X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Si Manja Masih Belum Capai Berat Bayi Normal? Ini 4 Perkara Bahaya Yang Perlu Ibu Ayah Peka!

7 min bacaan
Si Manja Masih Belum Capai Berat Bayi Normal? Ini 4 Perkara Bahaya Yang Perlu Ibu Ayah Peka!

Si manja anda masih belum capai berat bayi normal walaupun pelbagai cara sudah ibu ayah buat. Jangan risau, ada banyak cara boleh anda buat.

Kebanyakan anak yang dilahirkan sememangnya aktif dan normal seperti bayi lain. Ada juga di antaranya mengalami perkembangan serta keupayaan lebih cepat berbanding usianya. Namun, perkara utama perlu ibu ayah risau adalah apabila mendapati si manja tidak mencapai berat bayi normal.  

Untuk pengetahuan anda, ia adalah normal di awal kelahiran si manja akan kehilangan berat antara 5 hingga 7 peratus semasa dilahirkan.

Hal ini berlaku disebabkan oleh di awal-awal kelahiran, bayi akan membuang mekonium iaitu sejenis najis berwarna hitam dan kehilangan air dari badannya.

Isi Kandungan

  • Si Manja Sukar Capai Berat Bayi Normal? Ini Yang Ibu Ayah Perlu Tahu
  • Kaitan Proses Melahirkan Bayi & Cara Penyusuan
  • Ambil Tahu Tentang Perangai Si Manja
  • Apakah Berat Normal Bayi Baru Lahir?
  • Kesan Berat Bayi Tidak Normal
  • Cara Naikkan Berat Badan Bayi
  • Bila Patut Risau?

Si Manja Sukar Capai Berat Bayi Normal? Ini Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

berat bayi normal, berat normal bayi 1 bulan, berat normal bayi, berat badan bayi normal, berat ideal bayi

Menurut perkongsian pakar nutrisi, Adibah Zakaria, ada beberapa sebab berat bayi susah naik walaupun hanya menyusu badan sahaja sejak dari lahir hingga memasuki usia 6 bulan.

Pada peringkat awal, berat bayi sewaktu lahir sangat memainkan peranan kenapa berat badannya senang naik dan ada juga bayi kelihatan tidak okay apabila mengalami peningkatan berat tubuh.

Justeru, dicadangkan ibu ayah supaya mengamalkan pengambilan makanan seimbang ketika mengandung. Ia perlulah dilengkapi dengan sumber protein, vitamin daripada sayur dan elemen karbohidrat.

Sekiranya anda tidak boleh bayang, amalkan sahaja konsep suku-suku separuh yang memberikan panduan pinggan sihat mengandungi micronutrient penting dalam menggalakkan proses tumbesaran bayi.

Konsep suku-suku separuh ini bukan hanya tertakluk kepada saiz hidangan nasi, lauk, sayuran dan buah dalam satu pinggan sahaja. Ia perlulah mengikuti panduan am iaitu:

  • Makan pelbagai makanan dalam setiap kumpulan makanan
  • Pilih makanan rendah kandungan lemak, garam dan gula
  • Minum air kosong atau minuman tanpa gula

Dalam hal ini, anda perlulah mendapatkan berat normal bayi semasa lahir sebaik-baiknya 2.5 kg ke atas. Jika dia dilahirkan kurang dari angka ini,

Berat bayi anda sepatutnya mengikut graf berat mengikut usia berdasarkan panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Kaitan Proses Melahirkan Bayi & Cara Penyusuan

berat bayi normal, berat normal bayi 1 bulan, berat normal bayi, berat badan bayi normal, berat ideal bayi

Kenapa kadang-kadang berat badan bayi tidak naik dengan banyak walaupun menyusu susu ibu dalam tempoh 6 bulan yang pertama?

Selain masalah berat badan bayi semasa lahir sangat rendah, masalah yang berlaku semasa proses kelahiran turut berupaya mempengaruhi kadar kenaikan berat anak dalam masa 6 bulan.

Biasanya, jika jumpa kes begini doktor selalunya akan bertanyakan secara lebih terperinci sekiranya ibu mengalami sebarang komplikasi selepas kelahiran.

Jika tiada masalah semasa kelahiran atau selepasnya, doktor mungkin akan bertanyakan bagaimana gaya ibu menyusukan si manja.

Tahukah anda sebenarnya posisi dan lekapan bayi pada bahagian payudara sangat mempengaruhi aliran susu ibu untuk masuk ke dalam rongga mulut anak. Bagaimana? 

Sekiranya tiada juga masalah seperti di atas, ibu juga akan mula tanya mengenai diet si ibu. Hal ini kerana terdapat kajian yang terbaru mengatakan diet ibu semasa menyusu sangat mempengaruhi penghasilan susu badan tersebut.

Oleh itu, doktor akan sentiasa memaklumkan kepada ibu untuk makan tiga kali sehari. Bagi menaikkan kandungan lemak baik yang penting untuk meningkatkan berat badan bayi, anda perlu mengambil makanan dari sumber protein baik.

Contoh sumber protein yang baik adalah seperti

  • Ikan laut (bawal hitam, kembung, terubuk)
  • Paha ayam
  • Tempe
  • Kacang badam
  • Ikan keli, patin dan ikan bilis
  • Daging lembu

Ambil Tahu Tentang Perangai Si Manja

berat bayi normal, berat normal bayi 1 bulan, berat normal bayi, berat badan bayi normal, berat ideal bayi

Kebiasaannya berat badan anak kecil akan mengalami peningkatan secara normal. Cuma kalau bayi tiada demand pun akan menjadi masalah juga.

Ibu perlu tahu perangai bayi anda supaya boleh agak macam mana cara untuk menaikkan berat badannya. Bukan itu sahaja, ambil berat tentang ciri-ciri keperibadian anak bagi memudahkan anda mengetahui bagaimana untuk memastikannya cukup kenyang setiap kali menyusu susu ibu.

Sekiranya anda masih mengalami masalah yang berlanjutan, pastikan untuk berjumpa doktor di klinik bagi mengenalpasti apakah masalah dihidapi oleh si manja. Jangan risau kerana pegawai pemakanan sememangnya ada di setiap klinik, boleh jumpa kami di sana nanti.

Apakah Berat Normal Bayi Baru Lahir?

Secara umumnya, bayi yang baru dilahirkan mempunyai saiz yang pelbagai. Namun, kebanyakan bayi yang dilahirkan di antara minggu ke-37 dan 40 akan mempunyai berat badan bayi normal iaitu 2.5kg hingga 4.0kg. 

Walau bagaimanapun, jika si kecil mempunyai berat yang lebih ringan atau terlebih berat daripada purata normal, ia tidaklah semestinya bahawa bayi itu mengalami masalah kesihatan ya. Sila rujuk pakar pediatrik untuk mendapatkan pengesahan mengenai tahap kesihatan bayi anda.

Kesan Berat Bayi Tidak Normal

Segelintir ibu ayah mungkin menganggap bahawa bayi yang dilahirkan tepat pada masanya namun mengalami berat badan yang lebih rendah berbanding purata normal bukanlah satu masalah yang besar.

Namun hakikatnya, sesetengah bayi yang dilahirkan dengan berat yang lebih rendah tanpa mengikut berat ideal bayi mungkin mengalami masalah tertentu. Antaranya:

#1 Masalah dengan organ dalaman

Bayi yang dilahirkan pramatang mungkin mengalami komplikasi pramatang merangkumi masalah dengan fungsi otak, jantung, paru-paru, usus dan banyak lagi.

#2 Masalah gula dalam darah

Bayi yang dilahirkan sangat kecil mungkin menghadapi masalah mengawal gula dalam darah mereka. Bayi pramatang pula kadangkala menggunakan gula lebih cepat daripada yang boleh digantikan oleh mereka.

#3 Sentiasa panas

Bayi yang bersaiz kecil tidak mempunyai lemak yang secukupnya untuk memanaskan badan. Jika mereka tidak boleh memanaskan badan dengan sendiri, maka mereka mungkin perlu diletakkan di dalam inkubator sebaik selepas dilahirkan.

#4 Masalah untuk makan

Bayi dengan saiz yang lebih kecil biasanya tidak cukup kuat untuk menyusu ibu atau dapat menyusu botol dengan baik. Mereka mungkin memerlukan bantuan bagi mendapatkan kalori yang mencukupi untuk membesar. 

Cara Naikkan Berat Badan Bayi

  • Teruskan penyusuan
  • Menggunakan menu oat dalam hidangan si kecil anda
  • Memberikan makanan yang mengandungi lemak baik pada si bayi
  • Menggunakan minyak zaitun untuk hidangan si manja
  • Menggunakan minyak kelapa dara
  • Elak memberi anak makanan ringan
  • Bangunkan anak ketika tidur malam untuk menyusu

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara terbaik untuk menaikkan berat badan bayi anda, ibu ayah boleh merujuk pada perkongsian yang pernah dibuat oleh kami sebelum ini. 

Bila Patut Risau?

Sila berikan perhatian yang lebih sekiranya bayi anda yang dilahirkan dengan berat badan lebih rendah menghadapi masalah untuk menyusu, sentiasa panas atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan. 

Kajian menunjukkan apabila mereka meningkat dewasa, mereka akan lebih terdedah dengan risiko kesihatan seperti asma, masalah penglihatan serta masalah koordinasi tangan-mata.

Badan bayi normal boleh menjamin kesihatan yang lebih baik untuk si kecil anda. Bagaimanapun, ibu ayah tidaklah perlu terlalu panik jika bayi anda dilahirkan dengan berat yang sedikit rendah. Dapatkan sahaja khidmat nasihat daripada pakar pediatrik dan lakukan perkara yang disarankan mereka bagi membantu menaikkan berat badan bayi anda.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat!

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
  1. Adibah Zakaria. (n.d). facebook.com/realiti.dewi
  2. Very Well Family. (Sept 30, 2020). Low Birth Weight Baby Risks, Types, and Causes. www.verywellfamily.com/what-is-a-low-birth-weight-baby-2748477

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Cara Bagi Anak Makan Ubat Yang Betul, Ibu Elakkan Guna Syringe Sama & Konsisten Ikut Masa

Baca juga: Tukar Tekstur Makanan Bayi Seawal 7 Bulan, Ibu Tidak Perlu Tunggu Gigi Tumbuh Dahulu

Baca juga: Si Manja Bakal Memasuki Usia 6 Bulan? Ini Checklist Keperluan Bayi Yang Perlu Ibu Sediakan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Si Manja Masih Belum Capai Berat Bayi Normal? Ini 4 Perkara Bahaya Yang Perlu Ibu Ayah Peka!
Kongsikan:
  • Risaunya Berat Bayi Tidak Naik Walaupun Kerap Menyusu, 7 Sebab Ini Ibu WAJIB Tahu!

    Risaunya Berat Bayi Tidak Naik Walaupun Kerap Menyusu, 7 Sebab Ini Ibu WAJIB Tahu!

  • Ayuh Semak Berapa Berat Normal Bayi 2 Bulan, Dan Vaksin Yang Patut Diambil

    Ayuh Semak Berapa Berat Normal Bayi 2 Bulan, Dan Vaksin Yang Patut Diambil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Risaunya Berat Bayi Tidak Naik Walaupun Kerap Menyusu, 7 Sebab Ini Ibu WAJIB Tahu!

    Risaunya Berat Bayi Tidak Naik Walaupun Kerap Menyusu, 7 Sebab Ini Ibu WAJIB Tahu!

  • Ayuh Semak Berapa Berat Normal Bayi 2 Bulan, Dan Vaksin Yang Patut Diambil

    Ayuh Semak Berapa Berat Normal Bayi 2 Bulan, Dan Vaksin Yang Patut Diambil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.