Memiliki bayi dengan kulit putih dan mulus menjadi impian ramai ibu. Namun adalah cukup unik jika dikurniakan sepasang bayi kembar dengan berlainan warna kulit sehingga orang sekeliling tidak perasan yang sebenarnya mereka itu adalah kembar!
Jika sebelum ini anda mungkin sudah terbiasa dengan kisah bayi kembar seiras, bayi kembar tiga ataupun bayi kembar berlainan tahun. Namun kisah kali ini agak berbeza kerana bayi kembar ini memiliki dua warna kulit berbeza.
Wanita lahirkan bayi kembar dengan kulit putih dan gelap
Menurut laporan Kosmo, seorang wanita dari negara England menerima kejutan ‘hadiah paling bermakna’ apabila dia melahirkan sepasang bayi kembar dengan dua warna kulit yang berbeza.
Wanita berkenaan, Chantelle Broughton berusia 29 tahun selamat melahirkan bayi lelaki, Ayon dan pasangan kembarnya iaitu bayi perempuan bernama Azirah di Hospital Bandar Nottingham pada bulan April yang lalu.
Pasangan bayi kembar ini unik apabila Ayon memiliki kulit putih dan mata berwarna hijau, manakala Azirah berkulit sedikit gelap dan matanya warna coklat yang membuatkannya jauh berbeza dengan abangnya.
Pakar genetik mengatakan bahawa jenis kelahiran ini adalah luar biasa, mungkin ia terjadi satu dalam sejuta.
Difahamkan Chantelle dan suaminya, Ashton memiliki darah campuran kerana wanita berkulit cerah tersebut mempunyai datuk sebelah ibu berasal dari Nigeria.
Manakala Ashton pula mempunyai darah kacukan Jamaica dan Scotland. Chantelle berkata, anak kembarnya tidak kelihatan berbeza ketika awal kelahiran mereka.
Akan tetapi sejak empat bulan lepas mereka menunjukkan perubahan ketara dari segi warna kulit yang membuatkan Azirah kelihatan sedikit gelap.
Tambah Chantelle, selain penampilan bayi kembarnya yang berbeza, mereka itu juga memiliki personaliti bertentangan antara satu sama lain.
”Saya sangat gembira mereka dilahirkan dengan begitu unik. Sebagai ibu saya tidak akan menukarkan keadaan ini dengan apa-apa pun yang ada di dunia,” kata Chantelle.
Warna kulit anak mengikuti siapa
Hari demi hari ibu akan menyedari gambar bayi baru lahir dengan yang sekarang ada banyak perbezaan. Rupa paras dan warna kulit bayi akan mengalami perubahan seiring dengan pertambahan usia si manja.
Secara amnya semasa awal kelahiran, kulit bayi merah gelap hingga ungu. Namun selepas hari pertama, kulit bayi yang merah ini biasanya akan mula pudar.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Penyelidikan dan Teknologi Kulit menunjukkan bahawa, kulit bayi berubah dengan ketara mengikut usia.
Para penyelidik menyatakan bahawa kulit bayi menjadi lebih cerah dan kurang merah antara 2-20 bulan. Bagi anda yang tertanya-tanya warna kulit anak mengikuti siapa, ini ada beberapa faktor yang menentukan warna kulit si manja.
#1. DNA
Asid deoksiribonukleik (DNA) adalah sebahagian daripada sel manusia yang berperanan mempelbagaikan sifat yang akan diwarisi oleh bayi.
Setiap manusia mempunyai sejumlah 46 kromosom. Jadi, bayi akan mewarisi 23 kromosom daripada setiap ibu bapa. Menurut pakar, terdapat 60 hingga 100 ribu gen (yang dibuat untuk DNA) dalam 46 kromosom manusia.
Oleh itu, adalah mustahil untuk meramalkan keadaan bayi itu, termasuk warna kulitnya. Tetapi sebenarnya pigmen dan melanin yang diturunkan daripada ibu bapa kepada bayi boleh menentukan warna kulit.
#2. Melanin
Lebih banyak melanin dalam kulit, lebih gelap warna kulit bayi. Warna kulit ditentukan oleh gen yang terlibat dalam pengawalan melanin, bahan dalam kulit yang menentukan pigmentasi.
Institut Penyelidikan Genom Manusia menjelaskan warna kulit bayi adalah sifat poligenik. Ini bermakna warna kulit bayi bergantung kepada lebih daripada satu gen.
#3. Persekitaran
Ternyata warna kulit kanak-kanak turut dipengaruhi oleh beberapa faktor persekitaran mereka seperti:
#4. Dipengaruhi oleh hormon
Selain penghasilan DNA dan melanin, ternyata warna kulit bayi dipengaruhi oleh hormon estrogen dan progesteron dalam badan.
Hormon ini akan mempengaruhi pengeluaran melanosit kulit. Estrogen dikatakan menggelapkan kulit, manakala progesteron dapat mencerahkannya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Warna Kulit Bayi Baru Lahir Jadi Gelap Walaupun Asalnya Putih? Ini Sebabnya
Baca juga: Bayi Kembar Ini Lahir Dengan Rupa & Warna Kulit Tak Sama, Tapi Dua-Dua COMEL!
Baca juga: Mengapa Warna Kulit Manusia Berbeza? Bila Anak Tidak Sama Warna Kulit dengan Mak Ayah
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!