TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Amalkan Doa Ini Elak Penyakit Kemurungan Yang Sering Ganggu Kehidupan Kini

4 min bacaan
Amalkan Doa Ini Elak Penyakit Kemurungan Yang Sering Ganggu Kehidupan Kini

Penyakit kemurungan bukan sesuatu yang boleh diambil mudah, malah ia juga bukanlah penyakit yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Penyakit kemurungan bukan sesuatu yang boleh diambil mudah, malah ia juga bukanlah penyakit yang boleh dilihat dengan mata kasar. Ada yang mengalaminya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda fizikal.

Dalam kehidupan yang penuh mencabar kini, penyakit kemurungan nampaknya semakin mendapat perhatian, malah kesedaran masyarakat mengenainya juga semakin meningkat dan masyarakat semakin memandang serius mengenai bahaya penyakit ini.

Kadangkala, mereka yang mengalami penyakit ini juga tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang berhadapan dengan kemurungan malah menganggap ia hanya susah hati biasa dan akhirnya membawa kepada kesan lebih serius seperti anxiety dan sebagainya.

Penyakit kemurungan bukan dibuat-buat

Penyakit kemurungan

Penyakit kemurungan bukan sesuatu benda yang sengaja dibuat-buat. Ia adalah sesuatu yang memang dialami oleh mereka yang menghidapnya sama ada dalam sedar atau tidak.

Menurut Dr Zaharuddin Abd Rahman, kemurungan yang serius yang boleh mendorong pesakit membawa kepada kematian melalui bunuh diri atau apa-apa tindakan yang boleh membahayakan diri sama ada secara sedar atau tidak adalah suatu jenis ‘penyakit’ yang merbahaya.

Katanya, antara puncanya adalah terlalu berat perhatian, tumpuan, kerisauan terhadap hal-hal berkait urusan dunia yang tidak diperolehi seperti yang diingini.

Tidak dinafikan, ada juga faktor-faktor lain yang menjadi penyebab serta di luar kawalan. Juteru katanya, sebagai umat Islam, bagi mengelakkan kemurungan berbahaya yang berpunca dari faktor-faktor keduniaan seperti ini, maka bacalah dan amalkan doa ini:

اللَّهُمَّ َلاَ تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا ، وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا ، وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا ، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ

لاَ يَرْحَمُنَا

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Ertinya :
Ya Allah janganlah Kau timpakan musibah pada agama kami, dan janganlah juga Kau jadikan dunia ini sebagai sebesar-besar kerisauan dan tumpuan  serta (janganlah Kau jadikan) pengetahuan kami mengenai dunia semata-mata, dan janganlah Kau biarkan orang yang tidak mengasihani kami menguasai kami’
 
Doa ini dipetik dari doa yang lebih panjang, sumber doa adalah hadis riwayat Al-Tirmidzi bertaraf Hasan.
 
Penyakit kemurungan boleh bawa kepada bunuh diri
 
Tidak mustahil, penyakit kemurungan boleh membawa kepada bunuh diri kerana kemurungan ini sebenarnya adalah pembunuh dalam senyap.
 
Cuba kenali tanda-tanda bunuh diri yang mungkin diperlihatkan oleh sesiapa saja di sekeliling anda dan anda boleh membantu menyelamatkan nyawa mereka.
Menurut Inventori Kecenderungan Bunuh Diri (IKBD) oleh Hong Kok San dan Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, ada dua jenis idea bunuh diri iaitu idea bunuh diri pasif dan idea bunuh diri aktif.
#1. Idea bunuh diri pasif
Orang yang terfikir mahu membunuh diri biasanya akan mula-mula terasa diri dan hidupnya tidak berbaloi, diri tidak berguna dan mempunyai perasaan dan tanggapan bahawa orang di sekelilingnya akan gembira jika tiada tiada dan meninggal dunia.
Ada kemungkinan mereka ini berharap dan berdoa ketika tidur supaya mereka tidak bangun keesokan harinya. Jika ada daripada rakan akan yang begini, tolong jangan ambil mudah. Atau jika anda sendiri alami tolong jangan buat tak tahu. Segera rujuk kepada yang pakar.
#2. Idea bunuh diri aktif
Jenis idea bunuh diri ini lebih bahaya yang mana wujudnya niat yang perancangan teliti untuk menamatkan riwayat diri sendiri. Perasaan itu boleh jadi mahu terjun bangunan, gantung diri, terjun dari tempat tinggi, lemaskan diri dalam air. Jika ada perasaan begini, elok anda dapatkan bantuan.
Bagaimana berdepan, atasi rasa nak bunuh diri?
Penyakit kemurungan
 
Anda tidak keseorangan. Bukan anda sorang saja yang pernah ada rasa nak bunuh diri. Ada orang lain yang juga pernah mempunyai perasaan seperti anda. Tetapi bagaimana mereka mengatasinya supaya ia tidak melarat. Itu yang paling penting.
 
Rasa ingin bunuh diri bukannya masalah perwatakan, dan ia tidak bermaksud anda gila, atau lemah. Ia hanya bermaksud anda menanggung lebih banyak kesakitan sehingga tidak mampu mengatasinya sekarang.
 
Bagaimana jika masih terus rasa nak bunuh diri?
 
#1. Hubungi Befrienders
Jika orang yang anda percaya tidak memahami anda, cuba cari orang lain dan hubungihelpline krisis bunuh diri seperti Befrienders 0376272929.
#2. Bercakap dengan orang yang dipercayai
 
Cuba bercakap dengan seseorang yang lebih dipercayai dan lebih baik jika bersemuka. Walaupun anda rasa tidak diterima, minta bantuan rakan baik untuk meluangkan masa untuk anda atau hubungi helpline krisis bunuh diri dan luahkan perasaan.
#3. Keluar di bawah sinaran matahari
Penyakit kemurungan
Keluar dibawah sinaran matahari sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Sumber cahaya matahari bukan sahaja bermanfaat untuk tumbuhan dan haiwan, malah manusia sendiri memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Sumber: Dr Zaharuddin Abd Rahman
 
Baca juga:
 

https://my.theasianparent.commahu-mengelakkan-kemurungan-pada-kanak-kanak-kajian-mengatakan-cara-ini-boleh-membantu

 
 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Amalkan Doa Ini Elak Penyakit Kemurungan Yang Sering Ganggu Kehidupan Kini
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham