X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ketahui Peribadi & Karakter Anak Berdasarkan Waktu Kelahiran Mengikut Ilmu Astrologi

4 min bacaan
Ketahui Peribadi & Karakter Anak Berdasarkan Waktu Kelahiran Mengikut Ilmu Astrologi

Teori personaliti dan perwatakan setiap anak adalah berbeza. Mengikut ahli astrologi, waktu kelahiran bayi memberi pengaruh yang besar dalam diri mereka

Setiap anak adalah unik dan memiliki sikap yang tersendiri. Tahukah anda teori personaliti dan karakter anak pada masa hadapan berkait rapat dengan waktu lahir bayi?

Mungkin agak sukar untuk percaya, namun ahli astrologi mendedahkan bahawa waktu lahir seorang bayi sememangnya memberikan pengaruh besar terhadap perwatakan si anak.

Teori personaliti dan karakter anak mengikut waktu lahir

personaliti anak

foto: flickr

#1. Teori personaliti waktu lahir bayi jam 5-7 pagi

Waktu ini dikira sebagai waktu subuh. Biasanya anak memiliki karakter yang sangat lembut, dia sukakan kebersihan dan juga berpakaian kemas. Anak yang lahir pada waktu subuh juga sangat merendah diri serta peramah.

Dia cenderung memiliki akhlak yang sopan. Selain itu anak yang lahir waktu ini sangat sesuai menjadi seorang ahli psikologi kerana karakternya memahami orang lain, murah hati dan sedia menghulurkan pertolongan.

#2. Personaliti bayi yang lahir jam 7 hingga 9 pagi

Karakter bayi yang lahir pada waktu pagi memiliki cita-cita yang tinggi, namun dia mungkin sedikit keras hati dan kurang sabar.

Walau bagaimanapun, anak memiliki komitmen dan harga diri yang tinggi bagi membolehkannya mencapai masa hadapan cerah melalui usahanya.

#3. Karakter anak yang lahir jam 9 hingga 10 pagi

Bayi yang lahir di awal waktu tengah hari akan membesar sebagai seorang yang mementingkan penampilan. Dia juga dikatakan memiiki sifat tenang, ceria, pandai berinteraksi dan menyimpan perasaan.

Anak juga akan menyukai persaingan dan sangat gembira sekiranya beroleh sesuatu kemenangan. Selain itu dia seorang yang suka merancang secara bijak.

#4. Peribadi anak yang lahir jam 11 pagi

perwatakan anak

foto: thinkstockphotos

Waktu ini adalah kelahiran para atlet yang memiliki tenaga dan kekuatan yang banyak. Anak juga seorang pengembara serta bersikap murah hati.

Dia memiliki banyak ruang untuk cinta di dalam hatinya. Misalnya cinta terhadap keluarga atau teman membuatkannya bekerja lebih keras demi kebahagiaan orang lain.

#5. Waktu lahir anak jam 12 hingga 1 petang

Anak yang lahir waktu siang dan tengah hari dikatakan seorang yang aktif dan bertenaga. Dia juga penuh dengan rasa ingin tahu dan gemar bermain.

Ketika dewasa kelak, anak menjadi orang yang bercita-cita tinggi dan penuh rasa tanggungjawab.

#6. Sikap bayi yang lahir jam 2 hingga 5 petang

Anak yang lahir pada jam ini memiliki sikap sopan santun, ramah dan lebih tenang. Dia juga memiliki hati yang lembut, sering kelihatan sedih walaupun hanya sedang berfikir.

Namun jika dilayan dengan buruk oleh orang lain, dia akan berani melawan dan membela diri. Kepercayaan dirinya terlindung di sebalik sikapnya yang tenang.

#7. Waktu lahir bayi jam 5 hingga 8 malam

Anak yang lahir waktu ini memiliki sikap terbuka, namun kurang sabar dan cenderung untuk melawan. 

Akan tetapi, dia akan membesar menjadi anak yang bijak, pintar, berani melakukan perkara benar, seorang yang pandai merancang dan tahu bagaimana untuk bertahan dalam situasi sukar.

Dia juga mudah menarik perhatian orang sekeliling dan membiasakan diri dalam kehidupan bersosial. Gayanya suka bergurau, namun tegas ketika diperlukan.

Bayi lahir waktu Maghrib iaitu 7 hingga 8 malam membesar menjadi seorang yang penuh empati dan suka membantu orang lain. Dia juga sentiasa ceria meneruskan hidup setiap hari.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

#8. Waktu lahir jam 9 hingga 12 malam

waktu lahir anak

credit to sources

Bayi yang lahir waktu ini membesar sebagai anak yang riang. Dia memiliki kreativiti dan pantang menyerah dalam mencapai perkara yang diinginkan.

Bukan itu sahaja, anak yang lahir waktu malam ini turut memiliki kepercayaan diri dan semangat yang tinggi sejak usia muda.

#9. Teori personaliti anak lahir jam 1 hingga 4 pagi

Bayi yang lahir pada jam ini suka berkongsi pengetahuan dan mendorong orang lain berfikiran positif. Mereka juga mudah memperoleh kawan baharu.

Manakala bayi yang lahir pada waktu awal pagi sehingga menjelang subuh akan membesar menjadi seorang yang sentiasa merebut peluang berjaya dan penuh rasa ingin tahu.

Kesemua teori personaliti di atas adalah berdasarkan ilmu astrologi, terpulang pada diri ibu ayah untuk mempercayainya ataupun tidak. Sekurang-kurangnya ia boleh menjadi panduan bagi setiap anak.

Sumber: Apa Cerita

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Anak Belajar Sebenarnya Berbeza-Beza, Bergantung Pada Karakter & Personaliti Mereka 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Ketahui Peribadi & Karakter Anak Berdasarkan Waktu Kelahiran Mengikut Ilmu Astrologi
Kongsikan:
  • 6 sebab bayi yang lahir bulan Disember lebih special, menurut sains

    6 sebab bayi yang lahir bulan Disember lebih special, menurut sains

  • Waktu Lahir Mempengaruhi Perwatakan Bayi, Bayi Anda Lahir Pukul Berapa?

    Waktu Lahir Mempengaruhi Perwatakan Bayi, Bayi Anda Lahir Pukul Berapa?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • 6 sebab bayi yang lahir bulan Disember lebih special, menurut sains

    6 sebab bayi yang lahir bulan Disember lebih special, menurut sains

  • Waktu Lahir Mempengaruhi Perwatakan Bayi, Bayi Anda Lahir Pukul Berapa?

    Waktu Lahir Mempengaruhi Perwatakan Bayi, Bayi Anda Lahir Pukul Berapa?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.