X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Induce Semasa Dalam Proses Bersalin, Selamat Atau Tidak? Benarkah Ia Sangat Sakit?

4 min bacaan
Induce Semasa Dalam Proses Bersalin, Selamat Atau Tidak? Benarkah Ia Sangat Sakit?

Bersalin induce ialah satu proses bersalin secara paksaan, iaitu melalui kapsul atau gel yang dimasukkan ke vagina. Adakah ia selamat untuk anda dan bayi?

Jika anda merupakan seorang bakal ibu buat pertama kali, anda mungkin mempunyai seribu satu soalan tentang kehamilan dan proses bersalin. Dan salah satu soalan yang paling biasa didengari ialah bersalin induce.

Bersalin induce ialah satu proses bersalin secara artifisial, iaitu selalunya melalui kapsul atau gel yang dimasukkan melalui vagina. Ringkasnya, ia mempercepatkan proses bersalin.

Bila induce semasa bersalin dilakukan?

bersalin induce

Bagi kebanyakkan ibu, mereka boleh bersalin tanpa memerlukan induce kerana ia terjadi secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa situasi yang menyebabkan kelahiran atau proses bersalin induce. Antaranya seperti:

  • Anda sudah lebih 2 minggu dari tarikh bersalin (overdue)
  • Air ketuban telah pecah tapi tiada tanda bersalin
  • Sekiranya terdapat jangkitan uterus yang dipanggil chorioamnionitis
  • Bayi berhenti membesar (fetal growth restriction)
  • Air ketuban tidak mencukupi
  • Anda ada diabetis
  • Anda ada darah tinggi
  • Placenta mulai tercerai dari dinding uterus sebelum kelahiran (placental abruption)
  • Mempunyai keadaan medikal seperti sakit buah pinggang atau obesiti

Keadaan-keadaan ini akan menyebabkan doktor menyarankan induce supaya tidak berisiko terhadap bayi dan ibu.

Bagaimana bersalin induce?

bersalin induce

Sebelum induce, doktor akan memulakan proses yang disebut sebagai cervical sweep atau membrane sweep.

Doktor akan menyapu jari mereka keliling serviks untuk menceraikan membran di antara kantung air ketuban dan serviks. Ini akan menyebabkan hormon membantu proses kelahiran.

Walaubagaimanapun, di dalam sesetengah kes, membrane sweep ini saja tidak cukup, maka doktor akan bertanya jika anda mahu induce.

Proses induce sangat ringkas, ia hanya melibatkan memasukkan tablet yang dipanggil pessary atau gel ke dalam vagina.

Kemudian apa yang anda perlu lakukan ialah menunggu hingga adanya kontraksi. Bagi sesetengah ibu, doktor akan membenarkan mereka pulang ke rumah.

Juga bagi sesetengah kes, tablet dan gel tidak berkesan, maka doktor akan memberi sekali lagi tablet atau gel. Bagi yang telah mula kontraksi, proses seterusnya adalah bersalin semulajadi.

Ada risiko ke jika melakukan induce?

bersalin induce

Zaman sekarang, induce adalah perkara biasa. Selalunya ia merupakan sesuatu yang tidak perlu dirisaukan oleh ibu jika ia disarankan oleh doktor.

Tapi bagi sesetengah kes apabila ibu memilih untuk induce tanpa sebab perubatan, terdapat risiko pada bayi kerana bayi mungkin dilahirkan tidak cukup bulan atau premature.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna komplikasi tidak boleh berlaku dari proses bersalin induce. Berikut adalah beberapa risiko yang perlu para ibu tahu:

  • Kegagalan induce. Lebih kurang 75% ibu-ibu yang induce berjaya bersalin dengan selamat. Namun, terdapat 25% ibu yang terpaksa berakhir dengan pembedahan c-section.
  • Kadar degupan jantung rendah. Ubat yang digunakan oleh doktor semasa proses induce kadang-kala boleh menyebabkan kontraksi yang tidak normal dalam masa yang sama membuatkan kadar degupan jantung menurun serta bekalan oksigen yang berkurang.
  • Uterine rupture (uterus tercerai). Ini adalah keadaan yang sangat jarang terjadi di mana uterus terkoyak akibat kesan daripada pembedahan C-section terdahulu. Di dalam keadaan ini, membuang uterus adalah pilihan terbaik untuk menyelamatkan nyawa ibu.
  • Jangkitan. Sesetengah proses induce boleh meningkatkan risiko jangkitan untuk ibu dan bayi, di dalam kes di mana membran terpaksa dipecahkan.
  • Pendarahan berlebihan. Proses induce kadang-kala boleh menyebabkan otot uterin tidak dapat menyecut dengan betul selepas bersalin, dan ini boleh menyebabkan pendarahan berlebihan.

Syarat utama ialah untuk sentiasa mendengar apa yang disarankan oleh doktor tentang proses bersalin dan pertimbangkan semua risiko dan pilihan terbaik untuk ibu dan bayi.

Adakah terdapat cara untuk induce secara natural?

Induce Semasa Dalam Proses Bersalin, Selamat Atau Tidak? Benarkah Ia Sangat Sakit?

Terdapat juga cara induce secara natural terutamanya buat para ibu yang  sudah melebihi tarikh bersalin mereka. Berikut adalah beberapa cara:

  • Bersenam. Senaman ringkas seperti berjalan menaiki tangga atau keliling rumah boleh mempercepatkan proses bersalin.
  • Seks. Seks membantu mengurangkan oksitoksin yang boeleh membuatkan kontraksi bermula. Seks semasa bayi sudah cukup bulan adalah selamat, jadi jangan risau akan keselamatan bayi.
  • Meransang puting payudara. Meransang puting payudara sama ada secara manual atau pam susu boleh membantu memulakan kontraksi untuk bersalin.
  • Akupuntur. Sesetengah orang percaya yang akupuntur boleh mempercepatkan bersalin. Penting untuk mendapatkannya dari orang yang mempunyai lesen.
  • Sesetengah jenis makanan. Terdapat sesetengah jenis makanan seperti nenas, makanan pedas yang dipercayai boleh mempercepatkan proses bersalin. Namun penting untuk mendapatkan pendapat doktor terlebih dahulu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  3 Pengalaman Bersalin Induce - Pengorbanan Besar Ibu Yang Harus Dipuji

Baca juga: Kontrasi Teruk Tapi Bukaan Tak ADA, Ini 3 Jenis Induced Ubat & Semulajadi Yang Boleh Bantu

Baca juga:  4 Perkara Yang Patut Anda Lakukan Apabila Lambat Bersalin (Overdue)

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Induce Semasa Dalam Proses Bersalin, Selamat Atau Tidak? Benarkah Ia Sangat Sakit?
Kongsikan:
  • 3 Pengalaman Bersalin Induce - Pengorbanan Besar Ibu Yang Harus Dipuji

    3 Pengalaman Bersalin Induce - Pengorbanan Besar Ibu Yang Harus Dipuji

  • Parut selepas bersalin czer sebabkan wanita ini mandul dan tak subur!

    Parut selepas bersalin czer sebabkan wanita ini mandul dan tak subur!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • 3 Pengalaman Bersalin Induce - Pengorbanan Besar Ibu Yang Harus Dipuji

    3 Pengalaman Bersalin Induce - Pengorbanan Besar Ibu Yang Harus Dipuji

  • Parut selepas bersalin czer sebabkan wanita ini mandul dan tak subur!

    Parut selepas bersalin czer sebabkan wanita ini mandul dan tak subur!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.