Bayi tidur terlentang adalah posisi yang paling ideal, tapi apa nak buat jika bayi tak mahu tidur terlentang? Nampaknya dia lagi selesa tidur meniarap dan mengiring.
Ibu ayah mesti tahu kan bayi memerlukan tidur dan rehat yang lebih banyak berbanding orang dewasa. Ini penting untuk perkembangan minda dan juga untuk tumbesaran mereka. Pendek kata, mereka akan lebih banyak tidur berbanding berjaga.
Untuk bayi baru lahir, mereka akan menghabiskan hampir 16 jam untuk tidur sahaja. Disebabkan oleh mereka memerlukan tidur yang cukup, posisi tidur bayi yang selamat untuk mereka adalah tersangatlah penting dan tidak boleh diambil mudah oleh ibu bapa.
Ada pelbagai jenis posisi tidur bayi antaranya ialah:
- Posisi tidur terlentang
- Posisi tidur di atas perut atau meniarap
- Posisi tidur mengiring
Mengapa posisi tidur yang selamat penting?
Bayi berisiko untuk mendapat Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) jika bayi tidur di atas perut atau tidur meniarap. Ataupun jika bayi tidur mengiring, mereka akan mendapat bahaya jika mereka bergolek ke tepi.
Anda perlu sentiasa pastikan anak anda tidur terlentang tetapi pastikan anak anda tidak tidur terlentang dengan terlalu lama.
Jika anak anda tidur meniarap, ia akan menyebabkan anak anda kepanasan dan yang seterusnya juga boleh menyebabkan SIDS.
Bila anak tidak mahu tidur terlentang
Kredit: Pexels
Anak anda tidak mahu tidur terlentang? Jangan risau! Anda tidak keseorangan kerana ramai lagi ibu bapa yang menghadapi masalah yang sama. Susahnya bila anak tak mahu langsung tidur bila terlentang. Bayi kadang-kadang rasa lebih lena bila tidur di atas perut. Tetapi, masalahnya posisi ini memang tidak selamat langsung untuk anak anda.
Walaupun, anak anda suka tidur di atas perut tetapi ianya berbahaya kerana anda masih tidak kuat untuk mengalihkan badannya. Takut pula anak anda lemas nanti dengan cadar dan selimutnya. Sebab itulah penting untuk ibu bapa mengajarkan anak mereka untuk tidur terlentang.
Cara untuk tidurkan anak dalam posisi terlentang
Kredit: Pexels
Ini adalah antara tips untuk membantu anak anda tidur terlentang dan seterusnya membantu anak anda dan anda tidur lena dan tenang. Apa yang penting adalah anak anda harus berasa selamat dan boleh tidur dengan nyenyak.
#1 Pastikan anak tidur dahulu sebelum anda letakkan anak anda
Sekiranya anak anda belum tidur, jangan tidurkan anak anda dalam keadaan terlentang kerana sudah pasti anak anda tidak mahu tidur dengan cara begitu. Jangan tergesa-gesa untuk pindahkan anak anda ke baby cot ataupun katil kerana anak anda mudah terjaga. Pastikan anak anda sudah benar-benar tidur nyenyak barulah anda pindahkan ke baby cot dengan posisi terlentang.
#2 Tidurkan bayi di pangkuan anda
Anda boleh tidurkan anak anda dahulu di pangkuan anda atau sewaktu anda menyusukan anak anda. Kan seperti tidur terlentang itu, cuma bezanya anak anda berada dalam pelukan anda. Kemudian, perlahan-lahan anda pindahkan anak anda ke katil. Jaga-jaga dengan kepalanya sewaktu memindahkannya. Takut anak anda terjaga juga nanti.
#3 Buat perlahan-lahan
Kredit: Pexels
Jika anak anda gemar tidur secara mengiring, tidak mengapa. Perhatikan anak anda semasa anak anda tidur. Apabila anak anda sudah mula nyenyak, perlahan-lahan anda alihkan posisi anak anda daripada mengiring. Ia akan menjadi mudah nanti apabila anak anda sudah terbiasa. Anda sudah tidak perlu tunggu untuk anak anda tidur nyenyak. Masa anak anda mengantuk pun anda sudah boleh alih. Pastikan juga anda buat perkara ini secara berperingkat. Contoh, jika anak anda suka tidur meniarap, anda alihkan anak anda untuk tidur mengiring, kemudian barulah tidur terlentang.
#4 Jangan pakai penghadang atau sleep positioner
Untuk memastikan anak tidur terlentang, ramai ibu bapa memilih untuk menggunakan sleep positioner. Tahukah anda bahawa sleep positioner agak bahaya sebenarnya kerana lemas. Menurut FDA atau U.S. Food and Drug Administration, pada tahun 2010, mereka merekodkan bahawa kematian bayi adalah disebabkan oleh penggunaan sleep positioner. Jadi pastikan bahawa sewaktu anda tidurkan anak anda, tidak perlu sebarang positioner atau apa-apa yang menghalangnya daripada tidur bebas.
#5 Jangan stress
Anak anda hanya perlu tidur terlentang iaitu posisi yang selamat hanya selama untuk 12 bulan yang pertama.
Apa yang anda perlu tahu ialah risiko untuk SIDS adalah pada 6 bulan pertama dan 2 hingga 3 bulan pertama adalah waktu terpenting untuk anda menjaga anak anda. Apabila anak anda masuk tahun kedua, anak anda sudah mulai boleh bergerak dalam cot. Macam-macam gaya anda boleh nampak nanti.
Jadi, ibu bapa perlu banyakkan bersabar dan bertenang. Tidak perlu stres dengan gaya tidur bayi. Anda hanya perlu berikan perhatian dan penjagaan khusus sahaja kepada bayi anda.
Sumber: whattoexpect
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Gaya Tidur Bayi Anda – Apa Yang Selamat Dan Apa Yang Tidak?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!