X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pedulikan Kata Orang, Ini 5 Sebab Anda Perlu Berasa HEBAT & Bangga Bersalin Czer

4 min bacaan
Pedulikan Kata Orang, Ini 5 Sebab Anda Perlu Berasa HEBAT & Bangga Bersalin Czer

Pengalaman caesar dilalui rata-rata ibu bukanlah sesuatu yang mudah, namun tidak mustahil. Meskipun berdepan sakit begitu lama, namun anak adalah kekuatan

Melahirkan seorang zuriat buat suami tercinta bukanlah suatu perkara yang mudah. Bermula dengan awal kehamilan, ibu akan mengalami banyak perubahan pada diri. Jika ditakdirkan perlu berdepan pengalaman caesar, rata-rata ibu tidak gentar dan sanggup korbankan nyawa sendiri asalkan anak dilahirkan dengan selamat.

Walau bagaimanapun, sikap sesetengah masyarakat kita memandang bersalin melalui kaedah pembedahan ini remeh kerana anda tidak merasai sakit kontraksi yang sebenar sehingga ada ibu berasa malu tidak dapat melahirkan anak secara normal.

Sebab kita perlu kagum dengan ibu yang melalui pengalaman caesar ketika bersalin

bersalin caesarean

foto: arah saunders

Jika sebelum ini tular mengenai seorang pelakon Hollywood terkenal iaitu Kate Winslet mengatakan kepada orang ramai bahawa kelahiran anak sulungnya adalah normal, namun hakikatnya dia bersalin secara caesar. 

Hal ini telah disembunyikan selama 4 tahun sebelum dia mengakui terpaksa menjalani pembedahan Caesarean kecemasan. Dia berbuat demikian kerana berasa malu dan seolah-olah ibu yang gagal kerana tidak bersalin normal seperti orang lain.

Sebenarnya, ada banyak sebab mengapa seluruh masyarakat patut bangga dengan ibu yang melalui pengalaman caesar. Antaranya ialah:

#1. Melalui pembedahan major

Setelah diberikan bius, maka bermulalah proses torehan pada perut ibu. Dalam tidak sedar, rupanya anda yang bersalin secara caesarean ini telah melalui pembedahan major iaitu ia melibatkan organ-organ badan mustahak, berisiko dan boleh meragut nyawa.

Bukan itu sahaja, proses pembedahan menoreh tujuh lapisan perut ini bukanlah perkara main-maian kerana berdepan pelbagai komplikasi atau pendarahan yang banyak selepas pembedahan.

#2. Sukar bergerak namun mampu menguruskan bayi

fakta bersalin secara czer

credit to sources

Ibu yang melalui proses bersalin czer ini juga dilihat amat kuat dan tabah ketika keadaan diri masih luka. Setelah ubat bius hilang, nak bergerak sedikit pun rasa seperti dihiris-hiris.

Hari pertama selepas pembedahan tidak digambarkan betapa seksanya nak bangun ke tandas, berjalan sambil menahan perut. Sakitnya menyengat!

Itu belum lagi kena uruskan bayi apabila sudah dihantar ke sebelah katil. Pada mulanya agak huru-hara sebab rasa susah nak bergerak, uruskan bayi dan diri sendiri. Anda bukan manja, hanya ibu yang melaluinya sahaja tahu peritnya.

#3. Ibu sanggup ambil risiko demi bayi

Sekiranya diberikan pilihan, sudah tentu rata-rata ibu memilih untuk bersalin normal. Apabila ditakdirkan melalui pembedahan caesarean ini, hanya Allah sahaja tahu perasaan dan berat hati bagi menandatangi surat persetujuan.

Alasan ibu bersetuju untuk dibedah adalah untuk menyelamatkan nyawa anak dalam kandungan. Waktu ini anda sudah tidak memikirkan pasal diri sendiri, hanya anak yang menjadi keutamaan. 

#4. Berdepan sakit kontraksi teruk sebelum pembedahan

Kebanyakan ibu sebenarnya sudah melalui sakit kontraksi yang teruk sebelum pembedahan. Walaupun sudah mencuba, namun takdir untuk beranak normal bukan tertulis untuk anda. Apabila tempoh kontraksi terlalu panjang, ibu juga mengalami kesakitan yang sama seperti bersalin normal.

Malah ada yang telah diinduce, namun masih juga tiada bukaan. Akhirnya terpaksa akur dengan pembedahan, jadi bergandalah kesakitan tu!

#5. Anda melalui proses pemulihan yang lebih lama

ibu bersalin pembedahan

credit to sources

Secara umumnya proses pemulihan selepas bersalin caesar memakan masa yang lebih lama dari normal, malah mungkin bertahun. Ketika bayi selamat dilahirkan, dunia seorang ibu hanyalah anak.

Meskipun berdepan kesukaran dan kesakitan, dengan melihat wajah anak menjadi penawar agar diri sentiasa kuat. Bagi ibu bersalin normal, minggu-minggu pertama kehadiran bayi adalah sangat melelahkan apatah lagi jika anda yang bersalin caesar ini.

Ibu perlu menjalani hari dengan penuh berhati-hati, menjaga luka jahitan di perut dan mengurus bayi sendiri setelah cuti suami telah habis.

Hal ini membuatkan anda menjadi wanita lebih kuat, tidak mengendahkan rasa sakit demi memberikan yang terbaik buat bayi dan pasangan.

Justeru, jangan sesekali berasa rendah diri atau berkecil hati jika anda tidak melahirkan anak secara normal. Anda tetap seorang ibu yang hebat!

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Sumber: Dunia Mama dan Si Manja

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pakar Kongsi Waktu Yang SELAMAT Untuk Hamil Lagi Setelah Caesar, Ibu Sila Take Note!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Pedulikan Kata Orang, Ini 5 Sebab Anda Perlu Berasa HEBAT & Bangga Bersalin Czer
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham