Anda selalu mimpi buruk tentang bayi, lebih-lebih lagi selepas bersalin? Jaga-jaga, ia mungkin tanda-tanda gangguan kebimbangan atau Anxiety Disorder yang ramai ibu tidak sedar.
Sebenarnya, ramai wanita selepas bersalin mengalami gangguan kebimbangan (anxiety disorder) hingga boleh menyebabkan kemurungan. Atas sebab itu juga, wanita selepas bersalin akan mengalami masalah tidur dan keletihan emosi atau fizikal yang melampau.
Antara gangguan kebimbangan yang paling ketara adalah sanggup berjaga malam semata-mata demi keselamatan bayi. Jika tidur dan bangun keesokannya, dia harus memastikan bayi masih bernafas dan hidup.
Wanita yang mengalami gangguan kebimbangan tidak boleh dibiarkan bersendirian. Suami, ahli keluarga dan rakan-rakan harus memberikan sokongan terhadapnya.
Apa itu perasaan gangguan kebimbangan selepas bersalin?
Gangguan kebimbangan atau anxiety disorder ialah satu perasan yang sentiasa dalam ketakutan dan kebimbangan datang terutama ibu baru selepas bersalin. Emosi akan menjadi tidak stabil, keadaan yang sangat terganggu membuatkan ibu akan menjadi resah semua benda menjadi tidak kena.
Perasaan ini adalah satu perasaan yang normal biasa dialami oleh ibu selepas bersalin terutama ibu baru. Tanggungjawab besar untuk menjadi bayi bukan mudah, oleh itu ibu perlukan banyak persediaan awal dari segi mental dan fizikal.
Biasanya gangguan kebimbangan ini terjadi apabila rutin ibu berubah sejak kehadiran bayi. Ini terjadi apabila waktu berehat ibu semakin berkurang kerana menjaga bayi dan ibu sendiri sukar untuk fokus kepada diri sendiri.
Tanda-tanda ibu meroyan selepas bersalin?
- Rasa gementar, resah atau tegang
- Mempunyai rasa bahaya, panik atau malapetaka yang akan datang
- Mempunyai kadar denyutan jantung yang meningkat
- Bernafas dengan cepat (hiperventilasi) berpeluh
- Menggeletar
- Rasa lemah atau letih
- Masalah menumpukan perhatian atau memikirkan apa-apa selain daripada kebimbangan sekarang
- Mengalami masalah tidur
- Mengalami masalah gastrousus (GI).
- Mengalami kesukaran mengawal kebimbangan
- Mempunyai keinginan untuk mengelakkan perkara yang mencetuskan kebimbangan
Punca gangguan kebimbangan selepas bersalin
Gangguan kebimbangan selepas bersalin yang menyebabkan ibu tertekan, gelisah sehingga menitiskan air mata kerana perasaan yang datang merasakan dirinya tidak mampu menjaga si manja dengan baik perlu ditangani.
Dapatkan nasihat doktor, jangan biarkan diri keseorangan jika anda merasakan anda salah seorang yang mengalami masalah ini. Ini antara punca punca gangguan keresahan ini termasuk:
#1. Ibu baru alami tekanan perasaan
Tekanan perasaan yang melampau akan mencetus kemurungan. Oleh sebab itu, ibu baru perlu cuba untuk meluahkan kepada pasangan atau ahli keluarga terdekat anda. Jangan terus memendam seorang diri kerana perasaan ini akan menyebabkan kemurungan lebih teruk.
#2. Faktor genetik
Berkemungkinan masalah ini adalah berpunca dari faktor genenik, risiko lebih besar jika ada daripada ahli keluarga pernah masalah ini.
#3. Trauma
Trauma ialah peristiwa buruk yang pernah dialami. Keadaan tidak menyenangkan pernah berlaku kepada diri ibu menyebabkan risiko peningkatan gangguan kebimbangan berlaku.
Selain itu, ia juga boleh berlaku jika anda rapat dengan seseorang yang menjadi mangsa trauma atau pernah menyaksikan sesuatu yang traumatik yang boleh menyebabkan gangguan kebimbangan kepada ibu selepas bersalin.
Cari penyelesaian jika anda salah seorang yang mengalami masalah ini walaupun hal tersebut sudah bertahun-tahun yang lalu.
Stigma gangguan keresahan pada ibu baru
Tidak ada banyak maklumat tentang masalah kemurungan ini walaupun ia berlaku pada kebanyakan ibu baru. Namun, penyelidikan yang dijalankan oleh Journal Sleep mengatakan:
Ramai ibu yang pernah bermimpi bayi mati atau meninggal di tempat tidur. Walau bagaimanapun, mereka teragak-agak untuk bercakap mengenainya kerana bimbang ia benar-benar terjadi di dunia nyata.
Terdapat juga stigma masyarakat tentang mimpi buruk ini dan ada sebab saintifik mengapa mimpi tersebut boleh terjadi.
Gangguan kebimbangan sebenarnya tanda anda seorang ibu yang baik
Ya benar, wanita yang mengalami kebimbangan ini menunjukkan bahawa anda seorang ibu yang baik sebenarnya.
Menurut Wendy Davis, Pengarah Eksekutif Postpartum Support International – ramai ibu yang tidak faham mengapa mereka terlalu bimbang terhadap bayi selepas bangun daripada tidur. Lantas, mereka mempersoal diri sendiri sama ada mereka ini ibu yang baik atau tidak kerana petunjuk sesuatu bakal berlaku.
Namun menurut penyelidikan yang dibuat, gangguan kebimbangan ini ada kaitan dengan otot. Di mana wanita lebih berhati-hati, melindungi dan bukannya berbentuk keganasan.
Masalah kebimbangan ini trik untuk pastikan bayi dalam keadaan selamat
Yakinlah bahawa, gangguan kebimbangan selepas melahirkan ini adalah fenomena biologi yang berasal dari evolusi. Malah ia juga berfungsi sebagai penggera bagi membantu ibu melindungi bayi mereka pada waktu malam.
Namun begitu, kebimbangan dan keresahan ini tetap memberikan tekanan kepada ibu bapa moden. Sebab itu, sokongan ahli keluarga amatlah penting di saat ini supaya dapat menghentikan keresahan selepas bersalin.
Hal ini kerana, jika tidak diatasi, masalah ini akan menyebabkan ibu mengalami kebimbangan postpartum, kemurungan, halusinasi, meroyan dan banyak lagi.
Langkah untuk mengatasi masalah kebimbangan lepas bersalin
- Sentiasa berfikiran normal dan positif supaya ketakutan yang menyusul dalam diri dapat ditangani.
- Ingatlah bahawa kebimbangan ini juga boleh menjadi ikatan yang sihat antara ibu dan bayi.
- Cari individu yang rapat dengan anda untuk berkongsi cerita dan meluahkan apa yang terbuku di hati sama ada dengan emak di kampung, sahabat karib atau suami sendiri.
- Padam segala keresahan dan kebimbangan yang datang daripada mimpi buruk anda. Ia hanyalah mainan tidur semata-mata.
- Menghiburkan diri selepas bangun dari mimpi buruk. Paling tidak banyakkan mendengar zikir, berdoa atau membaca Al-Quran (bagi yang beragama Islam). Sekaligus ia dapat meneutralkan kebimbangan anda dengan lebih baik.
Bila perlu mendapatkan rawatan selanjutnya?
Kebimbangan mempengaruhi semua orang dari semasa ke semasa, tetapi jika anda mendapati ia tidak hilang atau menjejaskan anda dengan teruk, mungkin sudah tiba masanya untuk mendapatkan bantuan. Tanda-tanda bahawa idea yang baik untuk berjumpa doktor termasuk yang berikut:
- Kebimbangan sehingga menjejaskan kerja atau aspek lain dalam kehidupan seharian.
- Mengambil ubat penenang atau alkohol untuk mengatasi masalah kebimbangan.
- Berkelakuan sehingga mahu mencederakan diri atau mencederakan orang lain.
- Pernah menjalani rawatan sebelum ini mengenai masalah tersebut, dan masalah ini kembali semula.
Adakah gangguan kebimbangan berlaku di kalangan ayah?
Gangguan kebimbangan ialah gangguan mental. Biasanya ia terjadi pada satu tempoh tertentu dalam kehidupan. Setiap orang pasti akan mengalami masalah seperti ini. Gangguan kebimbangan terjadi kepada orang dewasa tetapi boleh berlaku kepada kanak-kanak.
Gangguan kebimbangan boleh terjadi berdasarkan sejarah keluarga. Trauma atau terdapat perubahan besar dalam kehidupan. Tidak mustahil jika masalah ini tidak dialami di kalangan lelaki. Masalah ini tidak akan menjadi serius dan masih boleh dirawat. Apakah cara yang perlu diambil jika berlaku masalah ini di kalangan ayah?
- Dapatkan rawatan dan nasihat doktor – Jangan biarkan masalah ini dibiarkan berlarutan. Dapatkan rawatan untuk menangani masalah ini.
- Saling berkomunikasi antara satu sama lain – Luahkan perasaan anda kepada pasangan atau bercerita kepada kawan yang selesa untuk ceritakan masalah yang anda lalui. Jangan pilih untuk menyimpan dan memendam, risau akan meninggalkan kesan yang negatif jika dibiarkan tanpa ada penyelesaian.
- Elak dari menyalahkan orang lain – Jangan menyalahkan orang lain jika ada berlaku sesuatu yang tidak kena. Berbincang merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Cuba mendengar dan memahami sebelum membuat antara sendiri. Ambil ini sebagai cabaran untuk sentiasa positif.
- Sesi kaunseling – Dapatkan sesi kaunseling untuk membantu memberikan pandangan dan panduan sekiranya diperlukan.
Semoga bermanfaat!
Sumber:
- Healthyway. (August 05, 2021). Symptoms Of Postpartum Depression And Anxiety That May Surprise You. Retrieved (2022, March 16) from www.healthyway.com/content/symptoms-of-postpartum-depression-and-anxiety-that-may-surprise-you/?rtg=latruth-tNTVq5¶m4=hwy-fni-fbss-2441-demo
- Mayo Foundation for Medical Education and Research. (2018, May 4). Anxiety disorders. Mayo Clinic. Retrieved March 16, 2022, from www.mayoclinic.org/diseases-conditions/anxiety/symptoms-causes/syc-20350961
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jenis Meroyan Terbahagi Kepada Tiga, Ambil Tahu Simptom Bahaya Ini
Baca juga: Tiga Jenis Masalah Kemurungan Selepas Bersalin, Ambil Tahu Ini Ya!
Baca juga: Amalkan Doa Ini Elak Penyakit Kemurungan Yang Sering Ganggu Kehidupan Kini
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!