Memang ramai tahu bahawa si manja mempunyai kulit sensitif. Jadi adalah tugas anda sebagai ibu dan ayah untuk memastikan yang kulit si manja kekal lembap sepanjang hari.
Pelbagai produk penjagaan bayi di pasaran termasuklah sabun mandi yang biasa digunakan ibu bapa bagi memastikan si manja mereka kekal segar sepanjang hari.
Tetapi satu perkara yang mungkin ibu bapa terlupa adalah, kriteria penting dan kandungan produk penjagaan yang dipilih ini mestilah selamat dan berfungsi mengekalkan kelembapan kulit halus bayi mereka bagi mengelakkan kekeringan yang akan mendatangkan kerengsaan kepada bayi.
Cara kekalkan kelembapan kulit sensitif bayi anda sepanjang hari
Kredit: Shutterstock
Kulit bayi lebih nipis, lebih rapuh dan lebih sensitif daripada kulit orang dewasa. Ia juga kurang ketahanan terhadap bakteria dan pencetus masalah yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.
Kulit mempunyai pelindung yang mencegah kehilangan kelembapan terlalu banyak, dan melindungi kulit dari kuman atau punca ketidakselesaan yang berbahaya.
Jadi produk penjagaan bayi termasuklah keperluan seperti tisu basah dan produk mandian bayi perlulah mempunyai kandungan yang akan terus melindungi kelembapan kulit bayi sepanjang masa bagi mencegah masalah kulit pada masa akan datang.
5 Kriteria penting pemilihan penjagaan produk untuk kulit bayi
Kredit: Shutterstock
Ada beberapa kriteria disarankan pakar dermatologi dalam pemilihan produk penjagaan kulit bayi. Ia mestilah:
#1. Produk bebas bahan kimia seperti paraben
Bahan kimia sememangnya akan mendatangkan bahaya kepada kulit bayi. Oleh itu, jangan sesekali memilih produk penjagaan kulit bayi yang memiliki bahan kimia seperti paraben dan sebagainya.
#2. Produk yang telah diuji di makmal dermatologi
Ibu bapa perlu melihat label untuk memeriksa jika produk penjagaan kulit bayi tersebut telah diuji atau tidak.
Ujian ini hanya boleh dilakukan oleh doktor atau pakar dermatologi bagi membuktikan kesahihan produk tersebut. Jika ya, adalah lebih baik pertimbangkan untuk mencubanya kepada diri anda sendiri terlebih dahulu sebelum menggunakannya kepada bayi.
#3. Produk bebas alkohol
Mana-mana produk penjagaan kulit bayi haruslah bebas alkohol. Alkohol banyak digunakan di dalam produk penjagaan kulit individu dewasa kerana ia berupaya membuat kulit anda kering dan bebas minyak.
Namun begitu, alkohol adalah berbahaya kepada bayi kerana ia boleh menyebabkannya terlalu kering lalu menyebabkan kerengsaan dan kegatalan pada kulit bayi.
Antara nama lain yang digunakan bagi menggantikan alkohol adalah ethanol, ethyl alcohol atau cetearyl alcohol. Sebelum beli dan guna, pastikan anda periksa label produk untuk mengetahui sama ada barang berkenaan terdapat dalam produk penjagaan kulit bayi anda atau sebaliknya.
Jadi jika anda memilih untuk menggunakan produk penjagaan kulit bayi, pastikan ia lembut dan bebas dari alkohol dan pewangi.
#4. Mengandungi pewangi mesra bayi atau bebas bau
Sekiranya bayi anda tidak mempunyai sebarang masalah kulit, ibu bapa boleh memilih produk mandian yang mempunyai kandungan pelembut dan pewangi yang mesra bayi serta diiktiraf Persatuan Fragrance Antarabangsa (IFRA). Selain itu, pakar juga menggalakkan untuk memilih produk yang tanpa pewangi bagi bayi yang berkulit sensitif.
#5. Tidak memedihkan mata
Mungkin ada ibu bapa yang terlepas pandang, tetapi kriteria ini antara yang terpenting kerana ada kemungkinan ketika mandi sabun akan masuk ke mata bayi anda. Jadi formula tidak memedihkan mata antara kriteria yang harus dipertimbangkan dalam produk penjagaan bayi.
Sekiranya produk penjagaan kulit bayi yang anda ingin beli dan guna menepati kriteria-kriteria di atas, anda boleh mula menggunakannya kepada bayi. Jika terdapat sebarang kesan sampingan berlaku kepada kulit bayi berhenti menggunakan produk tersebut dan segera bawa si kecil anda berjumpa doktor.
Cara mengekalkan kelembapan kulit bayi
Antara cara dikongsikan pakar untuk melembapkan dan mengelakkan kekeringan kulit bayi termasuklah:
#1. Mandikan bayi dengan cara yang betul
Mandi bayi anda dalam air suam selama 5-10 minit setiap hari. Suhu air hendaklah sekitar 37 ° C.
Pilih sabun dengan kandungan yang betul kerana jika tersilap pilih ia akan mengeringkan kulit bayi anda. Produk yang tepat sangat berkesan membersihkan kulit bayi anda disamping mengekalkan kelembapannya secara semula jadi.
Ada produk yang tidak sesuai dengan bayi kerana ia menghilangkan minyak semula jadi dari kulit. Anda boleh tambahkan sabun ke dalam tab mandi bayi untuk mengelakkan air mengeringkan kulit bayi anda dan menggantikan minyak semula jadi kulit.
Selepas mandi, lap kulit sehingga kering, perhatikan di bahagian pelipat atau lipatan kulit.
#2. Menjaga kawasan lampin dengan baik
Ibu harus sentiasa memastikan kawasan lampin anaki mendapat pengaliran udara secukupnya bagi mengelakkan ruam lampin.
Justeru apa yang boleh dilakukan adalah tukar lampin bayi dengan kerap, menggunakan lampin pakai buang yang mempunyai penyerapan tinggi supaya ia kekal kering.
Produk penjagaan bayi Drypers melembapkan kulit bayi anda secara semula jadi
Drypers Baby Care atau produk penjagaan bayi Drypers merangkumi pelbagai produk termasuk Baby Head to Toe (5 varian), Baby Bath, Baby Shampoo, Baby Talcum dan Baby Wipes (4 jenis).
Drypers Baby Head to Toe dengan Ekstrak Avokado & Isirung Oat
Drypers Baby Head to Toe yang baharu diperkaya dengan ekstrak Avokado untuk membantu melembutkan rambut dan melembapkan kulit bayi anda.
Digabungkan dengan ekstrak Isirung Oat, Provitamin B5 dan bau yang lembut, formula ini juga tidak memedihkan mata akan menjadikan kulit bayi anda berasa licin dan lembap. Ekstrak kernel oat adalah salah satu daripada bahan-bahan utama dalam produk ini yang dikenali sebagai agen yang menenangkan kulit.
Ia turut dilengkapi Provitamin B5 yang bertindak sebagai pelembap, membantu untuk mengekalkan hidrat kulit, licin dan sihat.
Apa yang penting adalah sesuai untuk bayi kerana ia dibuat daripada bahan-bahan wangian mesra bayi yang diluluskan oleh Persatuan Fragrance Antarabangsa ( IFRA ). Produk ini juga bebas MIT, Paraben, SLS dan sabun selain dibuat dengan formula tidak memedihkan mata serta mempunyai wangian mesra bayi
Ia juga adalah produk mesra alam yang mana botolnya diperbuat daripada HDPE yang terhasul daripada 50% bahan kitar semula, 100% boleh dikitar semula.
Drypers baby wipes dengan formulasi baharu bebas pewangi
Drypers Baby Wipes bebas pewangi baharu kami diformulasi berasakan 99% air dan bebas wangian, lantas ia mampu mengelak iritasi pada kulit bayi.
Produk ini diperbuat dengan ekstrak Kernel Oat Asli dengan Provitamin B5 yang melembapkan dan membersihkan kulit halus bayi dengan lembut.
Ia turut diuji secara dermatologi dan sesuai untuk digunakan pada kulit bayi yang halus dan lembut kerana ia tidak mengandungi MIT, Paraben, SLS, sabun dan alkohol.
Pelbagai ganjaran menanti anda di Drypers Baby Club!
Daftarkan diri sebagai ahli Drypers Baby Club hari ini untuk mendapatkan sampel Drypers percuma. Menjadi ahli Drypers Baby Club melayakkan anda untuk menikmati semua manfaat kelab secara percuma.
Manfaat termasuklah e-mel peribadi berkenaan penjagaan kanak-kanak, mata ganjaran untuk menebus produk Drypers, hadiah bermakna di Drypers Point Shop, Drypers Size-Guide yang unik dan banyak lagi.
Rujukan:
- The Royal Children’s Hospital Melbourne Dermatology (2018, May). Skincare for babies. https://www.rch.org.au/kidsinfo/fact_sheets/Skincare_for_babies/
- NHS Royal Berkshire NHS Foundation Trust (September,2020). Advice on skincare for newborn babies. https://www.royalberkshire.nhs.uk/patient-information-leaflets/Maternity/Maternity—skincare-for-newborn-babies.htm
- National Library of Medicine, National Center for Biotechnology Information. RCM Midwives (2004). What can be done to keep babies’ skin healthy? https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15314924/
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ini Apa Bayi Anda Nampak Sepanjang Umur 1 Bulan Hingga 1 Tahun, Penting Ibu Tahu Ya!
Baca juga: Cara Untuk Tinggi Yang Berkesan, 7 Tips Ini Terbukti Membantu Tambah Ketinggian Anak
Baca juga: Nak Lawat Bayi Baru Lahir Waktu Pandemik? Doktor Ini Beri 5 Larangan Wajib Dielakkan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!