Percaya ataupun tidak setiap ibu di dunia ini memiliki kelebihan dan kehebatan tersendiri buat anak-anak. Sejak dari proses kehamilan sehingga kelahiran, anda berdepan pelbagai pengalaman mengujakan. Antara detik yang tidak boleh dilupakan apabila bayi dapat mengecam bau badan wanita bergelar ibu meskipun mereka masih kecil.
Jika anda perasan, bayi baru lahir secara automatik akan berhenti menangis apabila ibu mendukung dan membelainya. Respon si manja bersahaja, seolah-olah mereka faham bahawa ibu sedang memujuknya.
Kelebihan bau badan wanita yang bergelar ibu
Sebuah video rakaman bayi yang berhenti menangis apabila dia terhidu bau ibunya, telah menyentuh hati netizens di seluruh dunia. Video rakaman yang menerima 19 juta tontonan itu telah dimuat naik di Daily Mail.
sumber: video dari Daily Mail
Ibu bayi ini telah meninggalkan anak dalam jagaan ayahnya untuk beberapa hari, kerana terpaksa melakukan tugasan luar. Bayi kecil itu telah menangis mencari ibunya, mungkin disebabkan rindu.
Kisah benar tentang bau badan wanita bergelar ibu
Dalam rakaman itu, seorang ayah telah menghulurkan sehelai baju ibu yang belum dibasuh. Apabila terhidu bau ibunya, bayi berkenaan terus mengalih muka menghadap punca bau itu, sambil menghadap baju ibunya dengan kuat. Luluh hati ramai melihat karenah bayi ini.
Ramai pengguna Facebook telah memberi komen seperti:
“Ikatan antara ibu dan anak tiada bandingan” – Deepa KD
“Suami saya telah diarah untuk kembali ke pangkalan tentera ketika anak perempuan kedua kami bakal dilahirkan. Sebelum dia pergi, saya telah memintanya untuk memakai baju yang sama selama 3 hari.
“Kemudian saya masukkan baju itu ke dalam beg ziplock dan bawa ke dalam beg hospital saya. Selepas anak kami dilahirkan, saya meminta jururawat untuk membalut anak kami dengan menggunakan baju suami saya. Anak saya terus kenal bau ayahnya, ketika dia pulang 3 bulan kemudian.” – Tiffany Encinias.
Seorang lagi telah berkongsi beberapa tips yang bermanfaat:
credit to sources
“Jika bayi anda seperti ini, dapatkan dua cebisan kain atau kemeja-T yang lama. Lampirkan satu kain pada badan sendiri sebelum tidur, dan kain yang lain pada bayi.
“Apabila tiba masa untuk meninggalkan bayi anda, tukarkan kedua-dua kain itu supaya anda dapat menghidu bau bayi anda, dan bayi dapat menghidu bau ibunya. Amalan ini digunakan untuk bayi yang berada dalam ICU dan kini ia digunakan di seluruh dunia untuk kegiatan sehari-hari.” – Mike Barnby.
Pada pendapat saya, tip ini sangat bagus dan mungkin boleh memberi manfaat kepada ibu menyusu, terutamanya ibu-ibu yang mengepam susu di tempat kerja. Cara ini sedikit sebanyak mungkin dapat merangsangkan pengeluaran susu ibu. Ibu dapat menghidu bau bayi dan ini boleh menyumbang kepada pengaliran susu yang lebih lancar.
Fakta mengenai deria bau bayi baru lahir
“Deria penglihatan bayi boleh mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Tetapi deria bau adalah deria yang paling peka ketika mereka lahir,” jelas Seema Csukas, M.D., Pengarah Promosi Kesihatan Kanak-Kanak di Children’s Healthcare Atlanta.
credit to sources
- Sebelum lahir, janin sudah boleh menghidu. Satu kajian telah mendapati bayi yang berumur 3 hari, sudah boleh mengenali bau cecair amniotik ibu mereka.
- Saat bayi baru lahir, dia akan tertarik dengan bau susu ibu. Apabila berusia 2 minggu, bayi boleh membezakan antara bau susu payudara ibunya, daripada susu ibu lain.
- Mengikut kajian terbaru Swiss, bauan yang biasa dihidu, dapat menenangkan bayi anda.
- Dua bulan selepas lahir, bayi akan lebih suka bau ibunya dari bau orang lain. Walaupun ibu berpeluh-peluh dan belum sempat mandi, anaknya masih akan rasakan bau ibu, bau terharum di dunia.
Sumber: Daily Mail, Parenting
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Dakapan Ibu Merangsang Perkembangan Bayi, Sebab Itu Si Comel Selesa Dalam Pelukan Ibu
Baca juga: Bayi Enggan Dengan Orang Lain Kerana Dia Sangat Sensitif Terhadap Bau? Ini Apa Ibu Perlu Tahu
Baca juga: Ragam Unik & Menarik Ibu-Ibu Baru, No.3 Mesti Semua Ibu Mengalaminya!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!