Ketika saya berusia lima tahun, saya membuat keputusan saya tidak mahu mempunyai anak. Pada usia yang begitu muda, kelahiran bayi seolah-olah tidak masuk akal.
“Saya akan mempunyai seorang anak hanya apabila mereka (ahli sains/perubatan) dapat memikirkan bagaimana untuk melahirkan anak tanpa rasa sakit,” saya beritahu pada semua orang.
Saya agak kecewa apabila – 23 tahun kemudian – saya hamil dan sedar saya perlu melakukannya sendiri.
Saya berusaha untuk melahirkan anak pertama saya selama lapan jam, sebelum kadar denyutan jantungnya mula menurun dan mereka membawa saya ke bilik bersalin untuk pembedahan C-seksyen.
Ia adalah senario terburuk bagi saya – bersalin secara pembedahan. Ibu saya telah melalui empat C-seksyen, tetapi saya berkeras yang ia tidak akan berlaku kepada saya.
Saya sudah membaca tentang semua potensi bahaya dan mendengar segala perbualan negatif tentang kelahiran secara pembedahan.
Apa yang saya tidak kaji adalah sebahagian daripada perkara yang mengejutkan yang berlaku semasa dan selepas pembedahan.
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda harapkan, jika anda melalui pembedahan C-seksyen ini juga…
1. Menggigil
Apabila anestesia sudah memberikan impak kepada badan anda, kadang-kadang anda akan menggigil dengan teruknya.
Rasanya seperti demam menggigil, dan jika anda tidak tahu apa yang berlaku, ia agak membingungkan. Ditambah lagi dengan bilik pembedahan yang sangat sejuk.
Tip: Minta selimut ketika di dalam bilik pembedahan. Mereka letakkan satu selimut pada saya semasa C-seksyen kedua saya, dan selepas saya telah dijahit, saya meminta lagi satu selimut.
Mereka biasanya mempunyai selimut yang lebih tebal, jadi saya ditimbuni dengan selimut panas yang rasanya seperti baru keluar dari mesin pengering.
2. Ikatan di meja pembedahan
Kadang-kala mereka akan ikat anda pada meja pembedahan. Selalunya, dengan lengan anda mendepa, gaya ala Nabi Isa, untuk menghadkan pergerakan manakala pakar gynae akan mula melakukan tugas mereka.
Selagi saya tidak banyak bergerak, mereka tidak akan mengikat saya. Suami saya memegang salah satu tangan saya dan ia amat membantu.
3. Tekanan
Anda berada dalam kelab ibu C-seksyen sekarang. Anda bukannya meneran bayi anda keluar, tetapi si kecil itu muncul, gaya kepompong, dari belahan perut anda.
Tetapi tekanannya adalah mungkin besar. Jangan risau, ia sekejap sahaja. Ya, ia membuatkan anda tidak selesa, tetapi itu adalah normal.
Anda juga mungkin merasa tekanan apabila anda dihiris terbuka, mungkin kerana poket udara dalam perut anda.
Dengan bayi pertama saya, saya merasakan seolah-olah seekor gajah sedang berdiri di atas dada saya.
“Amat normal,” kata pakar bius yang cuba meyakinkan saya. “Ia akan hilang dalam satu saat.”
“Jadi, saya tidak mempunyai serangan jantung?” Saya bertanya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
Tip: Anda berada di dalam bilik dengan sepasukan pakar, yang akan bekerja bersama-sama untuk mengeluarkan bayi anda.
Anda akan tahu apabila anda merasa tekanannya, tetapi anda masih boleh bertanya kepada doktor tentang apa yang sedang berlaku jika anda ingin tahu.
Ketika OB sedang memotong saya untuk C-seksyen saya yang kedua, saya bertanya berapa banyak tisu parut dari C-seksyen yang pertama pada perut saya.
Suami saya hanya menggelengkan kepalanya kerana tidak percaya bahawa saya akan bertanya soalan seperti itu, walaupun saya sedang terbaring kesakitan di atas meja pembedahan.
4. (Potensi) Untuk Muntah
Ada banyak pergerakan dan bahagian yang akan bergerak semasa pembedahan. Kadang-kala mereka perlu menarik rahim anda keluar.
Apapun, banyak perkara yang berdarah yang sedang berlaku di belakang tirai itu. Tambahan pula, anda sedang terbaring dengan perut terdedah dan mungkin sedikit gementar, dan ia tidak membantu langsung.
Sebagai pesakit yang sentiasa gementar, semasa C-seksyen pertama saya, saya memberitahu yang saya hendak muntah.
Jika anda tidak pernah muntah ketika berbaring, ia adalah suatu pengalaman baru.
Mereka menyuruh saya untuk memusingkan kepala saya ke tepi dan muntah ke dalam bekas berbentuk buah pinggang berwarna merah jambu.
Saya pun melakukannya. Saya rasa okay selepas itu. Pada kali kedua, apabila saya berjalan ke bilik pembedahan, saya memberitahu mereka bahawa saya memerlukan bekas untuk muntah.
Tip: Jangan angkat kepala anda ketika anda muntah jika boleh. Ketidakselesaan, dicampur dengan mengangkat kepala, semasa C-seksyen kedua saya telah menyebabkan sakit kepala dan tulang belakang selama kira-kira 10 minit.
Saya juga minta tuala basah yang saya boleh letak di dahi dan / atau leher saya apabila saya berasa loya. Ia adalah cara mudah yang dapat membantu saya kurangkan rasa ingin muntah.
5. Angin
Badan anda dihiris terbuka dan terdedah kepada unsur-unsur persekitaran (iaitu udara Antartika yang sejuk dalam bilik pembedahan itu). Bayi pun mula muncul keluar.
Tetapi, udara pula yang masuk dalam perut anda. Ia adalah seperti yang anda dapat bayangkan.
Dan angin itu boleh menyakitkan anda di tempat-tempat yang pelik pada badan anda beberapa hari kemudian. Contohnya, angin di bahu anda!
Tip: Jika anda bimbang, tanya jururawat. Mereka telah melihat segala-galanya. Lebih penting lagi, mereka boleh memberikan anda satu pil untuk mengeluarkan angin itu.
6. Rasa kebas
Mereka memotong badan kita menerusi banyak saraf. Banyak! Selalunya, anda akan rasa kebas di sekitar kawasan yang dibedah itu.
Ia mungkin atau tidak mungkin akan hilang. Atau mungkin akan hilang sebahagiannya.
Saya masih mempunyai tompok kebas 2 setengah tahun selepas pembedahan terakhir saya!
Kadang-kadang, tompok itu terasa gatal, tetapi jika tidak, saya tidak mengendahkannya.
Malah, disebabkan oleh pemotongan saraf yang banyak, tangan dan kaki anda boleh rasa kebas lebih cepat selepas pembedahan.
Tip: Jangan lupa, anda sedang menjalani pembedahan abdomen. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, bincanglah dengan doktor anda.
7. Bengkak
Anda tahu bagaimana rupa kaki gajah? Anda baru menjalani pembedahan. Anda telah dipam dengan cecair. Darah pula di merata-rata tempat.
Dan kadang-kadang selepas c-seksyen, ia membuatkan pergelangan kaki dan kaki anda SANGAT membengkak.
Bila saya pakai stokin, sarung kaki saya tidak sampai pun ke buku lali. Oh, dan cecair itu boleh membuatkan ciri-ciri wajah anda membengkak juga.
Tip: Pantau bengkak itu. Cuba naikkan kaki anda ke atas jika boleh. Ciri-ciri bengkak yang lain akan hilang dalam masa beberapa hari apabila anda mula berpeluh. Dan anda mungkin akan berpeluh dengan banyaknya selepas pembedahan.
8. Membuang air besar
Adalah sukar untuk membuang air besar. Badan anda sedang berada di dalam keadaan huru-hara.
Dan bila anda ambil ubat sembelit, datang pula masalah angin dalam badan anda. Memang “menyeronokkan”.
Tip: Julap bukan sahaja untuk nenek anda. Minta daripada doktor anda di hospital. Atau, ambilnya awal-awal dari rumah selepas doktor anda izinkan.
9. Pemulihan
Anda pasti ada banyak mendengar cerita-cerita seram tentang pembedahan c-seksyen. Malah, pemulihannya menyakitkan dan memakan masa yang lama berbanding kelahiran normal.
Tetapi terdapat ramai ibu yang sembuh semula dengan cepat. Dengan kedua-dua C-seksyen saya, saya berdiri dan berjalan ke bilik air dalam tempoh empat jam. Saya juga mula mandi dalam tempoh enam jam.
Dengan C-seksyen saya yang kedua, saya telah berjaya mengawal kesakitan saya dengan baik, saya berjalan di dalam hospital sehari selepas pembedahan.
Kesakitan kali kedua tidak seburuk yang saya bayangkan. Saya amat gementar dan takut akan pembedahan.
Tip: Ambil ubat mengikut jadual. Jangan biarkan kesakitan menganggu anda. Cuba untuk berjalan sebanyak mungkin.
10. Rasa bersalah
Kita selalu diberitahu bahawa C-seksyen sering tidak diperlukan atau tidak bagus.
Kita dengar yang C-seksyen tidak mengizinkan badan kita untuk melakukan apa yang ia direka untuk lakukan, iaitu untuk melahirkan anak secara normal.
Tetapi ketahuilah, pembedahan C-seksyen bukan bermakna kegagalan. Ia bukan jalan yang mudah. Anda tetap sehebat seorang ibu yang bersalin secara normal – ingat itu!
Mempunyai bayi C-seksyen tidak bermakna anda tidak akan mempunyai hubungan penyusuan yang baik.
Ia tidak bermakna yang anda tidak akan rapat dengan bayi anda.
Saya telah dibenarkan untuk memegang kedua-dua bayi saya di dalam bilik pembedahan, dan saya memegang mereka di dada saya ketika saya dibawa keluar bilik pembedahan.
Saya juga menyusukan mereka dalam tempoh 30 minit pertama selepas dijahit.
Pembedahan Caesarean merupakan salah satu cara untuk melahirkan bayi dengan selamat dan sihat.
Itu adalah matlamatnya, bukan? Selamat dan sihat.
Anda bukannya kurang berani kerana perlu melalui pembedahan C-seksyen.
Tip: Cari kumpulan sokongan dalam talian. Facebook adalah cara yang baik untuk berhubung dengan orang lain untuk mendapatkan tip, petua, dan sokongan empati.
Mana-mana kelahiran adalah peristiwa yang mengubah hidup semua ibu!
Rencana diterjemah daripada Scary Mommy.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!