Kesan sampingan selepas bersalin czer berbeza daripada bersalin secara normal. Bersalin secara czer merupakan salah satu kaedah melahirkan bayi yang digunakan apabila terdapat komplikasi yang menghalang kelahiran normal. Walaupun prosedur ini sering dilakukan dengan selamat, ia melibatkan pembedahan besar yang membawa risiko dan kesan sampingan kepada ibu serta bayi.
Bersalin Czer Adalah Pengorbanan Seorang Ibu
Prosedur bersalin Czer memerlukan pengorbanan yang sangat besar daripada seorang wanita, tak kira dari segi fizikal mahupun emosi mereka. Ibu perlu menjalani pembedahan di perut dan rahim agar bayi dapat dilahirkan. Seorang ibu boleh memilih mahu melahirkan anak secara normal atau Czer, namun terkadang pembedahan adalah satu-satu caranya untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi tertentu.
Namun begitu, tempoh pemulihan selepas menjalani Czer lebih panjang berbanding kelahiran normal dan ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang sangat kuat. Susulan itu, melahirkan anak denga kaedah Czer menjadi antara pengorbanan terbesar seorang ibu.
Kesan Sampingan Selepas Bersalin Czer (Pada Ibu)
1. Sakit Pada Luka Pembedahan
Luka di perut memerlukan beberapa minggu untuk sembuh. Sakit dan ketidakselesaan pada kawasan pembedahan adalah perkara biasa, terutama ketika bergerak atau batuk.
2. Risiko Jangkitan
Kawasan pembedahan boleh terdedah kepada jangkitan jika tidak dijaga dengan baik. Gejala seperti kemerahan, nanah, atau demam perlu dirujuk kepada doktor segera.
3. Pendarahan Berlebihan
Pembedahan boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Sesetengah ibu mungkin memerlukan transfusi darah untuk menggantikan darah yang hilang.
4. Pembekuan Darah (DVT)
Trombosis vena dalam (DVT) adalah komplikasi serius yang boleh berlaku selepas pembedahan besar. Gumpalan darah ini boleh bergerak ke paru-paru dan menyebabkan embolisme pulmonari, yang berbahaya
- Usus dan Pencernaan
- Selepas pembedahan, sesetengah wanita menghadapi kesukaran untuk buang air besar akibat kesan ubat bius atau usus yang “tertidur”.
5. Parut Keloid
Parut di kawasan pembedahan mungkin menjadi lebih tebal atau keloid, bergantung kepada genetik dan penjagaan selepas bersalin.
Kesan Sampingan Selepas Bersalin Czer (Pada Bayi)
1. Masalah Pernafasan
Bayi yang dilahirkan melalui Czer lebih cenderung mengalami masalah pernafasan sementara, seperti sindrom transient tachypnea, akibat lebihan cecair yang tidak dikeluarkan sepenuhnya dari paru-paru semasa kelahiran .
2. Kecederaan Pada Bayi
Walaupun jarang berlaku, ada kemungkinan bayi mengalami luka kecil akibat alat pembedahan semasa proses kelahiran.
Kesan Suntikan C-Section
Bersalin Czer memerlukan suntikan anestesia, sama ada anestesia tulang belakang (spinal) atau epidural. Walaupun membantu menghilangkan rasa sakit semasa pembedahan, ia juga boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:
1. Sakit Kepala Teruk (Post-Dural Puncture Headache): Kesan ini berlaku jika jarum anestesia menyebabkan kebocoran cecair tulang belakang.
2. Kesukaran Bergerak atau Rasa Kebas: Sesetengah wanita mungkin merasa kebas pada bahagian bawah badan selepas pembedahan, yang biasanya bersifat sementara.
3. Reaksi Alergi terhadap Ubat Bius: Reaksi alergi terhadap ubat anestesia, walaupun jarang, boleh berlaku dan memerlukan rawatan segera .
Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Bersalin Czer
1. Mengangkat Beban Berat
Elakkan mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi anda untuk mengelakkan tekanan pada luka pembedahan.
2. Aktiviti Berat atau Senaman Berlebihan
Senaman yang intensif boleh memperlahankan proses pemulihan. Mulakan dengan senaman ringan hanya selepas mendapat kebenaran doktor.
3. Mengabaikan Kebersihan Luka
Pastikan kawasan luka sentiasa kering dan bersih. Penggunaan pakaian longgar juga membantu mengurangkan geseran.
4. Menahan Rasa Sakit Tanpa Ubat
Ambil ubat tahan sakit seperti yang diarahkan oleh doktor untuk mengawal kesakitan dan memudahkan pergerakan.
5. Mengabaikan Temujanji Doktor
Pemantauan berkala oleh doktor adalah penting untuk memastikan luka sembuh dengan baik dan mengesan komplikasi awal.
Bersalin secara Czer adalah pilihan yang sering kali menyelamatkan nyawa, tetapi ia disertai dengan cabaran dan kesan sampingan yang memerlukan penjagaan rapi. Ibu perlu memahami perubahan pada tubuh selepas pembedahan serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan pemulihan yang sempurna.
Jika terdapat tanda-tanda komplikasi seperti demam tinggi, kesakitan luar biasa, atau pendarahan yang berlebihan, segera dapatkan rawatan perubatan. Dengan penjagaan yang betul dan sokongan daripada keluarga, proses pemulihan dapat dilalui dengan lebih mudah. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Cara Diet Yang Betul, Mudah & Sihat Untuk Hidup Lebih Sihat Dan Kekal Bertenaga
Baca juga: 13 Khasiat Buah Salak, Baik Untuk Kesihatan Tulang Sesuai Untuk Ibu Hamil
Baca juga: Senggugut Teruk Setiap Bulan? Tanda Fibroid Dalam Rahim, Punca, Simptom Awal & Rawatan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!