X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan Panik Bila Kecemasan Terjadi, Ibu Bapa Perlu Tahu 3 Perkara Ini Jika Anak Cedera

4 min bacaan
Jangan Panik Bila Kecemasan Terjadi, Ibu Bapa Perlu Tahu 3 Perkara Ini Jika Anak Cedera

Malang tidak berbau, yang pasti anda perlu bijak mengatasinya, dan disebabkan itulah penting untuk anda terutama ibu bapa tahu asas pertolongan cemas!

Malang memang tidak berbau, walau betapa selamatnya persekitaran kita kalau kemalangan itu nak terjadi, maka siapalah kita untuk menidakkannya. Yang pasti anda perlu bijak mengatasinya, dan disebabkan itulah penting untuk anda terutama ibu bapa tahu asas pertolongan cemas!

Baru-baru ini Doktor Perubatan, Ahmad Luqman Bukhari ada berkongsi kisah mencemaskan di mana anaknya telah mengalami kecederaan di tangan dan mengakibatkan pendarahan yang cukup banyak. 

Dan dalam situasi itu dia berjaya bertindak tenang walaupun dalam hati, kerisauannya membuak-buak. Yalah, siapa tidak panik tengok darah mencurah-curah sampai lencun tisu yang dibalut. 

Jari terhiris kaca 

asas pertolongan cemas

Tangan anak sulung saya ni baru je lepas basah lencun dengan darah.

Tadi masa dah selesai mandi dan keluar bilik air, dia duk selongkar barang kat dalam almari buku seorang diri.

Entah macam mana jari telunjuk dia terhiris pada bahagian tepi cermin kaca dekat almari itu sampai terkoyak besar.

Darah merah mengalir keluar dari luka tu dah macam air, tak nak berhenti. Empat lima helai tisu kat tangan dia semuanya habis lencun dengan darah.

Esakan dia mulanya perlahan tapi tak lama kemudian tiba-tiba dia bertempik nyaring. Saya tahu dia tengah sakit sangat-sangat sebab tangisan dia tu lain macam.

Terkejut jugak bila terpandang tapak tangan yang berlumuran darah tu. Cepat-cepat saya compress kuat-kuat luka kat jari dia tu dengan tisu bersih yang lain. Sambil tu saya peluk dia erat-erat.

Pelukan ni nampak macam remeh tapi sebenarnya pelukan dari kita mak ayah ni akan stimulate badan anak untuk rembeskan hormon endorphin.

Hormon tu berfungsi macam ubat tahan sakit lalu buatkan otot badan anak kita jadi lebih tenang dan melegakan fizikal dia yang tengah tersiksa tu.

Lepas tu satu demi satu tisu saya tambah dan compress kat luka tu sebab darah masih lagi mengalir. Sempatlah tengok sepintas lalu. Memang agak besar kulit jari yang terkoyak tu.

Tak lama kemudian luka dah mula ada tanda nak berhenti berdarah. Cepat-cepat saya alirkan air bersih kat kawasan luka tu sebelum cover dengan kain perca bersih ni dan balut kuat-kuat.

Syukurlah saya perhatikan dah tak ada tanda pendarahan pada balutan tu.

Tapi tak boleh nak happy lagi.

Saya kena perhatikan jugak progress luka tu takut-takut ada tanda jangkitan kuman.

Boleh jadi kawasan luka itu akan jadi sangat-sangat sakit, kulit pada keliling itu bertukar warna kemerah-merahan atau bernanah. Tiba-tiba demam pun tanda yang tak bagus juga.

Harap-harap tak berlakulah macam tu.

3 Asas pertolongan cemas perlu diingat jika terjadi kecemasan

asas pertolongan cemas

#1. Jangan panik

Tenang, memang keadaan boleh jadi sangat mencemaskan hingga diluar kawalan, tapi ingatlah anda punyai kuasa mengawalnya. Ibu bapa perlu bertindak dengan cepat jadi, elakkan berasa panik ia akan menjadikan proses berfikir untuk lakukan yang betul jadi terganggu. Bertindak rasional, jangan terus melenting dan menyalahkan pasangan jika ia berpunca daripada mereka. 

#2. Tenangkan anak dengan memeluk mereka dengan erat

Anda mempunyai kuasa untuk menenangkan mereka, dari pelukan ia dapat menghasilkan hormon endorfin. Seperti yang disebut doktor perubatan tersebut, hormon endorfin ini berfungsi seakan painkiller. Jadi jika anda tenang dan memeluk anak, mereka pun boleh tenang dan mengatasi kesakitan itu. 

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

#3. Jika kecemasan melibatkan pendarahan tahan bahagian luka dengan tekanan

asas pertolongan cemas

Ambil kain atau tisu bersih dan tekankan pada bahagian luka sehingga pendarahan terhenti. Setelah pendarahan terhenti basuh bahagian luka dengan air bersih, dan balut secepat mungkin!

Rentetan kejadian itu doktor perubatan itu mengingatkan sekiranya terdapat jangkitan cepatlah bawa berjumpa doktor. Dan jika terjadi masalah lain seperti di bawah ini, anda perlulah bawa anak anda ke fasiliti kesihatan untuk dapatkan rawatan asas pertolongan cemas yang lebih baik:

  • Jika luka terlampau dalam atau gap luka yang sangat besar.
  • Darah tidak henti mengalir walaupun bahagian luka sudah di balut dengan kuat. 
  • Luka terjadi di bahagian muka.
  • Terdapat kotoran yang banyak di bahagian luka, wajib dibersihkan dengan teliti, namun jika terdapat kesukaran membersihkannya, anda boleh terus ke klinik. 
  • Bahagian anggotan yang cedera itu menjadi kebas sehingga anak mengatakan dia tidak dapat rasa apa-apa. 
  • Luka akibat gigitan manusi atau binatang sehingga berdarah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber:  Ahmad Luqman Bukhari 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comterjatuh-punca-kanak-kanak-masuk-hospital

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Pertolongan cemas
  • /
  • Jangan Panik Bila Kecemasan Terjadi, Ibu Bapa Perlu Tahu 3 Perkara Ini Jika Anak Cedera
Kongsikan:
  • Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

    Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

  • Gerun Tengok Hidung Anak Kerap Berdarah, Pakar Kongsi Punca & Cara Merawatnya Di Rumah

    Gerun Tengok Hidung Anak Kerap Berdarah, Pakar Kongsi Punca & Cara Merawatnya Di Rumah

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

    Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

  • Gerun Tengok Hidung Anak Kerap Berdarah, Pakar Kongsi Punca & Cara Merawatnya Di Rumah

    Gerun Tengok Hidung Anak Kerap Berdarah, Pakar Kongsi Punca & Cara Merawatnya Di Rumah

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.