TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Tidur Menonggeng Petanda Dia Mahu Adik Baru, Betul Ke Ni?

4 min bacaan
Anak Tidur Menonggeng Petanda Dia Mahu Adik Baru, Betul Ke Ni?

Pernah tak anda berhadapan dengan situasi posisi anak tidur menonggeng dan orang kata itu tanda dia nak adik baru? Betul ke tanggapan itu? Ini penjelasannya

Posisi anak kecil tidur dengan pelbagai gaya comel dan lucu itu boleh buat kita rasa menatap wajah itu berjam-jam lamanya, kan? Namun, kenapa anak tidur menonggeng dikatakan tidak selamat? Sudah tentu timbul rasa bimbang dan risau sekiranya posisi tidur sebegini mengganggu pernafasannya.

Tetapi, ada juga yang mengatakan posisi anak tidur menonggeng ini sebenarnya bermaksud dia mahu adik baru. Amboi, nak adik baru dah ke sayang?

▲▼Isi Kandungan

  • Anak tidur menonggeng sebab nak dapat adik?
  • Posisi tidur anak yang selamat 

Anak tidur menonggeng sebab nak dapat adik?

anak kecil tidur

Sebagai ibu bapa, kita tidak pernah terfikir kenapa anak tidur menonggeng? Sedangkan kita yang dewasa ini pun pastinya tidak selesa bila tidur dengan keadaan sebegitu. 

Tapi tahukah anda, terdapat beberapa perkara yang menjelaskan anak kecil tidur menonggeng ini terjadi kerana sebab-sebab tertentu. 

Pertama, ia mungkin dilakukan kerana bayi itu sedang cuba “membuat semula” kedudukan seolah sama dengan keadaannya dulu yang berada dalam kandungan ibu. Ia juga menggambarkan seolah-olah si kecil itu mahukan teman iaitu adik baru. 

Penyataan tersebut diucap sendiri oleh Richard Polin, Direktor Neonatologi di Universiti Columbia.

Ketika berlakunya pertambahan usia dan mula bergerak lebih banyak, tubuh kanak-kanak ini akan memilih posisi tidur yang paling selesa. Salah satunya ialah menonggeng. 

Bahkan posisi tidur bayi sambil menonggeng ini sama seperti ketika si kecil itu belajar merangkak dahulu. 

Sebab itu, bila melihat anak tidur dengan posisi menonggeng, ia membuatkan anda berasa bimbang. Kemudian anda akan betulkan kembali posisi tersebut.

Tapi selang beberapa minit si kecil akan kembali menonggeng semula. Ya benar, anda memang patut risau kerana posisi ini berisiko menyebabkan kematian bayi secara mendadak (SIDS) seperti yang diperkatakan oleh American Academy of Pediatrics (AAP).

Posisi tidur anak yang selamat 

posisi tidur bayi, posisi tidur bayi betul, posisi tidur bayi menungging, posisi tidur anak, posisi tidur, posisi tidur si kecil, posisi tidur anak menungging, kedudukan posisi tidur anak, kedudukan posisi tidur, kedudukan tidur si kecil, kedudukan tidur anak kecil, kedudukan tidur bayi

Kita sedia maklum tidur terlentang adalah yang paling selesa dan selamat untuk anak kecil. Cara tidur sebegini terbukti berkesan dalam mengurangkan risiko kematian mengejut dalam kalangan bayi baru lahir atau berusia bawah 5 bulan.

Waktu ini, sistem otak bayi masih belum berkembang sepenuhnya dan tidak mempunyai kemampuan tersedar  sendiri apabila tubuh badan berada dalam bahaya.

Apabila bayi anda sudah memasuki usia 3 bulan ke atas, waktu ini tangan dan kaki sudah kuat. Jadi pastikan anda tidak meletakkan sebarang jenis bantal ringan atau kecil di sekitar mereka.

Begitu juga bagi bayi yang berusia 5 hingga 6 bulan dan sudah pandai berguling, ketika usia ini risiko SIDS sudah berkurang. Malah, anda melihat posisi tidurnya juga akan berubah. 

Jadi, sekiranya ibu ayah terjaga tengah malam dan melihat anak tidur menonggeng, gulingkan semula secara perlahan ke dalam posisi tidur terlentang. 

Sama juga jika mereka berulang kali melakukan posisi yang sama. 

Anak Tidur Menonggeng Petanda Dia Mahu Adik Baru, Betul Ke Ni?

AAP turut memberi peringatan kepada setiap ibu bapa supaya membetulkan posisi tidur bayi dalam keadaan terlentang bagi mengurangkan risiko sindrom kematian bayi secara mengejut ini.

Posisi bayi tidur secara mengiring juga adalah tidak selamat. Ia memberikan tekanan pada rahang yang menyebabkan saluran pernafasan tersekat. 

Selain itu, posisi tidur sebegini membolehkan mereka hanya bernafas dengan menghirup udara kitar semula dan bukannya udara segar. Pengumpulan karbon dioksida berlaku dan oksigen berkurang. 

Tips untuk mengekalkan posisi tidur bayi yang betul:

  • Letakkan bayi tidur telentang.
  • Pastikan permukaan tidur rata dan padat.
  • Pastikan pakaian bayi selesa dan tidak ketat.
  • Gunakan katil bayi, bassinet atau katil mudah alih.
  • Pastikan tiada objek seperti patung, selimut yang berdekatan.
  • Asingkan katil dengan bayi elak risiko sesak nafas.
  • Pastikan suhu bilik selesa.
  • Tetapkan rutin tidur apabila bayi berumur 4 hingga 6 bulan.

Namun begitu, berbeza pula dengan pandangan European Journal of Applied Psychology yang berpendapat bahawa jika bayi sering tidur dengan posisi meniarap atau menonggeng, ia dapat melatih perkembangan motor anak. Sekaligus, ini akan membuatnya lebih cepat berguling dan merangkak!

Walau bagaimanapun, jika bayi tidur dalam keadaan ini, usah terburu-buru mengubah posisi tidur bayi itu jika ia tidak membimbangkan tapi anda harus memerhatikan mereka sentiasa bagi mengelak sebarang kemungkinan.

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Bayi anda suka tidur posisi yang bagaimana? Kongsikan ia dengan kami!

Penulis asal Adisty Titani. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu

Baca juga: Ramai Ibu Baharu Susah Nak Tidurkan Bayi, Ini 26 Tips Berkesan Yang Boleh Anda Cuba!

Baca juga: Benarkah Hukumnya Haram Jika Tidur Menghadap Kiblat? Ini Jawapannya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Anak Tidur Menonggeng Petanda Dia Mahu Adik Baru, Betul Ke Ni?
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

powered by
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham