Kebanyakan individu akan berpendapat bahawa mimpi-mimpi yang kita alami pada waktu malam hanyalah mainan tidur. Tetapi, sekiranya mimpi dapat bayi, adakah itu juga mainan tidur atau membawa maksud yang lebih mendalam?
Secara amnya, ramai orang yang akan menyatakan bahawa individu yang bermimpi bayi ini sebenarnya telah menerima saka atau jin yang diwarisi oleh keturunan nenek moyang mereka. Kami tidak menafikan bahawa perkara-perkara seperti ini memang terjadi, tetapi jika anda hanya bermimpi seorang bayi tanpa menyentuh bayi tersebut, kami pasti anda berada di bawah lindungan-Nya.
Mimpi Dapat Bayi—Adakah Ia Petanda Buruk atau Baik?
Kredit: iStock
Terlalu sukar untuk menafsir mimpi oleh sebab pendapat dan kepercayaan yang berbeza-beza, jadi dalam artikel ini kami akan berkongsi tentang pendapat dari sudut psikologi tentang mengapa anda bermimpi mendapat bayi!
Menurut sudut psikologi, dalam menafsir mimpi, individu yang mengalami mimpi tersebut perlu melihat keadaan kehidupan mereka pada waktu itu. Sekiranya anda bermimpi tentang seorang bayi, ia mungkin reaksi dari pemikiran bawah sedar anda tentang perkara yang sedang berlaku dalam hidup anda sekarang.
Jadi, fikirkan dalam-dalam tentang kehidupan anda kini dan selamat membaca!
-
Ketika mengandung/baru menimang cahaya mata
Sekiranya anda bermimpi tentang bayi baru lahir pada waktu seperti yang telah dinyatakan, ia mungkin tandanya anda agak gementar dan gugup untuk memulakan kehidupan sebagai ibu bapa baru. Ia juga mungkin petanda untuk anda bersedia secara emosi.
Bayi membawa banyak maksud di dalam kehidupan. Ia mungkin bermaksud permulaan yang baru, perkembangan dari segi peribadi atau pembangunan yang baru dalam hidup anda. Jadi, sekiranya anda bermimpi tentang seorang bayi di mana ketika anda tidak mengandung atau merancang untuk menimang cahaya mata, anda mungkin sedang berfikir untuk memulakan hidup baru atau menjadi individu yang lebih baik dari sebelum ini.
Atau anda pernah berbual dengan rakan anda tentang bayi dan perbualan itu masih berada di dalam pemikiran bawah sedar anda. Who knows?
Mimpi Bayi Yang Berbagai-bagai Makna
Kredit: Freepik
Apabila kami menyebut “bermimpi tentang bayi”, kami tidak menekankan keadaan bayi tersebut. Jadi, anda mungkin telah mengalami mimpi di mana bayi berada di dalam pelbagai keadaan yang berbeza. Sekiranya begitu, teruskan membaca untuk lihat jika ada yang dapat menjawab persoalan anda tentang mimpi bayi!
Adakah anda berhadapan dengan kesukaran dalam hidup anda sekarang? Sekiranya anda bermimpi tentang bayi yang sedang menangis, ia mungkin petanda ada sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan anda kini dan sewajarnya anda mendapatkan bantuan orang yang dipercayai.
Sekiranya anda mempunyai cahaya mata dan bermimpi bahawa si manja menangis, ia mungkin hanya kegelisahan anda memikirkan anak anda sendiri sedang menangis.
Dari sudut Islamik, bermimpi memegang bayi bermakna anda sudah menerima saka warisan nenek moyang anda. Tetapi, dari sudut psikologi, ia mungkin bermakna anda sudah bersedia untuk menjadi seorang yang lebih bertanggung jawab.
-
Bermimpi bayi mempunyai niat jahat
Walaupun secara dasarnya ia berbunyi agak mengarut, tetapi di alam mimpi, jarang sekali perkara-perkara menjadi logikal. Jadi, sekiranya anda mengalami mimpi ini, ia mungkin bermakna anda sedang merisaukan sesuatu yang buruk akan terjadi pada anda.
Walaupun mimpi seperti ini memberi perasaan yang negatif pada emosi kita, ia mungkin ada kena mengena dengan kehidupan realiti anda. Ia mungkin boleh menjadi reaksi bawah sedar kita terhadap sesuatu kehilangan dalam hidup kita.
-
Bermimpi menjaga bayi orang lain
Adakah anda sedang mengendalikan sesuatu projek atau pekerjaan yang anda betul-betul ambil berat tentangnya? Maka, mimpi ini adalah metafor terhadap kepentingan projek atau pekerjaan tersebut kepada anda.
Bolehkah Saya Menghalang Diri Dari Bermimpi?
Kredit: Freepik
Dalam kebanyakan kes, individu yang mengalami mimpi pasti akan tersedar dari tidur dengan perasaan penat. Jadi, bolehkah kita menghalang diri sendiri dari bermimpi supaya kita tidak lagi berasa penat apabila baru sahaja tersedar dari tidur?
Anda boleh cuba tips-tips ini, tetapi kami tidak jamin bahawa anda boleh terus berhenti bermimpi kerana mimpi anda sebenarnya hanyalah kehidupan anda di bawah sedar.
- Mengikut jadual tidur yang tetap
- Mendapat tidur yang cukup pada setiap malam
- Elakkan menonton televisyen atau video pada telefon pintar sebelum tidur
- Elak menghisap rokok dan meminum alkohol serta kopi pada lewat hari
- Bersenamlah pada siang hari dan bukan sebelum anda tidur
- Jangan tidur petang terlalu lama
Walaupun begitu, masih tiada maksud yang kukuh di sebalik mimpi-mimpi yang kita alami jadi anda janganlah terlalu mengambil serius tentang perkongsian ini.
Sebaliknya, pedulikan sahaja mimpi yang anda alami kerana apa yang membentuk hari-hari kita adalah diri kita sendiri.
Semoga artikel tentang mimpi dapat bayi ini dapat membantu merungkai mimpi anda malam nanti!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Healthline
Baca juga: Benarkah Mimpi Dukung Bayi Bermakna Rezeki Akan Lebih Murah? Ini Maksud Mimpi Anda
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!