X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Parut Czer Cantik, Ini Cara Hilangkan Parut Pembedahan Caesarean Dengan Selamat Dan Berkesan

4 min bacaan
Parut Czer Cantik, Ini Cara Hilangkan Parut Pembedahan Caesarean Dengan Selamat Dan Berkesan

Selepas melahirkan anak secara c-section, kadang kala pasti hadir parut. Usah risau, kami bawakan cara hilangkan parut pembedahan czer yang boleh anda cuba.

Walaupun banyak wanita tidak suka lemak kerana ingin badan yang kurus dan langsing, tetapi jangan terkejut kerana ada kajian terbaru menunjukkan bahawa lemak sebenarnya boleh bantu parut czer cantik. Wah, ini pastinya cara hilangkan parut pembedahan czer yang tidak pernah dijangkakan!

Punca Parut Czer Terjadi

Jenis parut dan bagaimana ia terbentuk dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:

1. Jenis Kulit

Kulit yang lebih gelap cenderung untuk menghasilkan lebih banyak kolagen yang boleh menyebabkan pembentukan parut yang lebih tebal dan gelap berbanding mereka yang berkulit cerah.

2. Faktor Genetik

Sekiranya ahli keluarga anda mempunyai sejarah membentuk parut keloid atau hypertrophic, anda mungkin juga berisiko mengalami parut seumpamanya selepas pembedahan.

3. Penjagaan Luka Selepas Bersalin

Luka yang tidak dijaga dengan betul dan tidak dibersihkan secara berkala, tidak dikeringkan dengan baik atau terdedah kepada kuman boleh menyebabkan jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan, sekali gus mencetuskan pembentukan parut yang lebih ketara.

4. Jenis Benang atau Jahitan Yang Digunakan

Sesetengah teknik jahitan boleh meninggalkan kesan parut yang lebih jelas, terutamanya jika kulit tidak dijahit dengan rapi atau terdapat ketegangan pada kawasan sekeliling luka.

5. Jangkitan atau Komplikasi Pada Luka

Apabila luka pembedahan mengalami jangkitan, badan akan bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak tisu parut sebagai mekanisme perlindungan. Ini boleh menyebabkan parut menjadi lebih timbul, berwarna kemerahan dan sukar hilang.

Faktor-faktor ini bergabung dan memainkan peranan besar dalam menentukan rupa akhir parut czer seseorang wanita. Oleh itu, sangat penting untuk memberi perhatian sejak awal kepada penjagaan luka agar risiko parut yang menonjol dapat dikurangkan.

Cara Jadikan Parut Czer Cantik

Kajian yang diterbitkan di AAAS Science Journal ini mengatakan sel lemak memainkan peranan yang penting apabila ibu-ibu ingin cuba hilangkan parut czer.  Sebenarnya sel-sel lemak ini tidak hanya boleh menghalang parut dari berlaku, malah ianya juga boleh menyebabkan kulit nampak berseri secara semulajadi!

Tetapi penemuan yang lebih menakjubkan ialah dengan sel lemak, penyelidik mendapati mereka boleh mengawal penyembuhan luka. 

Jadi luka tidak akan meninggalkan parut, bahkan menjana semula kulit yang luka! 

Kalian mesti fikir bagaimana pula sel lemak boleh menjanakan kulit?

“Caranya ialah dengan menjana semula folikel rambut terlebih dulu. Selepas itu, sel lemak akan tumbuh semula apabila bertindak balas dengan isyarat dari folikel-folikel tersebut,” kata Dr. George Cotsarelis dari University of Pennsylvania.

Adakah ia berkesan menghilangkan parut czer selepas pembedahan?  Malangnya, jawapan kepada soalan ini adalah tidak.

Fokus kajian ini hanya untuk merawat parut czer atau luka pembedahan baru sahaja.

Tetapi banyak juga tips untuk mencerah dan hilangkan parut czer yang lama. Antaranya seperti tips hilangkan parut czer seperti di bawah ini.

Kalau ibu-ibu ingin cuba tips berikut, baik rujuk dengan doktor dulu, ya! 

  • Kepingan silikon atau gel. Menurut kajian ini, kepingan silikon atau gel adalah rawatan parut yang berkesan.
  • Krim Vitamin E. Ini boleh mengurangkan rupa parut dengan menghalang tisu parut daripada berkembang.
  • Ekstrak bawang. Ini petua di rumah yang dikatakan boleh melembut dan mecerahkan parut dalam masa sebulan. Tetapi, tip ini cuma berkesan untuk sesetengah orang saja, sama seperti krim Vitamin E.
  • Madu. Lebih kepada mengurangkan bengkak. Madu juga boleh membantu perkembangan tisu baru.
  • Salap berasaskan petroleum. Untuk hilangkan parut ceaser lama, sapukan jeli petroleum dan pastikan parut anda sentiasa kering dan tertutup.
    Ini dapat menghalang parut itu dari berkembang. Jeli petroleum juga boleh melegakan gatal-gatal. Sebelum membalut kawasan luka untuk meratakan parut yang dibangkitkan, rujuk dengan doktor terlebih dahulu.

Cara Semulajadi Hilangkan Parut Czer Di Rumah

parut czer cantik

Kredit: dermatix.asia

Jika ibu-ibu tidak suka menggunakan produk pada kulit, tips di bawah ini juga mungkin boleh membantu hilangkan parut czer lama:

  • Dengan menggunakan tekanan yang perlahan-lahan, urut bahagian parut beberapa kali sehari untuk melembutkannya. Mengurut boleh memecahkan tisu parut dan losyen yang melembapkan kulit juga boleh digunakan. 
  • Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 bulan selepas pembedahan. Parut ceaser hanya akan nampak lebih nyata kalau kulit anda bertambah gelap.
  • Beri rawatan secepat mungkinkerana semakin lama, semakin susah untuk hilangkan parut ceaser. Bincang dengan doktor bila anda boleh mula rawatan, mungkin doktor juga boleh mengesyorkan produk-produk yang baik dan selamat untuk anda.

Pada pendapat saya, setiap ibu yang pernah mengalami pembedahan ceaser patut berbangga dengan parut czer cantik mereka. Ini kerana ia adalah tanda perjuangan seorang ibu.

Ia mungkin tidak mudah untuk dihilangkan, tetapi dengan penjagaan yang betul, parut luka czer ini boleh menjadi lebih pudar dan cantik. Namun sebelum mencuba sebarang rawatan, pastikan anda rujuk dengan doktor untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan.

Science Daily, Medical Daily, Medical News Today, American Association for the Advancement of Science (AAAS), Health Grades

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anda Baru Lepas Bersalin Caesar? Kalau Nak Luka Cepat Sembuh, Amalkan Tips Ini!

Baca juga: Bersalin Normal Dengan Mudah & Cepat, Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Get Ready

Baca juga: Apa Itu Epidural? Ini Sebabnya Mengapa Ibu-Ibu Dah Bersalin Bersyukur Mengambilnya!

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Parut Czer Cantik, Ini Cara Hilangkan Parut Pembedahan Caesarean Dengan Selamat Dan Berkesan
Kongsikan:
  • Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

    Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

  • Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

    Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

  • Bayi Lebih Sihat & Mudah Dijaga, Doktor Kongsi Kelebihan Bersalin Ketika Kandungan 39 & 40 Minggu (Full Term Pregnancy)

    Bayi Lebih Sihat & Mudah Dijaga, Doktor Kongsi Kelebihan Bersalin Ketika Kandungan 39 & 40 Minggu (Full Term Pregnancy)

  • Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

    Sistem Imun Ibu Hamil Rendah Punca Mudah Jatuh Sakit, Ini 10 Cara Kuatkan Imun Sepanjang Kehamilan

  • Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

    Demam Ketika Bersalin Boleh Bahayakan Ibu Dan Bayi: Punca, Rawatan & Kaedah Bersalin Yang Terbaik

  • Bayi Lebih Sihat & Mudah Dijaga, Doktor Kongsi Kelebihan Bersalin Ketika Kandungan 39 & 40 Minggu (Full Term Pregnancy)

    Bayi Lebih Sihat & Mudah Dijaga, Doktor Kongsi Kelebihan Bersalin Ketika Kandungan 39 & 40 Minggu (Full Term Pregnancy)

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham