tidak kira bayi menyusu badan atau menyusu botol lagi-lagi jika anda mahu menenangkan si kecil yang sedang colic.
5. Berikan Sentuhan Hangat Dan Lakukan Urutan Lembut Pada Bayi
Kerap mengurut bayi dengan minyak aromaterapi supaya bayi rasa selesa dan untuk menghilangkan masuk angin, bayi juga seperti orang dewasa. Mereka juga perlu bersenam dengan senaman yang ringan.
Cuba perhatikan senarai semak ini, ada tak minyak telon ini dalam senarai ibu ayah? Semoga artikel ini bermanfaat dan dapat membantu ibu ayah membuat pilihan yang terbaik untuk si manja ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Si Manja Kerap Menangis Tanda Bayi Kembung Perut, Ibu Ini Cara Untuk Mengatasinya!
Baca juga: 4 Jenis Senaman Bayi Sesuai Bayi Baru Lahir, Boleh Kurangkan Masalah Kembung Perut
Baca juga: Bayi Selalu Meragam Sebab Kembung? Ini 9 Petua Legakan Bayi Kembung Perut