Seronoknya apabila tengok bayi tidur nyenyak dalam katilnya. Rasa puas macam kita telah jadi ibu bapa yang baik kerana anak akhirnya boleh tidur! Tapi, adakah bayi anda itu tidur meniarap?
Jaga-jaga, ada bahaya tersendiri jika bayi tidur meniarap.
Bayi tidur meniarap itu bahaya!
Kredit: firstcry.com
Tapi sebelum kita berbincang tentang apa bahaya bayi tidur menonggeng itu, ini antara beberapa perkara tentang posisi tidur bayi yang setiap ibu bapa PERLU TAHU:
- Katil bayi harus rata dan tiada bonggol. Ia boleh menyebabkan bayi lemas
- Bayi harus tidur dalam posisi terlentang.
- Katil bayi harus ada dalam bilik ibu bapa. Tapi, jangan tidurkan bayi dalam katil yang sama dengan anda
- Jangan letak sebarang permainan, bantal, ataupun selimut dalam katil bayi.
Cakap memang senang, tapi lama-lama, selepas bayi makin membesar, mereka suka tidur meniarap!

Jadi, agak susah untuk ikut peraturan #2. Bila kita risau bayi tidur dalam posisi yang bahaya, mulalah kita pun tak boleh tidur malam juga.
Tapi jangan risau… Ketika umur 4 bulan nanti, bayi akan sudah boleh bergolek. Jadi, tidak mengapa jika mereka bergolek dan meniarap.
Namun, pastikan pada mulanya, anda beri mereka tidur terlentang.
Mengapa bayi tidur meniarap bahaya?
Kredit: kiddipedia.com.au
Bayi tidur meniarap bahaya kerana ia boleh mendatangkan risiko kematian mengejut atau SIDS. Selalunya, kes ini melibatkan bayi kelemasan.
Jadi, adalah penting untuk anda ajar mereka untuk tidur terlentang sejak kecil. Namun, bayi yang berusia 4 bulan ke atas akan boleh bergolek ketika tidur.
Jika keadaan ini berlaku, menurut panduan keselamatan tidur bayi, tidak mengapa jika ibu membiarkan bayi itu tidur. Janji tiada sebarang risiko bayi kelemasan.
Contohnya, tiada bantal, selimut atau permainan dalam katil bayi tersebut. Dan ibu tak perlu mengalihkan bayi.
Anak saya yang sudah besar pun tidur meniarap. Ok ke?

Anak yang semakin besar akan lebih aktif berbanding bayi. Ketika ini, mereka juga akan mula bermimpi dan mengalami mimpi ngeri.
Jadi sebab itu mereka banyak bergerak. Walaupun begitu, anda harus tetap perlu mengajar anak untuk tidur terlentang.
Tapi tidak mengapa jika mereka ubah gaya tidur selepas itu. Apa yang penting – pastikan katil mereka selamat. Tiada permainan atau selimut.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Dr. Anay Bhalerao dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga: 6 Mitos Masalah Tidur Bayi Dan SIDS Serta Fakta Sebenar Dari Pakar
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!