X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Elak Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil, Ibu Berisiko Alami Kelahiran Pramatang!

7 min bacaan
Cara Elak Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil, Ibu Berisiko Alami Kelahiran Pramatang!

Tekanan darah tinggi ketika kehamilan boleh menjadi lebih teruk apabila anda mengandungkan anak kembar, sehingga boleh membawa kepada preeklampsia.

Ketika berbadan dua, pelbagai gejala kehamilan dan masalah perubatan yang akan dilalui oleh ibu, salah satunya adalah tekanan darah tinggi atau hipertensi. 

Sememangnya, masalah tekanan darah tinggi kerap berlaku dan sukar untuk dielakkan. Bahkan, statistik menyatakan bahawa hipertensi terjadi dalam kalangan 1 hingga 5 peratus wanita hamil, manakala hipertensi akibat mengandung terjadi dalam kalangan 5 hingga 10 peratus wanita hamil.

Persoalannya di sini, apa yang menyebabkan penyakit ini berlaku? Apakah akibat jika ibu hamil mengalami darah tinggi? Ibu, jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih banyak info mengenai masalah tekanan darah tinggi terhadap wanita hamil.

Isi Kandungan

  • Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil
  • Apa Itu Hipertensi Gestational?
  • Kesan Tekanan Darah Tinggi Kepada Ibu & Bayi
  • Punca Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil
  • Siapa Berisiko Alami Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil
  • Cara Kurangkan Risiko Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil

Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil

tekanan darah tinggi, darah tinggi, bacaan tekanan darah, kesan darah tinggi, bacaan darah tinggi, bacaan tekanan darah normal, tanda darah tinggi

Adalah perkara biasa untuk anda mempunyai hipertensi apabila sedang hamil. Sehingga 8% wanita hamil di Amerika mempunyai tekanan darah tinggi, biasanya semasa kehamilan pertama mereka. Jika anda mula-mula menghidapinya semasa anda sedang mengandung, ia dipanggil sebagai hipertensi gestational atau hipertensi akibat kehamilan (PIH).

Kebanyakan wanita yang mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung memiliki kandungan dan bayi yang sihat. Walau bagaimanapun, kewujudan penyakit ini semasa kehamilan juga boleh menjadi tanda keadaan lain yang mana ia boleh menjadi lebih berbahaya.

Itulah salah satu sebab mengapa anda perlu berjumpa doktor dengan lebih awal dan kerap bagi memastikan keadaan anda dan bayi sihat.

Apa Itu Hipertensi Gestational?

Hipertensi gestational atau hipertensi akibat kehamilan berlaku apabila tekanan darah anda meningkat di separuh kedua kehamilan, atau lebih awal jika anda mengandungkan anak kembar. Tekanan darah ialah daya tolakan darah terhadap dinding arteri melalui saluran darah. Apabila daya ini mengukur lebih daripada 140/90 mm Hg dan pertama kali dikesan pada 20 minggu kehamilan atau lebih lewat, doktor akan menganggap tekanan darah anda tinggi.

Namun anda tidak perlu begitu risau, apabila anda mengalami tekanan darah tinggi semasa hamil, bacaan tekanan darah anda sepatutnya boleh kembali normal kira-kira 6 minggu selepas anda bersalin.

Kesan Tekanan Darah Tinggi Kepada Ibu & Bayi

Perhatian ibu, tekanan darah tinggi boleh membahayakan anda dan bayi. Kesan darah tinggi boleh menjadi ringan atau sangat teruk. Ia mungkin tidak menimbulkan masalah, atau juga mungkin boleh:

  • Merosakkan buah pinggang anda dan organ lain
  • Mengurangkan aliran darah ke plasenta, yang bermaksud bayi anda menerima kurang oksigen dan mendapat lebih sedikit nutrien
  • Menyebabkan bayi anda dilahirkan terlalu kecil atau terlalu awal. Kebanyakan bayi boleh mengejar pertumbuhan mereka beberapa bulan selepas kelahiran, tetapi lebih sihat jika mereka dilahirkan pada berat normal
  • Merisikokan anda untuk mendapat penyakit jantung atau tekanan darah tinggi apabila anda semakin tua

Dalam pada itu, tekanan darah tinggi ketika kehamilan boleh menjadi lebih teruk apabila anda mengandungkan anak kembar. Dalam kes yang teruk, penyakit ini boleh membawa kepada preeklampsia, juga dikenali sebagai toksemia. Ia boleh membahayakan plasenta serta otak, hati, dan buah pinggang anda. Dengan menghamilkan anak kembar, terdapat kemungkinan lebih tinggi bahawa plasenta akan terlepas dari dinding rahim.

Ibu hamil perlu ingat, preeklampsia boleh menyebabkan eklampsia di mana ia merupakan keadaan yang jarang berlaku dan serius yang boleh menyebabkan sawan dan koma, malah lebih teruk, kematian.

Punca Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil

Walaupun punca di sebalik setiap kes tekanan darah tinggi ketika hamil tidak jelas, namun terdapat beberapa faktor risiko yang dipercayai menjadi penyebabnya. Antaranya adalah:

  • Mempunyai sejarah tekanan darah tinggi jangka panjang 
  • Mempunyai penyakit buah pinggang kronik
  • Lebih berisiko jika anda berkulit hitam
  • Hamil bayi kembar
  • Anda menghidap diabetes jenis 1 atau 2
  • Anda berumur kurang daripada 20 tahun atau lebih daripada 40 tahun
  • Anda miliki berat badan berlebihan

Satu lagi punca bacaan tekanan darah melebihi paras normal adalah kemungkinan kes “hipertensi kot putih” (white coat hypertension) yang mana ia merupakan fenomena yang agak biasa (walaupun anda tidak hamil). Tekanan darah meningkat buat sementara waktu kerana anda gugup atau bimbang dalam penetapan perubatan.

Namun, jika doktor anda mendapati bacaan tekanan darah normal anda melebihi 140/90 pada dua temujanji berasingan, sama ada hanya rasa panik semasa doktor melakukan pemeriksaan atau anda mempunyai salah satu daripada faktor risiko yang disebutkan di atas, doktor mungkin akan mendiagnosis anda dengan hipertensi  kerana anda mungkin mempunyai tanda darah tinggi semasa mengandung.

Siapa Berisiko Alami Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

Anda berisiko lebih tinggi untuk mengalami tekanan darah tinggi semasa hamil jika anda:

  • Sedang mengandung anak pertama anda
  • Berat badan berlebihan atau obes sebelum anda hamil
  • Berumur 40 tahun ke atas
  • Mempunyai sejarah PIH atau preeklampsia
  • Wanita yang mengandung anak kembar 

Cara Kurangkan Risiko Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil

Walaupun tiada cara spesifik untuk mencegah tekanan darah tinggi semasa kehamilan, anda boleh melakukan beberapa cara bagi memastikan diri anda dan bayi anda sihat sebaik mungkin sepanjang kehamilan anda. 

#1. Kurangkan berat badan

Mengurangkan berat badan dan membentuk berat badan ideal sebelum hamil akan membantu mengurangkan risiko anda mengalami penyakit ini.

#2. Amalkan gaya hidup sihat

tekanan darah tinggi, darah tinggi, bacaan tekanan darah, kesan darah tinggi, bacaan darah tinggi, bacaan tekanan darah normal, tanda darah tinggi

Pilihan gaya hidup yang sihat boleh membantu mengawal tekanan darah anda. Contohnya kekal aktif dengan bersenam. Bersenam adalah salah satu kunci kepada kehamilan yang sihat.

Satu kajian kecil menunjukkan bahawa apabila wanita hamil yang berlebihan berat badan berjalan dengan lebih kerap, mereka boleh menurunkan tekanan darah mereka.

Namun begitu, pastikan anda berbincang dengan doktor anda dahulu sebelum bersenam ya. Mungkin terdapat had pada perkara yang boleh anda lakukan.

#3. Jumpa doktor dengan segera

Sebaik sahaja anda rasa anda mungkin hamil, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pengesahan dan nasihat awal. Pastikan juga anda pergi ke semua temujanji pranatal yang telah dijadualkan.

Bincangkan dengan doktor anda mengenai cara untuk mengurangkan masalah hipertensi. Doktor anda akan mengambil ujian tekanan darah anda sepanjang kehamilan dan mungkin meminta anda untuk memantaunya di rumah.

#4. Ambil vitamin pranatal

Anda memerlukan lebih banyak nutrien semasa hamil. Menurut beberapa kajian, dua daripada nutrien penting iaitu asid folik dan kalsium boleh mengurangkan risiko anda untuk menghidap darah tinggi semasa hamil.

Walau apa sekalipun, pastikan anda mengambil vitamin pranatal dengan dua nutrien ini pada setiap hari. Ini bagi membantu mencegah kecacatan kelahiran dan membantu memastikan anda dan bayi sihat.

#5. Makan makanan yang sihat

tekanan darah tinggi, darah tinggi, bacaan tekanan darah, kesan darah tinggi, bacaan darah tinggi, bacaan tekanan darah normal, tanda darah tinggi

Pastikan makanan yang anda ambil ketika hamil adalah berkhasiat. Buah-buahan, sayur-sayuran, roti bijirin penuh, daging tanpa lemak dan produk tenusu rendah lemak adalah yang terbaik untuk anda ambil setiap hari.

Tanya juga doktor sama ada anda perlu mengurangkan pengambilan garam dan jika anda kekurangan berat ketika hamil, ketahui juga bagaimanakah cara untuk anda menambahkan berat badan dengan sihat.

#6. Elakkan alkohol dan rokok

Doktor tidak tahu sama ada terdapat jumlah yang selamat untuk wanita minum alkohol, jadi lebih baik untuk anda mengelakkannya. Begitu juga dengan merokok.

Sememangnya, berhenti merokok atau minum alkohol agak sukar bagi mereka yang selalu mengambilnya sejak dari sebelum hamil. Namun ingat, ini adalah cara paling baik untuk meningkatkan peluang bayi anda dilahirkan sihat. Jika anda tidak boleh berhenti sendiri, dapatkan bantuan daripada pakar.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Semoga bermanfaat!

  1. WebMD (Apr 22, 2021). Potential Complication: Gestational Hypertension. www.webmd.com/baby/potential-complication-gestational-hypertension
  2. What to Expect (Nov 2, 2020) High Blood Pressure During Pregnancy (Gestational Hypertension). www.whattoexpect.com/pregnancy/high-blood-pressure/#causes

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Jenis Makanan Terbaik Untuk Penghidap Darah Tinggi, Bagus Untuk Turunkan Tekanan Darah!

Baca juga: Apa Khasiat Daun Sup Untuk Ibu Hamil? Ia Boleh Kurangkan Tekanan Darah Tinggi!

Baca juga: Berlari Ketika Hamil Boleh Bahayakan Kandungan Jika Bakal Ibu Tak Buat 4 Perkara Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Athirah

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Cara Elak Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil, Ibu Berisiko Alami Kelahiran Pramatang!
Kongsikan:
  • Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Hamil , Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

    Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Hamil , Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

  • Ibu Perlukan Rawatan Muka? Boleh Saja Tapi Sebaiknya Elak Lakukan Jenis Rawatan Muka Ini Kerana Ditakuti Merbahayakan Bayi Dalam Kandungan

    Ibu Perlukan Rawatan Muka? Boleh Saja Tapi Sebaiknya Elak Lakukan Jenis Rawatan Muka Ini Kerana Ditakuti Merbahayakan Bayi Dalam Kandungan

  • Pengalaman Hamil Anak Kembar, Pakar Kongsikan 7 Perkara Penting Ibu Kena Take Note

    Pengalaman Hamil Anak Kembar, Pakar Kongsikan 7 Perkara Penting Ibu Kena Take Note

  • Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Hamil , Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

    Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Hamil , Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

  • Ibu Perlukan Rawatan Muka? Boleh Saja Tapi Sebaiknya Elak Lakukan Jenis Rawatan Muka Ini Kerana Ditakuti Merbahayakan Bayi Dalam Kandungan

    Ibu Perlukan Rawatan Muka? Boleh Saja Tapi Sebaiknya Elak Lakukan Jenis Rawatan Muka Ini Kerana Ditakuti Merbahayakan Bayi Dalam Kandungan

  • Pengalaman Hamil Anak Kembar, Pakar Kongsikan 7 Perkara Penting Ibu Kena Take Note

    Pengalaman Hamil Anak Kembar, Pakar Kongsikan 7 Perkara Penting Ibu Kena Take Note

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.