TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Begini Proses Bersalin Secara Czer Dilakukan, Para Ibu Wajib Tahu Sebelum Bersalin!

4 min bacaan
Begini Proses Bersalin Secara Czer Dilakukan, Para Ibu Wajib Tahu Sebelum Bersalin!

Pembedahan bersalin czer sering memberi gambaran menakutkan kepada mana-mana ibu. Justeru pengetahuan mengenainya dapat membantu anda berasa lebih tenang

Tidak semua ibu boleh bersalin secara normal. Jika ibu hamil mengalami beberapa komplikasi kehamilan, proses bersalin secara pembedahan (c-section) terpaksa dilakukan. Anda pernah tengok pembedahan bersalin video?

Proses bersalin czer boleh jadi secara kecemasan mahupun sebagai satu kaedah bersalin yang telah dirancang. Biasanya jika dalam kes kecemasan, ia adalah disebabkan oleh beberapa komplikasi kehamilan yang boleh menjejaskan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.

Proses pembedahan bersalin yang ibu perlu ketahui

bersalin czer

foto: freepik

Dalam proses bersalin secara caesar, ibu hamil akan menjalani beberapa proses. Ia bermula dengan pemeriksaan janin, kemudian sesi membius, memotong dan menjahit.

Sebelum operasi pembedahan dilakukan, doktor akan melakukan USG dan memantau degupan jantung janin terlebih dahulu. Ini untuk memutuskan bila operasi caesar akan dijalankan.

Selepas semua kelengkapan siap, doktor akan membersihkan bahagian perut ibu hamil dan akan memasang IV line untuk memasukkan ubat.

Selain itu, katerer juga akan dimasukkan pada saluran air kencing ibu untuk mengalirkan air kencing.

Ibu kemudiannya akan ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan. Dalam bilik ini, anda akan diberi bius dan ubat pelali. 

Biasanya, ubat bius yang disuntik pada tulang belakang ibu akan membuatkan bahagian bawah tubuh ibu, malah kawasan perut akan terasa kebas dan lama kelamaan kehilangan rasa.

Tapi, ibu masih akan berada dalam keadaan sedar. Cuma dalam beberapa keadaan darurat saja, ubat bius itu akan membuatkan ibu tertidur. 

proses bersalin czer

credit to sources

Selepas memastikan semua ubat bius berkesan, doktor akan mula melakukan pemotongan dalam bentuk horizontal tepat ke atas garisan kemaluan ibu. 

Pemotongan juga boleh dilakukan dalam bentuk vertikal di bawah pusat ke garis kemaluan. Selepas pemotongan pada dinding perut selesai, doktor juga akan membuat pemotongan di bahagian rahim ibu.

Jika kantung ketuban bayi masih belum pecah, doktor akan memecahkannya untuk mengeluarkan bayi dari perut.

Waktu yang diperlukan untuk memotong dan mengeluarkan bayi sebenarnya amat singkat — dalam masa 5 minit saja!

Pembedahan bersalin: Apa prosedur selepas bersalin czer?

Selepas bayi dikeluarkan, doktor akan memeriksa dan membersihkan bayi. Seterusnya, tali pusat akan dipotong dan uri akan diambil. Doktor kemudiannya akan menjahit perut ibu dengan berhati-hati. Proses ini mengambil masa selama 45 minit.

Proses bersalin czer memerlukan masa penyembuhan dan pantang yang lebih lama berbanding bersalin normal.

Ibu biasanya akan ditahan di hospital selama 3 hingga 5 hari. Proses berpantang pula mungkin akan mencapai sehingga 6 atau 8 minggu.

Sebab kenapa ibu perlu bersalin secara pembedahan

bersalin secara caesar

credit to sources

  • Bukaan rahim tidak cukup 10cm. Meskipun ibu sudah merasai sakit kontraksi yang kuat beberapa jam, ada kes bukaan rahim belum mencapai 10cm. Ia mungkin disebabkan oleh kepala bayi anda terlalu besar atau tidak dapat melalui birth canal
  • Bayi songsang. Bersalin secara czer mungkin cara paling selamat bagi mengeluarkan bayi yang berada dalam kedudukan songsang (breech) atau melintang (tranverse)
  • Masalah pada uri (placenta). Jika anda mengalami masalah placenta previa, di mana uri menutupi pintu rahim, bersalin secara pembedahan adalah jalan yang paling selamat
  • Masalah tali pusat bayi. Jika tali pusat telah keluar terlebih dahulu sebelum bayi anda, pembedahan kecemasan perlu dilakukan dengan segera bagi menyelamatkan nyawanya
  • Mengandung kembar. Kandungan kembar biasanya cenderung dalam kedudukan abnormal. Justeru pembedahan dilakukan jika bayi perlu dilahirkan tidak cukup bulan atau berdepan masalah lain

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Aulia Trisna dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Kredit foto: Google Images

Stories Rakan Kongsi
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Baca juga: 23 Perkara Ini Ibu Berpantang Czer Perlu ELAK Supaya Kesan Jahitan Tidak Terbuka

Baca juga: Pedulikan Kata Orang, Ini 5 Sebab Anda Perlu Berasa HEBAT & Bangga Bersalin Czer

Baca juga: ”Kepala Bayi Dekat Sangat Dengan Uri,” Doktor Terbelah Muka Bayi Ketika Proses Czer

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Begini Proses Bersalin Secara Czer Dilakukan, Para Ibu Wajib Tahu Sebelum Bersalin!
Kongsikan:
  • Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
    Stories Rakan Kongsi

    Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
    Stories Rakan Kongsi

    Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham