TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kematian Bayi Ini Ajar Betapa Pentingnya Posisi Tidur Bayi & Keselamatan Tempat Tidur Anak!

4 min bacaan
Kematian Bayi Ini Ajar Betapa Pentingnya Posisi Tidur Bayi & Keselamatan Tempat Tidur Anak!

Bayi 10 bulan itu dibiarkan tidur meniarap oleh si pengasuhnya...

Ibu bapa pasti tahu yang tidur dalam keadaan terlentang adalah posisi tidur bayi yang paling selamat. Tetapi adakah pengasuh atau taska ada sedar tentang perkara ini, khususnya tentang keselamatan tempat tidur baby?

Kes yang melibatkan seorang bayi berusia 10 bulan ini, di mana dia ditemui meninggal dunia di katil bayi telah menekankan betapa pentingnya langkah keselamatan tempat tidur baby, khususnya yang masih di bawah 1 tahun!

Bayi 10 Bulan Ditemui Meninggal Dunia Selepas Ditidurkan Pengasuh

tempat tidur baby, baby tidur, posisi bayi tidur, gaya tidur bayi, cara tidur bayi, keselamatan bayi, baby cot untuk bayi, bayi tidur meniarap, baby tidur meniarap, bayi tidur mengiring, baby tidur mengiring, bayi tidur tanpa bantal, cara tidurkan bayi

sumber: romper

Mikhael Sufyan Muhammad Syafiq yang berusia 10 bulan, telah kehilangan nyawa apabila pengasuh menidurkan si kecil itu secara meniarap. Menurut penerangan pengasuh, dia meletakkan Mikhael di tempat tidur dalam keadaan meniarap setelah selesai memandikannya.

Setelah pengasuh itu kembali untuk memeriksa bayi 30 minit kemudian, Mikhael didapati tidak lagi bernafas…

“Saya patah hati apabila saya melihat muka dan badannya telah berubah menjadi biru. Naluri ibu saya memberitahu saya dia telah pergi, ” Nur Syazwanie Mustaffa, 27 tahun yang merupakan ibu Mikhael memberitahu media.

Kakak kepada bayi tersebut juga berada dalam jagaan pengasuh tersebut bersama 2 kanak-kanak lain.

“Di rumah, Mikhael tidur secara mengiring atau di lantai beralas tilam, tetapi kami tidak menggunakan buaian,” jelas ibunya yang besedih kepada media, dan mengatakan bahawa pengasuh bayi itu meminta supaya dia menyediakan buaian namun dia menolak.

Sebelum meninggalkan anak-anaknya kepada pengasuh pada hari tersebut, dia ada memberitahu pengasuh yang anak bongsunya itu menghidap selesema. Sehubungan dengan ini, pihak berkuasa telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian bayi secara mengejut, dan mengesahkan bayi itu mati akibat lendir dalam paru-parunya. 

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua.

Keselamatan Tempat Tidur Baby Yang Anda Harus Beritahu Pengasuh

tempat tidur baby, baby tidur, posisi bayi tidur, gaya tidur bayi, cara tidur bayi, keselamatan bayi, baby cot untuk bayi, bayi tidur meniarap, baby tidur meniarap, bayi tidur mengiring, baby tidur mengiring, bayi tidur tanpa bantal, cara tidurkan bayi

Sebelum bayi mencapai usia 1 tahun, mereka menghadapi risiko kematian yang tidak dapat dijelaskan secara tiba-tiba dalam tidur mereka.

Hal ini adalah kerana bayi masih tidak mampu menggerakkan atau mengubah posisi mereka sekiranya diletakkan dalam posisi meniarap, terutama ketika mengantuk.

Semua penjaga anak anda HARUS menyedari risiko ini, dan sentiasa diingatkan untuk mewujudkan persekitaran tidur yang paling selamat.

Berikut adalah beberapa peringatan yang paling penting:

1. Bersihkan Tempat Tidur Baby dan Alihkan Kain Lembut

Pastikan buaian bayi, katil atau bassinet tidak diletakkan selimut, bantal lembut, atau mainan lembut. Ini semua merupakan faktor bahaya yang tidak diketahui semua orang kerana menganggap ia sebagai aksesori tidur biasa.

Malah bumper buaian boleh berbahaya. Kajian telah mendapati bahawa aksesori perlindungan ini berpotensi berbahaya.

Lembaran bayi dan selimut boleh menjadi bahaya jika anda tidak berhati-hati. Sentiasa pastikan untuk meletakkan bayi tidur pada permukaan yang teguh, rata tanpa lipatan.

2. Pemilihan Baju Tidur Yang Betul

tempat tidur baby, baby tidur, posisi bayi tidur, gaya tidur bayi, cara tidur bayi, keselamatan bayi, baby cot untuk bayi, bayi tidur meniarap, baby tidur meniarap, bayi tidur mengiring, baby tidur mengiring, bayi tidur tanpa bantal, cara tidurkan bayi

sumber: motherly

Baru-baru ini, ada kes di mana seorang kanak-kanak berusia 3 tahun tercekik pada akibat bajunya ketika dia sedang tidur, tetapi bernasib baik dan selamat.

Namun bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya insiden ini melibatkan bayi yang masih mempunyai fungsi motor yang masih kurang dan tidak dapat menyelamatkan diri sendiri?

Contoh seperti ini menunjukkan betapa pentingnya untuk anak-anak kecil tidak pakai baju yang terlalu longgar semasa tidur, atau apa jua baju/kain yang menyelubunginya. Tercekik boleh berlaku pada bila-bila masa, bukan hanya waktu makan sahaja!

3. Kosongkan Kawasan Tidur Bayi Dan Yang Berdekatannya

Objek berdekatan buaian walaupun kelihatan tidak berbahaya seperti telefon bimbit dan lampu boleh menimbulkan bahaya. Seorang kanak-kanak berusia 16 bulan pernah mati tercekik di dalam buaiannya selepas dia menarik lampu-lampu dinding yang berdekatan.

Ingat ya ibu dan bapa, sentiasa berhati-hati tentang keselamatan dan pastikan orang lain mengambilnya serius juga, seperti yang anda lakukan!

Kongsikan bersama kami tips tambahan yang anda lakukan untuk memastikan keselamatan anak semasa tidur.

Benarkah baby tidak boleh tidur di tilam lembut?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Bianchi Mendoza dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga: 

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Bayi Berusia 8 Bulan Lemas Ketika Ibu Sibuk Main Facebook

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Kematian Bayi Ini Ajar Betapa Pentingnya Posisi Tidur Bayi & Keselamatan Tempat Tidur Anak!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham