8 Benda Seorang Ibu Akan Selalu Bimbang Tentang Bayi & Cara Mengatasinya

Terlampau bimbang tentang keselamatan bayi boleh menyebabkan ibu bapa terlalu berhati-hati membesarkan si kecil. Berikut cara yang boleh dilakukan supaya masalah itu dapat diatasi dengan lebih baik.
Menjadi ibu bapa merupakan saat yang paling diimpikan oleh semua orang. Tapi, ia juga boleh jadi momen yang sukar kerana ramai ibu bapa panik dan risau jika ada sesuatu yang boleh terjadi pada bayi mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat cara menghilangkan rasa takut itu supaya ibu bapa dapat menikmati pembesaran bayi dengan sempurna.
Cara menghilangkan rasa takut apa-apa terjadi pada bayi anda
Pama
Secara lazimnya, normal untuk ada emosi yang kuat semasa hamil sehingga bayi dilahirkan. Emosi ini sama ada emosi gembira, cinta, kejutan atau sedih. Dalam masa lain anda juga menyimpan emosi tekanan, ketakutan, kemarahan dan kekecewaan.
8 kebimbangan dan ketakutan terhadap bayi baru lahir
Ketakutan merupakan reaksi normal yang akan muncul ketika anda menjaga bayi baru lahir. Berikut adalah beberapa kebimbangan tersebut dan cara menghilangkan rasa takut itu.
#1. Bimbang bayi mati semasa tidur
Kredit : Baby center
Ramai ibu bapa takut bayi mereka tercekik, tergulung atau mengalami sindrom kematian bayi secara tiba-tiba (SIDS). Mana tidaknya, di Australia sendiri, kira-kira 50 bayi mati setiap tahun gara-gara SIDS!
Namun, bagi mengurangkan risiko tersebut, baringkan bayi dengan betul semasa tidur, tidak merokok berdekatan anak dan jangan biarkan mereka terlalu panas.
Tempat paling selamat utuk mereka tidur adalah di atas katil bayi dalam bilik anda selama enam hingga ke 12 bulan pertama.
#2. Risau tidak suka bayi anda
Seterusnya, ramai ibu yang bimbang jika tidak menyukai bayi sendiri. Namun, ia sebenarnya satu keadaan umum jika ibu bapa tidak merasakan "ikatan" dengan bayi mereka kerana anda perlu mengambil masa beberapa bulan supaya dekat dengan si kecil.
Jika ia berlanjutan dalam jangka masa yang lama, berbincanglah dengan profesional kesihatan segera supaya keadaan itu dapat dipulihkan.
#3. Bimbang anda membahayakan ubun-ubun kepala bayi
Bayi baru lahir mempunyai kulit kepala dan ubun-ubun yang masih lembut. Sebab itu ada ibu yang risau untuk pegang kepala bayi dan takut ia tercedera.
Walau bagaimanapun, ketika menjaga bayi sesiapa saja dilarang sentuh atau membelai ubun-ubun itu.
#4. Bimbang jika bayi terjatuh
Anda terlalu bimbang jika bayi jatuh tersadung ketika didukung? Usah begitu.
Apa yang anda boleh buat sekarang adalah kemas rumah dan permaidani supaya tiada objek yang boleh menyebabkan anda tersepak lalu tersadung ketika mendukung si kecil.
#5. Risau jika bayi tak normal
Ibu bapa sering membandingkan perkembangan bayi mereka dengan bayi lain. Tapi anda perlu tahu, kanak-kanak berkembang dengan pantas dan mencapai kejayaan pada masa yang berbeza.
Sekitar 10 hingga 15% kanak-kanak mengalami kelewatan perkembangan sebelum berumur tiga tahun.
Cara menghilangkan rasa takut itu adalah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan bayi secara rutin supaya dapat memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa.
#6. Khuatir jika bayi kerap menangis
Adalah normal jika bayi baru lahir menangis sepanjang masa dan keadaan itu akan memuncak dari dua hingga lapan minggu selepas dilahirkan dan biasanya terjadi pada waktu lewat petang.
Jika tangisan bayi anda bunyi berbeza dan membimbangkan, adalah lebih baik periksa dengan doktor.
#7. Bimbang bayi tidur terlalu banyak
Dalam beberapa minggu pertama selepas lahir, bayi memang tidur terlalu lama dan tiada apa yang perlu dibimbangkan asalkan si kecil itu kencing, berak dan menyusu dengan sempurna.
#8. Takut kewangan tak mencukupi
Ramai ibu bapa bimbang jika tidak dapat menyediakan kewangan yang mencukupi untuk bayi mereka. Sebab itu, adalah sangat penting untuk memulakan perancangan sebelum kelahiran dan anggaran kos yang diperlukan untuk bayi baru lahir anda.
Siapa boleh dihubungi?
Untuk mendapatkan sokongan dan bantuan emosi anda boleh hubungi 03-8883 3888 atau email ke [email protected]
Bagi mendapatkan respon yang lebih cepat anda boleh pergi ke hospital dan Klinik Kesihatan yang terdekat dengan kawasan tempat tinggal anda.
Semoga perkongsian ini membantu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar : Vanilla Kismis
Sumber : Pregnancy Birth Baby
Baca juga:
Hati-Hati, Cara Anda Hukum Anak Sebenarnya Boleh Beri TRAUMA Pada Anak!
Bapa Dari Syria Ajar Anak Ketawa Setiap Kali Dengar Bunyi BOM, Kuat Betul Dugaan Mereka
4 benda yang merosakkan otak bayi dalam kandungan - ibu hamil JANGAN BUAT!
5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!