TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Panik Sungguh Bila Kaki Bayi Selalu Sejuk, Adakah Ia Tanda Bayi Tak Sihat?

3 min bacaan
Panik Sungguh Bila Kaki Bayi Selalu Sejuk, Adakah Ia Tanda Bayi Tak Sihat?

Ada beberapa sebab kenapa kaki bayi selalu sejuk. Ada yang memudaratkan dan ada yang normal. Apapun, ibu ayah kena tahu tanda-tanda bahaya ini!

Bayi baru lahir biasanya akan mengalami pelbagai perkara yang agak mengelirukan dan kadang-kadang membimbangkan ibu bapa seperti kaki bayi sejuk, bintik-biktik merah di leher atau bentuk kepala yang sedikit aneh. 

Namun, pada artikel ini, kami akan sentuh tentang kenapa kaki bayi sejuk? Adakah terdapat sesuatu yang tak kena dengan tahap kesihatannya? Mari kita ketahui mengapa ia berlaku dan bila anda perlu bimbang. 

Kenapa kaki bayi sejuk? 

kaki bayi sejuk, kaki anak sejuk, kaki sejuk, kaki si manja sejuk, kaki kanak-kanak sejuk, kaki bayi dingin, kaki anak dingin, kaki anak, telapak kaki bayi sejuk, telapak kaki anak sejuk

Kredit : Healthy Care Info

Persoalan tentang kaki bayi sejuk dan ada ketikanya kelihatan biru atau ungu selalu mengganggu fikiran ibu ayah yang mungkin tak biasa dengan keadaan ini. 

Tapi, meskipun kakinya sejuk, itu tidak bermakna ada sesuatu yang tak kena dengan bayi. Namun, mungkin ia ada kaitan dengan sistem peredaran darah yang tidak matang kerana dia masih kecil. 

Anda kena faham, sebelum ini, si kecil itu tinggal dalam rahim ibunya, tapi sekarang dia perlu menggunakan badan dan organ tubuh untuk belajar cara berfungsi sendiri. 

Sistem peredaran bayi masih belajar bagaimana mengepam darah ke seluruh tubuh selepas dilahirkan dan tugas paling penting adalah hantar darah ke organ penting seperti paru-paru, jantung, otak, sistem pencernaan dan saluran kencing. 

Oleh sebab itu, bahagian lain seperti kaki dan tangan bayi mungkin menerima aliran darah yang kurang sekaligus menyebabkan kaki bayi sejuk.

Malah, ia mengambil masa tiga bulan untuk sistem peredaran bayi matang dan cekap mengepam darah ke seluruh bahagian badannya termasuk kaki. 

Bagaimana nak tahu jika kaki bayi sejuk? 

kaki bayi sejuk, kaki anak sejuk, kaki sejuk, kaki si manja sejuk, kaki kanak-kanak sejuk, kaki bayi dingin, kaki anak dingin, kaki anak, telapak kaki bayi sejuk, telapak kaki anak sejuk

Kredit : Myhealth

Sudah tentu anda akan bimbang setelah menyentuh kaki si kecil yang terasa sejuk. Lalu anda pun terfikir, adakah persekitaran membuat dia kesejukan?

Disebabkan prihatin, anda balut tubuh bayi dengan selimut dan stokin tebal tanpa sedar ia sebenarnya membawa lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan.

Cara senang nak kenalpasti sama ada bayi sejuk atau tidak adalah dengan menyentuh perutnya. Sekiranya panas, si kecil anda sememangnya dalam keadaan baik. 

Jika masih tidak pasti, anda perlu ambil bacaan suhu badannya. Adakah ia sekitar 37 darjah celcius? Jika rendah daripada itu, maka anak kecil anda mungkin sedikit sejuk. 

Iklim di Malaysia adalah panas, jadi dapatkan pakaian kapas yang sesuai untuk bayi supaya dia selesa semasa tidur. 

3 keadaan kaki bayi sejuk yang perlu dibimbangkan 

kaki bayi sejuk, kaki anak sejuk, kaki sejuk, kaki si manja sejuk, kaki kanak-kanak sejuk, kaki bayi dingin, kaki anak dingin, kaki anak, telapak kaki bayi sejuk, telapak kaki anak sejuk

Kredit : Very Well Family

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kaki bayi sejuk dan menunjukkan masalah yang lebih serius. Contohnya seperti:

  • Meningitis: Kaki sejuk bayi boleh jadi tanda meningitis iaitu jangkitan pada otak. Sekiranya ia diiringi gejala lain seperti demam panas, bintik lembut di kepala, muntah dan tak mahu makan, anda harus bawa bayi jumpa doktor
  • Sindrom Hair Tourniquet: Jika kaki bayi seolah biru atau ungu, sila periksa bahagian kaki dan jari sama ada terdapat rambut atau tidak. Sekiranya ini berlaku, peredaran darah boleh terganggu dan warna kaki bertukar kebiruaan.
  • Bibir sejuk dan biru: Jika kaki bayi sejuk bila disentuh dan bibir bayi berwarna biru, itu tanda bayi tak cukup oksigen. Anda anda harus segera bawanya ke hospital! 

Kesimpulannya, jika anda rasakan sesuatu yang tak kena dengan tubuh dan anggota badan bayi sebaiknya rujuk terus dengan doktor dan semestinya mereka boleh membantu. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga: 

Lepas ambil darah di hospital Sibu, kaki bayi baru lahir ini bengkak dan biru!

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Panik Sungguh Bila Kaki Bayi Selalu Sejuk, Adakah Ia Tanda Bayi Tak Sihat?
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham