X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Kalau Nak Luka Bersalin Cepat Sembuh, Kena Disiplin Amalkan 7 Jenis Makanan Ini

4 min bacaan
Ibu Kalau Nak Luka Bersalin Cepat Sembuh, Kena Disiplin Amalkan 7 Jenis Makanan Ini

Bagi ibu yang menjalani proses kelahiran secara pembedahan atau caesar, perkara utama adalah menjaga makanan selepas bersalin supaya luka cepat sembuh.

Sebaik sahaja selamat melahirkan zuriat buat suami tercinta, para ibu akan melalui suatu tempoh yang dipanggil sebagai berpantang. Antara perkara paling utama dalam tempoh ini adalah pengambilan makanan selepas bersalin. Ia adalah sangat penting bagi mempercepatkan luka caesar atau normal kembali pulih tanpa sebarang masalah.

Justeru, ibu perlulah mengelakkan diri dari mengambil makanan dalam kategori panas, berangin, sejuk atau tajam kerana dikhuatiri menjejaskan luka bersalin dan kesihatan dalaman.

Jenis makanan selepas bersalin secara czer

jenis makanan bersalin caesar

credit to sources

Meskipun zaman nenek moyang telah meletakkan pelbagai kepercayaan dan adat ketika berpantang, namun menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, tiada kajian saintifik menunjukkan terdapat makanan yang boleh membahayakan ibu selepas bersalin.

Perkara yang menjadi kunci adalah kaedah berpantang dengan menekankan pengambilan makanan sihat bagi mengembalikan semula tahap kesihatan dan tenaga ibu.

Manakala, jangka masa berpantang adalah berbeza mengikut kaum dan negeri di Malaysia. Contohnya ibu melayu berpantang selama 30 hingga 100 hari dan kaum cina serta india hanya 30 hari sahaja.

Antara makanan yang membantu luka bersalin segera sembuh ialah:

#1. Kacang badam

Ibu Kalau Nak Luka Bersalin Cepat Sembuh, Kena Disiplin Amalkan 7 Jenis Makanan Ini

Kredit: Freepik

Kacang badam memiliki pelbagai kebaikan untuk kesihatan manusia. Ia mengandungi lemak, protein, serat, karbohidrat dan pelbagai jenis mikro vitamin seperti B12 dan vitamin E. Selain itu, ia turut membantu memudahkan proses pencernaan, mengelakkan masalah sembelit dan membuatkan anda berasa kenyang.

#2. Bijirin

Selain mengambil nasi putih, ibu boleh cuba menggantikannya dengan bijirin kerana ia dikatakan lebih sihat. Dalam hal ini, ia mengandungi nutrisi penting dalam menu berpantang selepas bersalin secara pembedahan.

Bijirin lain seperti roti turut mempunyai nutrisi dan vitamin dapat mengembalikan semula tenaga ibu yang hilang ketika proses kelahiran bayi.

#3. Pengambilan kunyit

makanan menyembuhkan luka bersalin

credit to sources

Kunyit dikatakan memiliki pelbagai kebaikan kepada ibu berpantang. Ia memiliki sifat antiradang dan mempunyai nutrisi mikro lain seperti serat, kalium, magnesium, vitamin C dan B.

Selain itu, kunyit dapat menggalakkan kadar penyembuhan luka yang cepat dan menghindarkan kelesuan dalam menghadapi tekanan awal setelah memiliki bayi kecil.

#4. Bawang putih

Bagi ibu yang tidak tahu, bawang putih boleh membantu dalam mengawal berat badan semasa anda dalam pantang. Bukan itu sahaja, ia memiliki sifat antibakteria bagi mengelakkan jangkitan pada luka selepas ibu bersalin.

#5. Variasi buah dan sayuran

Ibu Kalau Nak Luka Bersalin Cepat Sembuh, Kena Disiplin Amalkan 7 Jenis Makanan Ini

Kredit: Freepik

Selain mengambil herba, buah dan sayur-sayuran berpotensi dalam mengembalikan semula tenga tubuh. Anda dinasihatkan untuk mengambil buah oren dan blueberry kerana ia mengandungi antioksida yang tinggi.

Manakala, sayuran hijau seperti kangkung, sawi dan brokoli mempunyai sumber zat besi yang baik untuk memulihkan luka selepas pembedahan caesar.

#6. Halia

Dalam hidangan berpantang, halia kebiasaannya herba paling wajib dan mesti ada. Ia bersifat panas dan kering. Ibu digalakkan mengambil halia dengan banyak semasa berpantang untuk membantu mengeluarkan angin dari dalam badan, melancarkan proses penghadaman dan menghilangkan rasa sejuk.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Namun, jika bayi masih mengalami masalah kuning atau jaundis, ibu perlu mengelakkan makan halia buat sementara waktu kerana bimbang bacaan darahnya tidak turun.

#7. Pengambilan air yang mencukupi

cara percepatkan luka bersalin sembuh

credit to sources

Mengikut pantang orang dulu-dulu, ibu selepas bersalin dilarang mengambil air dalam kuantiti yang banyak pada satu masa. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan peranakan menjadi kembang, faraj longgar, melambatkan pengecutan rahim dan penyebab perut buncit.

Namun sebenarnya, air hendaklah diambil dalam kuantiti mencukupi pada setiap hari kerana ia dapat meningkatkan penghasilan susu badan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin.

Selain air putih, ibu juga disarankan ambil air pudina kerana ia dapat melegakan kesakitan disebabkan oleh angin yang terperangkap di dalam perut.

Cara menjaga luka agar cepat sembuh

  • Makan dan minum apabila anda berasa lapar atau dahaga. Ibu perlu ambil minuman secuckupnya dan sentiasa mengamalkan makanan kaya serat bagi mengelakkan sembelit.
  • Mengenakan pakaian labuh dan material kapas. Ibu dinasihatkan untuk mengenakan seluar dalam dengan saiz lebih besar selepas proses bersalin. Adalah lebih selesa jika anda memakai kain batik sahaja.
  • Cuci dan keringkan luka pada setiap hari. Ibu perlulah mandi seperti biasa, pastikan anda mencuci tubuh menggunakan sabun. Seterusnya lap dan keringkan seluruh bahagian menggunakan tuala yang bersih.

Sumber: The Zuriat

Image: credit to sources

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Parut Pembedahan Caesar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Ibu Kalau Nak Luka Bersalin Cepat Sembuh, Kena Disiplin Amalkan 7 Jenis Makanan Ini
Kongsikan:
  • Benarkah Seks Bantu Cepatkan Penyembuhan Luka Bersalin, Sejauh Mana Kebenarannya?

    Benarkah Seks Bantu Cepatkan Penyembuhan Luka Bersalin, Sejauh Mana Kebenarannya?

  • Risiko Bersalin Czer Boleh Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ, Pentingnya Penjagaan Luka Dengan Betul

    Risiko Bersalin Czer Boleh Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ, Pentingnya Penjagaan Luka Dengan Betul

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Benarkah Seks Bantu Cepatkan Penyembuhan Luka Bersalin, Sejauh Mana Kebenarannya?

    Benarkah Seks Bantu Cepatkan Penyembuhan Luka Bersalin, Sejauh Mana Kebenarannya?

  • Risiko Bersalin Czer Boleh Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ, Pentingnya Penjagaan Luka Dengan Betul

    Risiko Bersalin Czer Boleh Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ, Pentingnya Penjagaan Luka Dengan Betul

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.