TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Si Manja Kerap Mengalami Masalah Perut? Ini 7 Perkara Penting Ibu Ayah Perlu Tahu!

4 min bacaan
Si Manja Kerap Mengalami Masalah Perut? Ini 7 Perkara Penting Ibu Ayah Perlu Tahu!

Perut bayi buncit atau mengalami masalah boleh menyebabkan si manja berasa kurang selesa. Selain kerap meragam, bayi juga mungkin enggan menyusu badan

Sebagai seorang ibu bapa, kalau boleh kita ingin mengetahui semua perkara penting tentang anak-anak kita. Benda sekecil apapun mampu membuatkan kita risau. Apa bunyi yang selalu dia buat itu? Adakah benda itu normal, adakah ia berbahaya? Kenapa perut bayi buncit dan nampak besar saja? Adakah bayi anda cukup makan? 

Bercakap tentang perut bayi, sebenarnya, perut si manja anda itu lebih rumit daripada yang anda sangka! 

Fakta mengenai masalah perut si manja dan perut bayi buncit

perut bayi buncit

Sama ada anda sudah sedar atau tidak, ini antara 7 fakta menarik tentang perut bayi yang harus anda tahu. Jom semak ia!

1. Minuman probiotik

Probiotik adalah bakteria yang membantu dalam menyumbang kesihatan yang lebih sihat. Malah, probiotik juga bagus untuk pencernaan si manja. Sebab itu anda digalakkan untuk memberi minuman probiotik seperti yakult dan yogurt kepada anak sejak awal.

Anak yang berusia sekitar 6 hingga 24 bulan sudah boleh mengambil minuman probiotik! Bakteria yang bagus juga boleh dijumpai dalam susu badan ibu.

2. Tukar susu dan potty training boleh sebabkan kembung perut dan sembelit

Bayi anda juga boleh mengalami sembelit.

Menurut Dr. Ari Brown, perut bayi mengambil sedikit masa untuk menghadam peralihan dari susu badan ke susu formula, atau dari susu formula/susu badan ke susu lembu.

Ini mengakibatkan pergerakan usus mereka terjejas, lalu gas dalam perut akan lebih kerap terhasil. 

Jika bayi anda mengalami sembelit, anda boleh menambah beberapa buah-buahan dan jus ke dalam diet mereka untuk meningkatkan pergerakan usus.

3. Sindrom perut tidak selesa juga boleh terjadi pada bayi

perut bayi buncit

Sindrom perut tidak selesa atau IBS adalah perkara biasa dalam sistem pencernaan. Sesiapa yang menghidap masalah ini akan rasa perut kejang, masuk angin, cirit-birit dan sembelit.

Dan percayalah, si manja anda juga boleh menghadapinya! IBS telah terjadi pada hampir 10-20% kanak-kanak.

Anda boleh merawat sindrom ini dengan ubat-ubatan, pemakanan dan minuman probiotik.

4. Saiz perut bayi anda

Ibu bapa harus tahu berapa besar perut si manja anda ini. Ia amat membantu untuk mengetahui berapa banyak makanan yang diperlukan mereka.

Pada hari pertama selepas bayi baru lahir, saiz perutnya adalah sebesar saiz guli. 

Masuk hari ketiga, saiznya sudah sedikit membesar seperti bola ping pong. Manakala saiz perut bayi akan jadi sebesar telur ayam apabila memasuki hari ke-10.

Untuk membuat perbandingan, cuba bayangkan perut orang dewasa yang normal adalah sebesar saiz bola sepak!

5. Perhatikan alahan anak

Kajian terbaru membuktikan makanan yang anak anda alah seperti kekacang – sepatutnya diperkenalkan pada anak dengan lebih awal.

Hal ini bertentangan dengan kepercayaan sebelum ini yang menganggap lebih baik memperkenalkan makanan alahan apabila mereka mencapai usia 1 tahun.

Namun, hati-hati dengan alahan yang dialami anak anda. Jika ia boleh memberi kesan yang amat buruk seperti perut bayi buncit secara tiba-tiba, lebih baik anda menjauhi makanan tersebut dari mereka.

6. Kira berapa kali bayi berak

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

tanda usus bayi bermasalah

Semua ibu bapa pasti akan melalui fasa ini di mana anda akan sibuk dan makin berminat untuk mengetahui berapa banyak kali bayi anda berak!

Anda harus mengira berapa banyak lampin yang mereka pakai setiap hari untuk mengetahui jika bayi anda dapat susu yang mencukupi atau tidak.

Pada beberapa hari pertama selepas dilahirkan, bayi anda akan berak sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

Masuk hari ke-4, najisnya akan bertambah sebanyak 3 hingga 4 kali. Ia akan berlanjutan hingga minggu ke-6.

Selepas minggu ke-6, pergerakan usus si manja akan berkurang. Oleh itu, mereka boleh tak berak sehingga 7-10 hari!

7. Bila waktu sesuai kenalkan makanan pejal pada anak?

Anda dinasihatkan untuk memperkenalkan makanan pejal pada anak apabila mereka berusia 6 bulan ke atas.

Ini sebab ruang dalam perut anak anda akan lebih terbuka dan mampu untuk menerima dan menyerap nutrien.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:  Nyaring Tangisan Bayi Bila Sakit Perut, Ibu Ayah Harus Peka Dengan Simptom & Cara Merawatnya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Si Manja Kerap Mengalami Masalah Perut? Ini 7 Perkara Penting Ibu Ayah Perlu Tahu!
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham