X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Cara Azan Bayi Baru Lahir Dengan Tertib, Bakal Bapa Prepare Awal-Awal Agar Tidak Tersalah!

4 min bacaan
Cara Azan Bayi Baru Lahir Dengan Tertib, Bakal Bapa Prepare Awal-Awal Agar Tidak Tersalah!Cara Azan Bayi Baru Lahir Dengan Tertib, Bakal Bapa Prepare Awal-Awal Agar Tidak Tersalah!

Cara azan bayi baru lahir hendaklah betul kerana ia adalah perkara sunat bagi menyambut kelahiran. Bakal bapa wajib buat persediaan awal

Bagi pasangan yang beragama Islam mengazankan dan mengiqamatkan bayi adalah sunnah yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW. Ada beberapa cara azan bayi yang dianjurkan mengikut tertibnya.

Sebaik saja bayi dilahirkan, dia akan dibersihkan dari segala lendiran dan darah dalam perut ibu ketika berada dalam kandungan.

Apabila bayi sudah bersih, biasanya dia akan diserahkan kepada bapanya atau wakil keluarga lelaki untuk diazankan bagi bayi yang baru dilahirkan itu.

Cara azan bayi mengikut tertib

cara azan bayi

 

Tahukah anda, menurut portal thezuriat, bacaan azan dan iqamah di telinga mereka ini merupakan sunnah yang dianjurkan oleh nabi kita, Muhammad SAW. Perkara ini telah dilihat dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ke atas Husein bin Ali.

رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ (صلى الله عليه وسلم) أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحُسَيْنِ بْنِ عَلِيٍّ حِيْنَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلاَة ِرضي الله عنهم

Maksudnya; Aku melihat Rasulullah SAW. mengadzankan seperti adzan solat pada telinga (cucunya) Husein bin Ali ketika Fatimah RA melahirkannya.

Ahli keluarga lelaki bagi bayi baru lahir seharusnya membacakan azan dan iqamah terhadap bayi tersebut.

Jika keadaan tidak mengizinkan untuk kehadiran sesiapa pun ahli keluarga lelaki bayi tersebut, adalah dibolehkan bagi ahli keluarga perempuan untuk membacakan azan dan iqamah malah ibu bayi tersebut itu sendiri.

Kadangkala, ada juga doktor yang mengazankan bayi atas sebab-sebab tertentu.

4 cara mengazankan bayi mengikut tertib

cara azan bayi

  1. Letakkan kepala bayi menghadap kiblat
  2. Bacakan azan di telinga sebelah kanan bayi
  3. Bacakan iqamah di telinga sebelah kiri bayi
  4. Letakkan bayi semula ke atas katilnya dengan perlahan

Tidak perlu terlalu kuat, cukup sekadar suara biasa

Sebagai maklumat tambahan, bagi sesiapa yang membacakan azan, orang tersebut tidaklah perlu sehingga meletakkan jari di telinganya.

Perkara ini sering dilihat ketika muazzin melaungkan azan secara kuat bagi memanggil umat Islam menunaikan solat.

 Cukuplah sekadar membacakan azan dengan suara biasa kerana bacaan ini bukanlah bertujuan untuk menyeru orang ramai menunaikan solat.

Selain daripada itu, apabila tiba bahagian bacaan ‘Hayya ‘Alas Salah’ di dalam azan dan juga iqamah, adalah digalakkan agar ayat tersebut dibacakan di telinga sebelah kanan bayi tersebut.

Kalau sebelum ini tak pernah azan bayi bolehkah?

cara azan bayi

Bagi ibu bapa yang tidak sempat membacakan azan di telinga anak sebelum ini, tidak mengapa. Ini bukanlah perkara yang diwajibkanAllah SWT, dan tidak jatuh hukum dosa ke atas ibubapa tersebut.

Bacaan azan dan iqamah ini juga adalah bertujuan untuk melindungi bayi daripada gangguan jin yang suka menganggu bayi iaitu Ummu Sibyan.

Panduan mendidik anak ikut cara Islam

#1. Elakkan pukul anak dari bahagian lutut ke atas

Kawal diri sebagai ibu-bapa. Elakkan pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak.

Ini kerana jika dipukul di bahagian kepala atau muka ia akan mendatangkan kecederaan kepada anak. Pukul atau rotan anak hanya sebagai pengajaran, ia sepatutnya tidak memberikan kecederaan yang dapat meninggalkan luka atau parut.

Memukul di bahagians sensitif seperti kepala mungkin boleh mendatangkan kecederaan yang membuatkan anak hilang upaya dan sebagainya. Jadi kawal kemarahan anda jangan sampai pukul di bahagian yang sensitif.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

#2. Elakkan guna tangan atau anggota tubuh lain untuk pukul anak

Yang lebih penting, walaupun kita pernah mengalami perkara ini, jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita.

Ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil.

#3. Nama panggilan anak

Beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.

Lebih malu apabila kawan-kawan mereka mengetahui panggilan itu. Jangan buat body shaming pada anak kerana ini akan mengurangkan self confidence mereka.

#4. Peluk anak setiap hari

Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

Jadi, rajin-rajinlah peluk anak anda ya kerana mereka akan lebih gembira dan rasa disayangi!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir, Semua Parents WAJIB Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Cara Azan Bayi Baru Lahir Dengan Tertib, Bakal Bapa Prepare Awal-Awal Agar Tidak Tersalah!
Kongsikan:
  • Ini 9 Perkara Anda Patut Buat Jika Mahu Travel Bersama Bayi Lagi-Lagi Ketika Pandemik!

    Ini 9 Perkara Anda Patut Buat Jika Mahu Travel Bersama Bayi Lagi-Lagi Ketika Pandemik!

  • Ibu Baru Lepas Bersalin Jual Bayi Sendiri Dengan Harga RM8,500!

    Ibu Baru Lepas Bersalin Jual Bayi Sendiri Dengan Harga RM8,500!

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • Ini 9 Perkara Anda Patut Buat Jika Mahu Travel Bersama Bayi Lagi-Lagi Ketika Pandemik!

    Ini 9 Perkara Anda Patut Buat Jika Mahu Travel Bersama Bayi Lagi-Lagi Ketika Pandemik!

  • Ibu Baru Lepas Bersalin Jual Bayi Sendiri Dengan Harga RM8,500!

    Ibu Baru Lepas Bersalin Jual Bayi Sendiri Dengan Harga RM8,500!

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.