TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Gaya Tidur Bayi Anda - Apa Yang Selamat Dan Apa Yang Tidak?

3 min bacaan
Gaya Tidur Bayi Anda - Apa Yang Selamat Dan Apa Yang Tidak?

Doktor pakar kata gaya tidur bayi boleh mengurangkan risiko mereka terkena serangan SIDS. Jadi, jom semak apa gaya tidur yang selamat dan tak selamat untuk si manja anda!

Gaya tidur bayi

Anda sebagai ibu bapa wajib mengetahui apakah gaya tidur bayi yang selamat.

Bukan apa, ia untuk mengurangkan risiko si manja anda terkena Sindrom Kematian Bayi Secara Tiba-Tiba atau SIDS. 

Di Amerika, SIDS telah meragut hampir 2.500 orang bayi setiap tahun! Punca kematian masih tak dapat dikenal pasti.

Tapi menurut Mom Junction, doktor ada menjelaskan bagaimana untuk mengelak risiko berbahaya ini – iaitu dengan menjaga gaya tidur anak anda!

Jadi, jom tengok apa gaya tidur si manja yang selamat dan apa yang tidak selamat!

Gaya tidur yang selamat

1. Tidur terlentang

Gaya tidur yang paling selamat adalah tidur terlentang. Bayi anda wajib tidur siang, rehat sebentar atau tidur malam dengan gaya ini. 

gaya tidur bayi

Tidur terlentang terbukti:

  • Mengurangkan risiko serangan SIDS pada bayi kerana ia menggalakkan pernafasan yang lancar.

Institusi Kesihatan Kanak-Kanak dan Pembangunan Manusia AS (NICHD) dan American Academy of Pediatrics juga telah menamakan gaya tidur terlentang sebagai gaya tidur terbaik untuk bayi anda.

Gaya tidur yang tidak selamat

2. Tidur terlentang terlalu lama

Akan tetapi, jika bayi anda dibiarkan tidur secara terlentang dengan terlalu lama, mereka akan berisiko untuk mengalami: 

  1. positional plagiocephaly, keadaan di mana kepala mengalami keadaan “rata” atau 
  2. brachycephaly iaitu keadaan bahagian belakang tengkorak menjadi rata.

Jadi, anda digalakkan untuk mengubah gaya tidur si manja sekali-sekala.

Pusingkan mereka ke bahagian tepi, tapi sedikit saja!

gaya tidur bayi

3. Tidur di atas perut atau tidur menerap

Menurut pakar, jika bayi anda tidur di atas perut kalian, atau tidur menerap di atas katil, mereka akan mengalami beberapa masalah seperti:

  • Berisiko terkena SIDS
  • Rahang menjadi terlalu tertekan, mengakibatkan mereka sesak nafas
  • Wajahnya akan terlalu dekat dengan cadar lalu mereka akan menarik nafas dari udara yang sama
  • Bayi boleh mati lemas kerana cadar yang terlalu lembut mungkin boleh menutup muka dan kepala bayi
  • Bayi terbuka untuk menghidu mikrob dari tilam atau cadar

4. Tidur mengiring

Anda juga tak digalakkan untuk menidurkan si manja dalam posisi mengiring, melainkan mereka sudah berusia 5 atau 6 bulan ke atas! Kenapa?

gaya tidur bayi

Kerana tidur mengiring juga meningkatkan risiko serangan SIDS! Malah, gaya tidur ini terbukti mendatangkan masalah pada kesihatan bayi, seperti:

  • Unilateral erythema – perubahan warna pada tubuh badan 
  • Tengkorak kepala menjadi “terlalu rata” sebab bayi tidur dalam gaya yang sama terlalu lama
  • Torticollis – keadaan di mana leher terkehel kerana otot dan sisi kepala terganggu akibat posisi tidur yang salah
  • Bayi tersedak dan tercekik kerana sesak nafas

Tip penting untuk keselamatan bayi

  1. Jangan guna cadar yang terlalu lembut dan longgar, takut ia menutup kepala bayi
  2. Jangan letak terlalu banyak benda dalam katil bayi. Biar ringkas!
  3. Jangan tutup kepala bayi dengan selimut atau kain
  4. Jangan pakaikan pakaian yang tebal, takut mereka terlalu panas
  5. Guna puting
  6. Guna baby monitor 
  7. Kongsi bilik yang sama dengan si manja
  8. Tapi, jangan kongsi katil! Biar mereka di dalam katil sendiri

Hati-hati ya, ibu bapa semua! Jom kita elak risiko terkena SIDS dengan menjaga posisi tidur anak-anak anda. Semoga si manja anda sentiasa dilindungi!

Jom kongsi artikel ini dengan ibu bapa yang lain.

Sumber rujukan: Mom Junction

Baca juga:

24 Idea Bernas Untuk Tidurkan Bayi Yang Wajib Dicuba Semua Ibu Bapa

Stories Rakan Kongsi
Mimpi Ngeri Setiap Ibu Bapa: Apabila Anak Jatuh Sakit dan Kita Tidak Dapat Buat Apa-Apa
Mimpi Ngeri Setiap Ibu Bapa: Apabila Anak Jatuh Sakit dan Kita Tidak Dapat Buat Apa-Apa
6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice
6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice
Sensitive Skin? Here Are 5 Laundry Tips & Tricks to Avoid Irritation
Sensitive Skin? Here Are 5 Laundry Tips & Tricks to Avoid Irritation
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tingkah laku bayi
  • /
  • Gaya Tidur Bayi Anda - Apa Yang Selamat Dan Apa Yang Tidak?
Kongsikan:
  • Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

    Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

  • Petua Tradisional Berkesan Untuk Hilangkan Kembung Perut Bayi, Ibu Ayah Wajib Tahu

    Petua Tradisional Berkesan Untuk Hilangkan Kembung Perut Bayi, Ibu Ayah Wajib Tahu

  • Ruqyah Bayi Susah Tidur Malam, Amalkan Selalu Agar Tidur Lena Hingga Pagi

    Ruqyah Bayi Susah Tidur Malam, Amalkan Selalu Agar Tidur Lena Hingga Pagi

  • Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

    Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

  • Petua Tradisional Berkesan Untuk Hilangkan Kembung Perut Bayi, Ibu Ayah Wajib Tahu

    Petua Tradisional Berkesan Untuk Hilangkan Kembung Perut Bayi, Ibu Ayah Wajib Tahu

  • Ruqyah Bayi Susah Tidur Malam, Amalkan Selalu Agar Tidur Lena Hingga Pagi

    Ruqyah Bayi Susah Tidur Malam, Amalkan Selalu Agar Tidur Lena Hingga Pagi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham