X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sudah Ikhtiar Tapi Sukarnya Nak Dapat Anak, Kepentingan Progesteron Dalam Meningkatkan Peluang Hamil

4 min bacaan
Sudah Ikhtiar Tapi Sukarnya Nak Dapat Anak, Kepentingan Progesteron Dalam Meningkatkan Peluang Hamil

Tahukah anda bahawa hormon progesteron yang sihat meningkatkan peluang hamil? Jom ketahui langkah meningkatkannya dan membantu andda mendapat cahaya mata.

Ketidakseimbangan hormon wanita menjadi salah satu faktor utama kemandulan. Kebiasaannya, ia berkait rapat dengan progestron (hormon kehamilan) yang memberi pengaruh kepada kesuburan wanita.

Sudah lama mendirikan rumah tangga pasti anda menantikan kedatangan cahaya mata bagi penyeri hidup sebagai suami isteri.

Sekiranya hormon ini berada pada tahap yang rendah, ia akan menghalang keupayaan anda untuk memperolehi anak dengan mudah.

Namun, terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda meningkatkan tahap progesteron dalam tubuh bagi memberi peluang kehamilan.          

Kesihatan hormon wanita   

hormon perempuan

Foto: Centre for Fathering

Progesterone adalah hormon seks wanita yang mengawal haid dan kesuburan. Ia memainkan peranan penting dalam memulakan dan mengekalkan kehamilan.

Fungsi utama progesteron pada wanita adalah penebalan uterus. Apabila paras progesteron anda rendah, kemungkinan implantasi telur yang disenyawakan rendah, sehingga mengurangkan peluang anda hamil.

Jika anda hamil, hormon wanita akan menjadi lebih aktif dan membantu membina saluran darah dalam lapisan bagi membekalkan nutrien kepada janin.

Namun jika paras hormon ini menurun, ia akan menyebabkan anda gagal untuk hamil dan memulakan kitaran haid.

Penyebab progesteron menjadi rendah

hormon wanita stabil

credit to sources

Tidak ada bukti yang jelas yang menjelaskan sebab-sebab tahap progesteron yang rendah di kalangan wanita.

Walau bagaimanapun, penyelidik percaya ia mungkin disebabkan oleh salah satu sebab berikut:

#1. Aktiviti harian yang banyak bagi tempoh yang berpanjangan menyebabkan pengurangan tahap progesteron dalam badan.

#2. Terlalu banyak tekanan boleh mengakibatkan ketidakseimbangan hormon. Ia meningkatkan tahap hormon kortisol (hormon tekanan) dan menurunkan tahap progesteron dalam badan.

Ini juga berpotensi untuk menyebabkan berlakunya keguguran.

#3. Pendedahan kepada bahan kimia yang didapati dalam plastik, racun perosak atau marjerin boleh mengurangkan paras progesteron di dalam badan.

#4. Berat badan yang berlebihan membawa kepada tahap estrogen yang meningkat. Ia sekaligus menyebabkan penurunan progesterone.

#5. Wanita yang lebih berusia atau wanita sekitar 50 tahun boleh menghasilkan penurunan progesteron akibat menopaus

Tanda-tanda progesteron rendah pula ialah migrain, kerap sakit kepala, kemurungan, kurang tidur, perubahan emosi, sembelit, letih tubuh badan dan berlaku perubahan pada bahagian payudara.

Langkah meningkatkan progesteron 

kepentingan hormon wanita

credit to sources

Elakkan mengambil ubat atau rawatan oral, anda boleh cuba beberapa ubat semulajadi untuk meningkatkan tahap progesteron di dalam badan.

Antara beberapa cara yang boleh membantu anda meningkatkan hormon ini ialah:

#1. Elakkan senaman yang berlebihan

Stories Rakan Kongsi
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
10 mistakes you make that will turn your kid into a monstrous brat
10 mistakes you make that will turn your kid into a monstrous brat
Is It Important To Teach Balance Between Saving And Spending?
Is It Important To Teach Balance Between Saving And Spending?
Jangan Lupa Semak Balik Perbelanjaan Anda, 5 Belanja Ini Boleh Dapat Pelepasan Taksiran Cukai, Untung Badan!
Jangan Lupa Semak Balik Perbelanjaan Anda, 5 Belanja Ini Boleh Dapat Pelepasan Taksiran Cukai, Untung Badan!

 Jika anda menjalani latihan berat untuk tempoh yang lama, badan akan mengeluarkan lebih banyak kortisol atau hormon stres daripada progesteron.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk menjalani rutin senaman sederhana secara ideal iaitu empat hari seminggu dan selama kira-kira 30 hingga 60 minit untuk sehari.

#2. Mengekalkan berat badan

Peningkatan berat badan menyebabkan ketidakseimbangan dalam hormon. Ia meningkatkan tahap estrogen dan menurunkan paras progesteron.

Oleh itu, pastikan anda sentiasa mengambil pemakanan yang seimbang dan cuba mendapatkan  cuba simpan berat badan anda jika anda merancang untuk hamil.

#3.Mengawal tekanan dengan baik

Tekanan psikologi yang berpanjangan membuatkan badan mengeluarkan kortisol atau hormon stres bagi menguruskan tekanan yang sekaligus mengurangkan jumlah progesteron dalam badan.

#4. Pemakanan yang tidak mengandungi progesteron

Kumpulan nutrisi makanan ini dapat membantu dalam mengawal tahap hormon. Ini termasuk:

  • Zink: Ia memainkan peranan penting dalam kitaran pembiakan dan mendorong ovari untuk melepaskan progesteron. Sesetengah makanan kaya zink adalah kacang, labu, daging merah dan badam.
  • Omega 3: Makanan dengan omega 3 dapat mengimbangi tahap hormon. Makanan yang meningkatkan tahap progesteron ialah telur, susu, dan ikan seperti tuna, makarel dan salmon.
  • Vitamin: Makanan yang kaya dengan vitamin B6, C, dan E terbukti dalam meningkatkan tahap progesteron. Makanan yang kaya dengan nutrien ini ialah ayam, telur, kacang soya, oat, beras, brokoli, kentang, pucuk Brussels, dan minyak tumbuhan seperti minyak zaitun dan minyak soya.
  • Serat: Pengambilan serat adalah sangat baik untuk kitaran pembiakan kerana ia membantu meningkatkan tahap progesteron.

Adalah mudah untuk meningkatkan tahap progesteron secara semulajadi kerana ia jauh lebih baik daripada mengambil makanan tambahan.

Sentiasa mengamalkan tabiat harian yang sihat, pemakanan yang berkhasiat serta senaman yang sederhana bagi membolehkan pengeluaran progesteron yang sekaligus  meningkatkan peluang kehamilan anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sudah Ikhtiar Tapi Sukarnya Nak Dapat Anak, Kepentingan Progesteron Dalam Meningkatkan Peluang Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Cubaan untuk hamil
  • /
  • Sudah Ikhtiar Tapi Sukarnya Nak Dapat Anak, Kepentingan Progesteron Dalam Meningkatkan Peluang Hamil
Kongsikan:
  • Jenis Hormon Kehamilan Yang Mempengaruhi Kesihatan Ibu & Janin Dalam Kandungan

    Jenis Hormon Kehamilan Yang Mempengaruhi Kesihatan Ibu & Janin Dalam Kandungan

  • Memilih Keperluan Bayi Bakal Lahir, Ikutkan Hati Semua Nak Beli - Tips Jimat & Lengkap

    Memilih Keperluan Bayi Bakal Lahir, Ikutkan Hati Semua Nak Beli - Tips Jimat & Lengkap

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Jenis Hormon Kehamilan Yang Mempengaruhi Kesihatan Ibu & Janin Dalam Kandungan

    Jenis Hormon Kehamilan Yang Mempengaruhi Kesihatan Ibu & Janin Dalam Kandungan

  • Memilih Keperluan Bayi Bakal Lahir, Ikutkan Hati Semua Nak Beli - Tips Jimat & Lengkap

    Memilih Keperluan Bayi Bakal Lahir, Ikutkan Hati Semua Nak Beli - Tips Jimat & Lengkap

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.