X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

9 Tips Untuk Elak Bersalin Secara Pembedahan/Ceaser, Ibu-Ibu Kena Prepare Awal!

5 min bacaan
9 Tips Untuk Elak Bersalin Secara Pembedahan/Ceaser, Ibu-Ibu Kena Prepare Awal!

Ceaser atau bersalin secara pembedahan boleh dielakkan sekiranya ibu membuat persediaan yang lebih awal bagi memastikan anda dan bayi sihat

Bersalin secara pembedahan boleh terjadi disebabkan oleh pilihan ibu ataupun komplikasi kelahiran. Namun bagi anda yang masih berbadan dua, ada beberapa tips untuk elakkan bersalin ceaser.

Kebanyakan kelahiran czer secara kecemasan adalah keputusan terakhir dibuat oleh doktor bagi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi semasa bersalin.

Cara elak bersalin ceaser atau czer

cara bersalin normal elak caesar

Jika anda ingin mengelakkan risiko C-section, terdapat beberapa cara untuk membolehkan anda melalui kelahiran secara normal. Paling penting adalah persediaan dari awal dan pastikan kesihatan ibu serta bayi dalam kandungan dalam keadaan baik.

1. Ambil kelas bersalin normal

Dapatkan maklumat lanjut tentang cara mencegah pembedahan ceaser dengan mengikuti kelas kelahiran normal.

Ia biasanya meliputi teknik pernafasan, dan cara untuk melalui proses bersalin tanpa sebarang ubat sakit.

Selain itu ibu boleh belajar cara berdepan dengan sakit kontraksi secara semula jadi iaitu melalui kedudukan badan dan senaman pernafasan agar bayi mudah dilahirkan.

2. Menjaga pemakanan dan kekal aktif

Advertisement

Makan makanan yang seimbang dan sihat semasa kehamilan anda. Setiap proses bersalin sememangnya memerlukan tenaga. Jika ia adalah kelahiran pertama, biasanya memakan masa lebih 10 jam di dewan bersalin.

Justeru mulakan dari awal. Selalu amalkan diet yang sihat dengan ambil banyak protein, buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks supaya proses bersalin menjadi lebih mudah.

Pastikan diet harian anda terdiri daripada:

  • lima bahagian buah segar atau beku
  • enam auns atau kurang protein seperti daging, ikan, telur, soya atau tauhu
  • tiga hingga empat hidangan sayur-sayuran segar atau beku
  • enam hingga lapan hidangan bijirin seperti roti, nasi, pasta dan bijirin sarapan pagi
  • dua hingga tiga hidangan tenusu seperti yogurt dan keju keras

3. Kawal berat badan

cara elak bersalin caesarean pembedahan

Kebanyakan ibu mengandung akan mengalami perubahan fizikal dan peningkatan berat badan seiring pertambahan usia kehamilan.

Namun jangan amalkan konsep ‘makan untuk dua orang’. Hal ini kerana berat badan yang berlebihan ketika hamil boleh menjadi salah satu risiko terbesar untuk memerlukan pembedahan ceaser.

Ia juga penting untuk anda mengekalkan berat badan yang sihat mengikut umur anda. Anda boleh mengira Indeks Jisim Badan (BMI) menggunakan kalkulator BMI dalam talian dan tentukan berapa banyak kalori sehari yang perlu anda makan bagi mengekalkan berat badan yang sihat.

Sekiranya ibu bimbang tentang tabiat pemakanan harian dan menghidap diabetes semasa mengandung, dapatkan nasihat doktor dan ikuti garis panduan pemakanan yang khusus.

4. Bersenam dan kekal aktif sepanjang kehamilan

Senaman sederhana juga akan membantu anda kekal cergas dan bersedia untuk melalui proses bersalin. 

Lakukan senaman berimpak rendah seperti berenang, berjalan dan yoga. Namun elakkan senaman di mana anda berbaring telentang selepas trimester pertama, serta aktiviti yang meningkatkan risiko terjatuhseperti bermain ski, meluncur dan menunggang kuda.

5. Banyakkan berehat, terutamanya semasa trimester terakhir

Kebanyakan wanita hamil memerlukan lebih banyak tidur kerana keadaan perut yang semakin besar dan penat lebih daripada biasa.

Ia boleh menjadi sukar untuk mendapatkan kedudukan yang selesa ketika trimester ketiga. Justeru cuba berbaring di sebelah kiri anda, dengan kaki bengkok.

Anda boleh menggunakan bantal badan atau beberapa bantal di bahagian bawah punggung untuk tidur dengan selesa.

6. Jangan pergi ke hospital terlebih awal

Pergi terlalu awal ke hospital, semasa anda masih dalam peringkat awal bersalin boleh membawa kepada campur tangan yang tidak perlu semasa bersalin, termasuk kemungkinan czer.

Fasa pertama bersalin adalah yang paling lama, dengan kontraksi ringan. Berjalan-jalan dan mencangkung semasa fasa ini akan membantu proses bersalin dalam cara yang sihat dan normal.

Ia selalunya memakan masa dan perlu menunggu iaitu sekurang-kurangnya enam sentimeter pembukaan laluan bersalin.

Jika sakit kontraksi semakin kerap terasa, barulah untuk segera ke hospital berdekatan.

7. Elak kena induce

tips bersalin normal

Selagi anda dan bayi sihat semasa bersalin, sebaiknya elakkan induksi bersalin. Kajian menunjukkan bahawa induksi semasa bersalin boleh meningkatkan kemungkinan anda menjalani pembedahan cesarean.

Selain itu, cuba elakkan “induksi elektif,” yang merupakan induksi yang dilakukan semata-mata untuk kemudahan, bukannya keperluan.

Sebaliknya, bersandar pada pasangan dan gunakan teknik pernafasan  yang anda pelajari dalam kelas bersalin untuk mempercepatkan kelahiran.

8. Jangan dapatkan epidural terlalu cepat

Jika ibu memutuskan untuk mendapatkan epidural terlalu awal (sebelum kontraksi aktif), ia berpotensi untuk melambatkan dan menghentikan kelahiran anda.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Penyedia perubatan anda kemudiannya perlu mengatasi ubat epidural dengan Pitocin, bentuk sintetik oksitosin (hormon yang menyebabkan kontraksi anda), iaitu ubat yang mereka gunakan untuk induksi.

Jika anda mendapat epidural terlalu cepat, Pitocin kadangkala tidak akan membantu.

9. Biarkan air ketuban pecah secara semula jadi

Biasanya doktor akan memberitahu ibu bahawa mereka akan memecahkan air ketuban. Pada masa inilah anda harus bertanya mengapa doktornya merasakan perlu memecahkan airnya pada masa ini. Ia mungkin pilihan yang baik, tetapi anda mungkin mahukan lebih banyak masa.

Doktor mungkin mengatakan bahawa ia akan membantu mempercepatkan anda bersalin, TETAPI pecah ketuban dengan bantuan doktor telah menunjukkan bukan cara yang berkesan untuk mempercepatkan kelahiran.

Ia hanya menyebabkan kontraksi anda menjadi lebih menyakitkan, dan degupan jantung bayi anda menurun.

Hal ini kerana air tidak lagi melindungi dan mengelilingi bayi dan tali pusatnya. Justeru adalah lebih baik untuk membiarkan air ketuban pecah dengan sendiri melainkan ia diperlukan dari segi perubatan.

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan, sebaik sahaja air ketuban dipecahkan, peraturan biasa ialah ibu mestilah melahirkan bayi dalam masa 24 jam sebelum ditolak ke dewan bedah untuk menjalani pembedahan ceaser.

Semoga bermanfaat!

WikiHow

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Waspada Bila Bergerak, Ini Cara Bangun Dari Katil Tidur Selepas Bersalin Secara Pembedahan

Baca juga: Begini Proses Bersalin Secara Czer Dilakukan, Para Ibu Wajib Tahu Sebelum Bersalin!

Baca juga: Pedulikan Kata Orang, Ini 5 Sebab Anda Perlu Berasa HEBAT & Bangga Bersalin Czer

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 9 Tips Untuk Elak Bersalin Secara Pembedahan/Ceaser, Ibu-Ibu Kena Prepare Awal!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham